Kembali Ke Laman Utama

Sunday, December 31, 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

Bismillahirrahmanirrahiim,
Alhamdulillahi robbil 'alamin wassholatu wassalamu 'ala rasulillah wa'ala aalihi wa ashabihi ajma'in.

Ya Allah,
Pada pagi yang mulia ini,kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk menjayakan PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2022

Ya Allah Ya Fa’alun Lima Yurid
Kami dengan rendah hati menadah tangan/ memohon doa restu daripadaMu,limpahkanlah rahmat dan hidayah dari sisiMu, agar kami sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu. Permudahkanlah urusankami dan berkatilah majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami laksanakan ini akanmendapat kejayaan dalam keredhaan, taufik serta inayahMu.

Ya Hayyu Ya Wakil
Kami memohon perlindungan daripada-Mu dari rasa keluh kesah dan kecewa, sikap lemah, malas dan sambil lewa serta hilang tumpuan dalam melaksanakan kewajipan perkhidmatan /  yang telah kami terima taklifan dipertanggungjawabkan.

Bimbinglah kami ya Allah, untuk membentuk citra identiti penjawat awam berintegriti, dengan menjauhi perbuatan rasuah, meletakkan nilai yang luhur  dan moral yang telus dan tulus, yang menjadikannya perkara yang pertama dan utama dalam penyampaian perkhidmatan kami  sebenar-benarnya 

Ya Allah kurniakanlah dalam diri kami, hati-hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu dalam setiap pekerjaan kami.

Jadikanlah kami semua sentiasa berusaha dengan gigih/ dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi/ dalam pelbagai bidang / mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, dedikasi dan penuh berintegriti/dalam mentransformasi MAIWP,ummah dan negara ini ke arah yang lebih unggul dan cemerlang.
 
اللهم أرنا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتباعه وَأَرِنَا الْبَاطِلَ باطلاً وَارْزُقْنَا اجتنابه

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wassallahu ala saidina Muhammad waala alihi wasohbihi wasallam walhamdulillahi rabbil alamin

Sunday, October 15, 2023

Mutiara Kata Haraki


"Selagi kamu menyediakan diri beramal untuk Islam di medan yang telah kamu pilih, aku mewasiatkan kamu supaya kamu menjadi pembangun,bukan peruntuh. Pada waktu itu wajib ke atasmu memikirkan bidang yang kamu ceburi. Berkhidmat untuk Islam dengannya & ketepikanlah perselisihan, sesungguhnya membangun adalah seribu kali lebih baik daripada meruntuhkan.......
Hassan Albanna...

Doa Membeli / Menerima Kenderaan Baru


Assalamualaikum wbt

Doa ini sempena penerimaan sumbangan Van Jenazah disumbangkan oleh Syarikat UMW Toyota di Shah Alam kepada Persatuan Khairat Kematian Masjid Nahdhah al Islam Seksyen 18 Shah Alam dibaca oleh U. Mohd Azlan dalam majlis penyerahan sumbangan.
Semoga bermanfaat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ﺍﻠــﺤـﻤﺪ ﷲ ﺮﺐ ﺍﻠـﻌـﺎﻠـﻤــﻳـﻦ ﻮﺍﻠـﺻـﻼﺓ ﻮﺍﻠـﺴﻼﻢ ﻋـﻠﻰ أﺸـﺮﻒ ﺍﻷ ﻨﺒـﻴﺎﺀ ﻮﺍﻠﻤــﺮﺴـﻠـﻴـــﻦ  ﺴـﻴـﺪ ﻨـﺎ ﻣـﺤـﻤـﺩ ﻮﻋـﻠﻰ ﺍﻠـﻪ ﻮﺻﺣـﺒـﻪ ﺃﺠـﻤـﻌـﻳـﻦ.

ﺍﻠـﻠـﻬـﻢ ﺍﻔـﺘـﺢ ﻋـﻠـﻴـﻨﺎ ﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠـﺧـﻴـﺮ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠﺒـﺮﻛـﺔ  ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠـﻧـﻌـﻣﺔ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ

ﺍﻠـﺮﺯﻖ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠﻘـﻮﺓ ﻮﺍﻠــﺴـﻼ ﻤـﺔ ﻮﺍﻠـﺟـﻨـﺔ٠

ﻴــﺎﺍﷲ ﻴـﺎ ﺮﺤـﻤـﻦ ﻴـﺎ ﺮﺣـﻴﻢ

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Ya  Allah, jadikanlah majlis pemyampaian sumbangan ini sebagai pendorong untuk kami membuat amal kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Bukakanlah pintu hati kami semua dengan menjadikan amalan seperti ini sebagai satu amalan yang berterusan lagi mendapat keredhaan –mu ya Allah.



