Kembali Ke Laman Utama

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, February 11, 2020

Motivasi 10 minit: MALAS


Apa maksud malas: 
Malas adalah suatu perasaan dimana seseorang akan enggan melakukan sesuatu kerana dalam fikirannya sudah memiliki penilaian negatif atau tidak adanya keinginan untuk melakukan hal tersebut.
Perlu kenalpasti penyebab malas, adakah anda sudah letih, penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya?

Contoh malas
Malas buat kerja, latihan, suka bertangguh, malas mengulangkaji, malas ke sekolah, malas buat amalan sunat, malas ikut peraturan sekolah, malas berbuat baik.

Cadangan menghilangkan rasa malas

1. Berwudhu' atau membasuh muka ketika rasa malas itu datang.
2. Bergaul dengan kawan yang baik agar termotivasi dalam hal yang positif.
3. Sediakan jadual (to do lists)
4. Membaca kisah-kisah motivasi atau inspiratif agar muncul rasa semangat dalam diri.
5. Mengerjakan amal soleh atau berbuat baik pada orang lain.
6. Berdoa kepada Allah swt. Dan jangan berputus asa
7. Mulakan sesuatu walaupun sedikit
8. Tinggalkan kegemaran yang menjadi penyebab : contoh: gajet
9. Kerap ingatkan diri tentang matlamat
10. Gunakan teknik 20/10 ; 20minit buat kerja, 10 minti berehat
11. Rehat dan tidur yang cukup
12. Riadah: Membolehkan oksigen lancar dalam badan
13. Amalkan teknik pernafasan betul: Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.

Doa menghindari rasa malas

اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَـمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْـِز وَاْلكَسَلِ .وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُـبْنِ وَالْبُخْـلِ
وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَـهْرِ الرِّجَالِ

Allohumma innii a'uudzubika minal hammi wal hazani wa a'uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzubika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal

Ertinya: "ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia." (hr abu dawud 4/353)

Saturday, September 24, 2016

TERAPI PEPERIKSAAN IBU BAPA KEPADA ANAK


1. Doa, fikir, cakap dan yakin yang anak akan berjaya.

2. Bentuk suasana yang tenang di rumah untuk anak mudah belajar.

3. Elak gaduh, marah atau merajuk agar anak dapat getaran positif.

4. Ahli keluarga korban dengan bantu, temankan belajar, tutup TV, dll.

5. Pesan kepada anak untuk amalkan rutin harian yang mengikut sunnah Nabi s.a.w.

6. Pastikan segala kelengkapan untuk peperiksaan telah siap sempurna.

7. Maafkan dan doakan guru dan kawan-kawan.

8. Ibu-bapa berpuasa, solat hajat dan banyakkan berdoa.

9. Nyatakan yang ibu-bapa akan redha apapun keputusan yang akan didapati nanti asalkan dia sudah mencuba yang terbaik. Ini akan mengurangkan tekanan kepada anak.

10. Pesan anak untuk solat taubat, hajat dan istikharah untuk mudah belajar dan menjawab soalan semasa peperiksaan dan tidur awal.

11. Di pagi peperiksaan, peluk anak dan doakan alfatihah, ayat kursi dan al-insyirah dan hembus atas kepala anak agar dia tenang dan terang hati.

12. Pesan anak masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan, baca alfatihah, selawat dan doa penerang hati dan surah al-insyirah, semasa hendak menjawab soalan peperiksaan.

Catatan daripada Dr. Fadzilah Kamsah terbitan akhbar MAIS

Friday, October 23, 2015

6 Tabung Kewangan


Formula pengurusan kewangan JARS System oleh T. Harv Eker

1) Necessity - Keperluan : 50-55%
2) Financial Freedom- 10%
3) Education - 10%
4) Long Term Saving for Spending -10%
5) Play -10%
6) Give- 5-10%

Tuesday, May 12, 2015

Kita beriman sebelum kita percaya.