 اللَّهُمَّ إِنِّا ﻨسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَﻨعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ  

Ya Allah, kami memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya dan kami berlindung denganmu daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya. 

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.

اللهم بارك لهم فيما رزقتهم
واغفر لهم وارحمهم

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا

وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّاوَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini sebagai satu  pertemuan  yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah lagi terkeji.

 

. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Saturday, April 15, 2023

Bayar Zakat Fitrah Di Sini

https://ezakat.maidam.gov.my/online/payfpx.php

Klik Link Di Atas

Bayar Zakat Fitrah di sini untuk membantu asnaf-asnaf negeri Terengganu.


Kadar Bayaran Per Individu

Rm8

Rm10

Rm24


#ZakatMembawaBerkat

#BantuAsnaf

#RukunIslam


Semoga kita mendapat barakah dan asnaf asnaf terbela

Friday, February 3, 2023

Kuliah Subuh di Masjid Nahdah al Islam Shah Alam : Ketenangan Yang Hakiki





الحَمدُ لِله, الحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالِميْنَ وَ بِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلَى اُمُورِ الدُنْيَا وَالدِّيْنِ وَ الصَّلاةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى أَشرفِ الأَنْبِيَاءِ وَ المُرْسَلِيْنَ وَ عَلَى ألِهِ وَالصَّحْبِهِ أَجْمَعِيْنُ. أمَّا بَعْدُ.


YBhg Tuan Imam , bilal, Jawatankuasa Masjid Nahdah Al Islam, Ybrs Tn Hj Malik, ahli kariah muslimin muslimat sekalian

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, marilah sama2 kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah swt di atas nikmat iman dan Islam serta jutaan nikmat yang mengizinkan kita berkumpul dalam satu majlis ilmu pagi ini.

Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, tajuk tazkirah kita pada pagi ini ialah “ketenangan yang hakiki”yang saya rangkumkan kupasan daripada kitab Al Iman Wal Hayah karangan Almarhum Prof Dr Yusuf Al Qardhawi rh. Tajuk yang Nampak ringan tetapi natijah kepada kehidupan kita sangat memberikan kesan yang besar. Perkataan ketenangan juga boleh dikaitkan dengan perihal keamanan, ketenteraman,bahagia lawannya runsing gelabah, huru-hara. Kata pengarang, ketenangan atau kebahagiaan itu merupakan syurga impin setiap orang dan tidak ada seorangpun yang menginginkan kesengsaraan dalam hidupnya.

Tuan puan yang dirahmati Allah swt, saya mulakan sesi ini dengan sama2 menghayati pesan Nabi saw di dalam sebuah hadis yang berbunyi:

 

مَنْ كَانَتْ الدّنْيَا هَمَّهُ فَرّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا كُتِبَ لَهُ وَمَنْ كَانَتْ الآخِرَةُ نِيّتَهُ جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ

“Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai keinginannya, maka Allah akan jadikan urusannya terceraiberai dan ia akan menjadikan kefakiran berada di hadapan kedua matanya, sedangkan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali apa yang telah dituliskan untuknya. Dan barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya, maka Allah akan mengumpulkan urusannya, dan menjadikan kecukupan dalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya sedang dia merasa tidak memerlukan kepadanya.”

[H.R Ibnu Majah, dishahihkan Al Albani dalam Ash Shahihah]

 

Tuan puan yang dirahmati Allah swt,

Ketenangan adalah sifat fitrah manusia maka ia boleh dimiliki oleh semua orang tanpa mengira bangsa atau agama. Namun, ketenangan pada peringkat fitrah adalah bersifat sementara. Mungkin di awalnya ia merasakan nikmat, kemudian berangsur2 hilang diganti dengan perasaan gelisah, dan rasa bimbang. Fitrah kemanusiaan itu kosong, tidak dapat diisi dengan  mendapatkan ilmu semata-mata.

Ramai orang mencari bahagia, tetapi yang ditemuinya kekecewaan dalam hidupnya kerana yang diinginkannya ialah kebendaan dan keseronokan dunia untuk memenuhi kehendak nafsunya. Apakah kebahagiaan itu terletak pada mengumpulkan harta benda, kekayaan dan harta,pakaian makan minum kediaman dan kenderaan? Tapi kadangkala yang dah serba serbi cukupnya pun masih belum bahagia dalam hidupnya. Malah, manusia yang demikian senangnya serba serbi cukupnya, masih hidup susah, berkeluh kesah, mengeluh dan kesal serta ada yang berputus asa sehinggakan ada yang membunuh diri lantaran merasakan sulit dan kepayahan hidupnya. Pengarang membuat kesimpulan kenyataan bahawa rahsia di sebalik kesusahan dan kegelisahan itu hanya satu, iaitu ketiadaan iman.

Maka di sini timbul persoalan, “mengapakah orang beriman lebih berhak merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati?” sedangkan secara logiknya manusia boleh merasakan kedamaian jiwa apabila dia bijak menguruskan pembahagian tugas dengan masa yang ada padanya, tidak kira sama ada dia seorang Islam ataupun bukan. Mengapa orang yang tidak beriman tidak boleh memiliki ketenangan atau kedamaian jiwa yang hakiki?

Jawapannya hanyalah iman yang dapat memancarkan ke dalam hati manusia sumber sumber kebahagiaan, kerana orang yang beriman itu ialah apabila memiliki sifat redha, maka dia akan menerima segala ketentuan dengan ikhlas. Umpamanya jika dia kehilangan insan yang dia sayang dalam hidupnya, dan dia redha, nescaya ketenangan hadir pada dirinya, dan dia tidak merungut atau menyesal malah insaf akan tujuan hidupnya.

Tenang itu bukan terletak pada fizikal tubuh badan kita, tetapi tenang itu letaknya di hati. Tetapi ketenangan di hati juga tidak akan tercapai jika fizikal tubuh badan kita tidak tenang.

Tenang dalam solat ertinya khusyuk. Makanya ketenangan dalam solat tidak akan tercapai sekiranya banyak pergerakan kita dalam solat.

Mana mungkin kalau kita tengok raut wajah orang yang stress, muka  Nampak macam nak marah, buat kerja kelam kabut, sampai kesihatan pun terjejas tiba-tiba dia kata takpelah janji hati saya tenang. Sebenarnya Hati yang tenang akan membuatkan tubuh badan kita tenang, fikiran kita tenang, ucapan kita tenang, hidupnya tenang. Maka penting sekali kita melatih tubuh badan kita,pancaindera kita untuk tenang. Ni tidak, nak pergi solat masuk masjid pun berlari nak kejar imam sebelum rukuk, tak perlu pun tuan tuan, tak perlu pun kita nak tergesa-gesa.

Di satu sisi yang lain pula Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa “Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang ada.” Banyak urusan kerja yang tidak selesai menyebabkan kita tidak tenang.

logiknya, apabila berhadapan dengan banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan tentulah seseorang itu sukar untuk mempunyai jiwa yang tenang. Selagi tanggungjawab tersebut tidak diselesaikan secara lumrahnya agak mustahil untuk dia merasa tenang. selagi manusia itu tidak berhenti bernafas, selagi itulah masih wujud perkara yang perlu difikirkan dan nak diselesaikan. Maka di sini timbul persoalan, bagaimanakah seseorang manusia boleh memiliki ketenangan jiwa? Dalam kitab karangan almarhum Dr Yusuf Al Qardhawi yang terkenal iaitu fiqhu awlawiyat ada menerangkan dengan berkesan bagaimana sesebuah keutamaan tugasan itu perlu difahami oleh seorang muslim, antaranya mendahulukan perkara yang sangat penting, kemudian perkara penting, kemudian perkara kurang penting. Contoh orang nak buat majlis kahwin, booking jurunikah dulu ke cari dewan? Dua dua penting tapi mendahulukan yang lebih penting bergantung kepada situasi.

Adakah harta kekayaan, kemasyhuran atau segala nikmat yang wujud di dunia ini boleh menjadi mekanisme alat yang baik bagi seseorang manusia dapat memiliki ketenangan jiwa? Sebenarnya, semuanya ini memang memungkinkan. Sebab itu ada pepatah kata, duit bukan segala-galanya tapi segala2nya memerlukan duit.

Simbolik pada makna ketenangan hakiki ialah ketenangan jiwa. Jiwa yang sentiasa tenang tidak akan gelisah, bimbang atau,takut,malah dia sabar dan redha apabila berdepan dengan musibah, dan jiwa yang tenang akan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima nikmat dan pemberian dari Allah s.w.t. (Tanya apa itu anxiety)

Ketenangan jiwa itu adalah sesuatu yang disimpan oleh Allah untuk diberikan kepada orang-orang pilihanNya. Ketenangan jiwa atau nafs mutmainnah ialah tingkatan kerohanian insan paling tinggi. Jiwa yang tenang akan lahir apabila seorang yang beriman kepada Allah s.w.t itu kekal istiqamah melakukan kebaikan amal salih, dan menjauhkan diri dari melakukan atau mendekati perkara-perkara kemungkaran. Allah taala berfirman:

Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sugguh rugi orang yang mengotorinya.”     (Asy-Syams: 7-10)

DEMO AIR SIRAP

Dan ciri-ciri istimewa yang pasti dimiliki oleh mereka yang beriman, dia tiada konflik dalam diri mereka antara istilah “jikalau” dan “seandainya”. Kalau kita sering menyalahkan takdir,

Pengeluhan dan kekecewaan adalah punca utama mengapa manusia lazimnya terhalang jauh dari memiliki ketenangan jiwa. 

Seterusnya tuan puan,

Ketenangan adalah keadaan yang dialami jiwa yang telah suci dari kotoran-kotoran duniawi. Ketenangan adalah bahagian dari kebahagiaan yang hakiki. Ia muncul saat seorang hamba dekat kepada Allah. Tidak ada satu pun hal di dunia ini yang membuat jiwa kita tenang kecuali Allah Swt. Bahkan Allah telah mengingatkan kita dalam firmanNya (QS. Ar-Ra’d: 28)

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Artinya : “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”.

Salah seorang ulama salaf berkata, “Sungguh kasihan orang-orang yang cintakan dunia, mereka (pada akhirnya) akan meninggalkan dunia ini, padahal mereka belum merasakan kenikmatan yang paling besar di dunia ini”. Maka ada yang bertanya, “Apakah kenikmatan yang paling besar di dunia ini?” Ulama ini menjawab, “Cinta kepada Allah, merasa tenang ketika mendekatkan diri kepada-Nya, rindu untuk bertemu dengan-Nya, serta merasa bahagia ketika berzikir dan mengamalkan ketaatan kepada-Nya”. (Dinukil oleh imam Ibnul Qayyim dalam kitab “Igaatsatul lahfaan”, 1/72)

 

Di sini suka saya berkongsi dengan tuan puan hadirin hadirat yang dirahmati Allah akan pesan para ulama
Dawaa u qalbi khomsata asyia’

  • 1)      Qiraatul Quran Bit tadabbur ( kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati.)
  • 2)      Qiyamullail
  • 3)      Kasrotul istighfar
  • 4)      Mujalasati solihin (Duduk Bersama para solihin)
  • 5)      Khola ul bathon (kurangkan makan)

Allah swt mengajarkan bahawa kebahagian, ketenangan di dunia yang disebut kehidupan yang baik hanyalah akan diperoleh dengan keimanan dan amal perbuatan yang baik sebagaimana firmanNya di dalam surah an Nahal : 97

مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Ertinya: Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Akhir sekali sebelum menutup sesi tazkirah ini, kesimpulannya – Apabila kita Menyerah Kepada Setiap Takdir Allah Bukanlah ianya Sifat Pengecut, Tetapi Yakin Ada Kebaikan Yang Menunggu Dihujung Jalan

Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.

La haula wala quwwata illa billah”

– Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

 

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wrb

Sunday, September 18, 2022

Latihan Fe'el Amar (Kata Arahan/Suruhan)

Latihan Fe'el Amar (Kata Arahan/Suruhan) menggunakan perkataan yang diberi



Latihan Fe'el Mudhari' (Kata kerja sedang/akan berlaku/ Present@ Future Tense)


Latihan: Tukarkan perkataan kata kerja diberi kepada fe'el mudhari' (kata kerja sedang/akan berlaku)

 


Latihan Fe'el Madhi (Kata Kerja Dah Berlaku / Past Tense)



Latihan: Tukarkan perkataan kata kerja diberi apabila dihubungkan dengan dhamir ketika menjadi fe'el Madhi.
 ذَهَبَ 

Latihan Kata Ganti Nama Bahasa Arab


Isikan Dhomir di bawah berdasarkan dhomir muttasil  (ganti nama untuk kepunyaan) diberi.





Thursday, September 8, 2022

10 Sifat Akhlak Seorang Muslim




Menjadi seorang Muslim, maka kita perlu menghiasi akhlak kita dengan  memiliki sifat-sifat berikut: 

1. Bersifat Wara' (berhati-hati) dari melakukan perkara-perkara syubhah (samar)
2 Memelihara penglihatan
3. Memelihara lidah
4. Bersifat malu
5. Bersifat lemah lembut dan sabar
6. Bersifat benar dan jujur
7. Bersifat rendah diri
8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
9. Bersifat pemurah
10. Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)

Petikan : "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", Dr Fathy Yakan
(Saya mestilah Muslim dari sudut akhlak)

Monday, March 14, 2022

Hassan Al Banna: Amalan Kepartian Buta



"Tidak dinafikan api permusuhan dan hasad dengki telah merobek hati pemerintah dan juga rakyat akibat budaya kepartian yang sumbang ini.

Suatu hakikat yang rakyat belum fahami ialah perbezaan pendapat tidak semestinya merosakkan hubungan mesra.

Sebaliknya apa yang kita faham sekarang ialah perbezaan pendapat adalah suatu tanda permusuhan. Malah akibat perbezaan pendapat ini kita ketepikan segala kepentingan umum dengan memutuskan segala hubungan dalam semua perkara.

Kita melihat kebenaran yang ada pada pihak parti lawan adalah salah dan kesalahan di parti kita adalah benar. Sentimen ini mempengaruhi segala tindak-tanduk kita.

Penyakit ini semakin tenat dan merebak walau dalam keadaan genting. Kita tidak mampu bersatu untuk berhadapan dengan apa jua krisis walaupun demi kebaikan bersama dan demi kepentingan negara.

Sentimen seperti ini dan salah faham terhadap amalan kepartian mewujudkan budaya bermusuh yang sudah sebati. Kesannya segala potensi akal dan tenaga pemimpin kita hanya tertumpu kepada dua perkara iaitu menjatuhkan parti lawan dan mengelak daripada rancangan jahat lawan. Oleh itu, segala tumpuan pemerintah hanya kepada dua perkara ini. 

Demikian juga dengan tumpuan pihak pembangkang. Dalam usaha mencapai matlamat ini, segala hak dan kepentingan rakyat diabaikan. Keadaan ini menyedihkan bagi seorang sahabat tetapi menggembirakan bagi seorang musuh. Musuh akan mengambil kesempatan untuk menguasai hasil bumi negara."

Hassan Al Banna r.h

Tuesday, January 25, 2022

Pengalaman Mewakili SMK Seri Dungun Bagi Hafazan Peringkat Zon 2004

Surah as-Sajdah (Ayat 1 hingga 30)
Surah al-Insan (Ayat 1 hingga 31)
Surah al-Waqi'ah (Ayat 1 hingga 96)
Surah Nuh (Ayat 1 hingga 28)
Surah al-Jumu'ah (Ayat 1 hingga 11)
Surah Yasin (Ayat 1 hingga 83)
Surah al-Mulk (Ayat 1 hingga 30)


Tahun 2004, di SMK Seri Dungun- guruku arwah ustaz azua, ustazah engku, bagi galakan untuk masuk pertandingan menghafaz 7 surah di atas yang mana pertandingannya akan dijalankan sebulan lagi yang diadakan di SMK Rasau Dungun.

Ustaz Azua

Saya suka subjek sejarah (baca fakta dan ingat) barangkali dengan sebab itu saya cuba mencabar diri untuk menjadi wakil sekolah ke peringat zon. Saya listkan surah dan bilangan ayat lalu saya bahagikannya dengan jumlah waktu solat fardhu 5 waktu untuk saya target berapa ayat perlu dihafal setiap kali waktu solat fardhu.

Minggu pertama berjalan lancar dan saya yakin dapat hafalnya untuk tempoh berbaki 3 minggu. Namun, tak diduga lidah saya kena ulser menyebabkan sukar nak membaca dan hafal. Hampir 2 minggu nak sembuh. Maka tinggallah 1 minggu sahaja untuk hafal surah2 di atas. Saya teruskan dan ubah strategi dan gandakan ayat serta manfaatkan waktu sebelum subuh.

Alhamdulillah, hari pertandingan hafazan dijalankan, Allah izinkan saya ingat semua surah di atas. Tapi ada perkara yang telah membekas memberi pengajaran pada hari pertandingan saya diuji.

Ketika para peserta berbaki 4 orang peserta terakhir, entah mengapa niat saya bertukar mengharapkan ganjaran mendapatkan hadiah pertandingan. Akhirnya bila tiba giliran saya, 1 ayat terakhir saya tak dapat ingati dengan baik, manakala baki 3 peserta lagi berjaya. Akhirnya saya dapat tempat ke-4 dan 3 peserta layak ke peringkat seterusnya.

Sejak peristiwa itu, banyak mengajar saya bahawa sememangnya agak sukar bagi saya menjaga hafazan andainya niat tak betul melencong dari mengharapkan redha al Khaliq.

Tuesday, December 21, 2021

Produk Habbatus Sauda Baik Untuk Kesihatan


𝗛𝗔𝗕𝗕𝗔𝗧𝗨𝗦𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔 -𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗩𝗜𝗧𝗔𝗠𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗩𝗜𝗧𝗔𝗠𝗜𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧
.
Bersifat multivitamin dan kaya dengan calsium, zinc dan copper mampu membantu merawat pelbagai penyakit seperti 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶, 𝗸𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀, 𝗺𝗲𝗻𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 dan banyak lagi manfaatnya
.
Nasihat saya amallah makanan sunnah ini iaitu habbatussauda kerana telah banyak kajian bahawa habbatussauda mampu merawat dan melegakan salur pernafasan.
.
💬Ibnu Qayyim : #Habbatussauda berupaya memulihkan penyakit seperti #batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti #jerawat, sakit #senggugut dan haid, menambah susu badan wanita (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")
.
💬Dr Ahmad El-Qadi : mendapati #Habbatussauda mempertingkatkan daya tahan sakit #(immune system). 
.
💬Professor G. Rietmuller : Bahan ekstrak Habbatussauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem #immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Director of Institute Immunology, University of Munich, Germany)
.
.
Fungsi Utama:
▶️Membantu membersihkan saluran pernafasan dari kuman dan bakteria.
▶️Membantu menguatkan organ-organ penting
▶️Membantu melindungi paru paru
▶️Membantu melegakan radang
▶️Membantu melawan bakteria
▶️Membantu melegakan hidung sensitif dan tersumbat
▶️Membantu membantu alahan berkaitan pernafasan
.
Habbatus Sauda juga sesuai untuk:
➡️Membnatu menggalakkan rembesan Insulin.
➡️Membantu melancarkan peredaran darah.
➡️Membantu melegakan allergik habuk.
➡️Membantu menghentikan 'inflammations' .
➡️Membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.
➡️Membantu meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. ➡️Membantu meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Thursday, August 5, 2021

Habbatus Sauda Asli Lagi Bermutu

Dapatkan perlindungan kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan pemakanan sunnah. Tingkatkan imuniti badan untuk cegah penyakit.

Harga pasaran : RM25
Kapsul

Untuk mendapatkan harga istimewa atau anda ingin menjadi agen, hanya bermodalkan Rm20 sahaja untuk menjadi agen seumur hidup. Murah kan?

Nak simpan stok / tak nak simpan stok pun boleh
Siap ada bahan untuk promo lagi termasuk sistem website.

Tuan puan yang berminat nak beli boleh hubungi admin di talian 0139883435.

Alhamdulillah, setiap hari admin amalkan. Biasa tengok orang amalkan, bila try baru rasa kelainannya.

Friday, May 28, 2021

KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PQS TINGKATAN 4 KSSM TANPA SKEMA

Alhamdulillah... [PENTING BACA SAMPAI HABIS] Kertas Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan al Quran & as Sunnah TINGKATAN 4 telah pun tersedia. Permintaan menghasilkan kertas peperiksaan pertengahan tahun atau tingkatan 5 tidak dapat diutamakan sementara waktu. InsyaAllah projeknya akan dimulakan selepas ini. Bagi guru-guru PQS yang berminat mendapatkan softcopy kertas peperiksaan PQS, sila pm whatsapp admin di 0139883435 atau klik https://t.me/MohdAzlanKahlid Bayaran: RM1 Transfer ke: Akaun Maybank 163091000311 (Mohd Azlan) (Saya prefer whatsapp, kalau telegram lambat sikit saya reply) Tunjuk bukti bayaran dan saya send softcopy serta password pdf soalan pqs

Saturday, April 24, 2021

Dapatkan bahan pembelajaran anda di sini

SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 & TINGKATAN 5: https://t.me/PaiSPM

SUBJEK PENDIDIKAN AL QURAN & AS SUNNAH TINGKATAN 4 & 5 : https://t.me/BahanPqsSpm

SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1: https://t.me/PAITINGKATAN1

JANGAN LUPA JOIN & SHARE CHANNEL TELEGRAM ADMIN DI ATAS YA

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...