1. Orang yang mempunyai kepercayaan kepada dirinya, akan bertindak mengikut kata hatinya kerana munculnya kuasa yang menggerakkan akalnya untuk merancang, kuasa yang merubah putus asa kepada sebuah harapan.

2. Maka kepercayaan adalah perkara yang sangat bernilai dalam batang tubuh manusia. Ia merupakan suatu kuasa dalaman yang menolak semua kkelemahan dan menyanggah sebarang kemungkinan.

3. Orang yang gagal pada hasil kerjanya jika ditanam kuasa kepercayaan yang positif, tidak sekali-kali merasa itulah jalan pengakhiran.

4. Percaya datang dalam kuasa yang perlbagai peringkat. Jika lemah kepercayaannya maka mudahlah ia digugat. Jika sebaliknya, segala badai rintangan yang melanda akan ditempuh tanpa rasa takut.

5. Namun percaya tidak akan mati bersama jasad yang sudah tidak bernyawa kerana ia meninggalkan sebuah perjuangan kehidupannya berdasarkan apa yang ia percaya.

6. Sebagai orang Islam, percaya itu berlingkar dalam kerangka yang benar-benar realistik kepada apa yang menjadi sunnahtullah kehidupannya. Percaya datang apabila ia suatu yang benar-benar berlaku. Tetapi itu adalah suatu sikap yang berharap pada sesuatu kejadian. Maka percaya ini bukanlah hakiki. Islam meletakkan IMAN sebagai suatu definisi yang melangkaui erti kepercayaan. Kerana adakala percaya itu hanya terucap apabila sesuatu itu dibuktikan pada mata kasar, didengar oleh telinga, dirasai oleh pancaindera.

7. Sedang IMAN mendahului Percaya. Jika hadir Iman, maka ia akan mendahului segala perkhabaran padanya. Percaya memerlukan bukti untuk diterima. 

8. Seorang ibu akan melarang anak bermain dalam semak hutan kerana dikhuatiri ada ular. Maka seorang anak bisa menyanggahi anak kerana ia mahukan bukti, sebab itu ia berdegil masih bermain juga. Apabila sudah dipatuk ular baharulah ia percaya.

9. Tanyakanlah pada diri kita, apakah kita meletakkan percaya itu pada segala apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan segala yang memerlukan bantuan pancaindera kita untuk tunduk kepadanya? Atau masih ada sekelumit Iman yang sebenar-benarnya adalah permata kepada diri kita. Iman akan menyanggah segala perkara yang tidak mungkin, menukar segala perkara yang mustahil dan berpegang kepada sebuah janji yang tersembunyi pada pandangan mata kasar.

Itulah keajaiban yang luar biasa ada pada KUASA IMAN.

Friday, December 26, 2014

Doa Muhasabah

 
Untuk menonton dan mendengar klip video pendek bacaan doa daripada Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Exco Muslim Care di atas, pengunjung terlebih dahulu hendaklah menekan butang "pause" lagu tema blog ini pada bahagian bawah blog ini pada paparan widget audio. Baru play video di atas. Sekian, kalau best, like la page facebook di atas atau jadi follower blog ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Tuesday, March 25, 2014

Harapan Umar bin Al Khattab R.a

Umar pernah mengatakan kepada para sahabat: 

“Berharaplah kami dengan sesuatu!” Sebahagian ada yang berkata: “Saya berharap seandainya rumah ini dipenuhi dengan emas, maka saya akan belanjakan di jalan Allah dan berderma dengannya.” Salah seorang yang lain pula berkata, “Saya akan belanjakan di jalan Allah dan berderma dengannya.”

Kemudian, Umar berkata: 

“Berharaplah kamu dengan sesuatu!” Para sahabat berkata: “Kami tidak mengetahui lagi apa yang kami harapkan, wahai Amirul Mukminin.” Umar berkata: “Saya berharap seandainya rumah ini dipenuhi orang-orang seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Mu’az bin Jabal, Salim mantan hamba Abu Huzaifah, dan Huzaifah bin al-Yaman. Maka mereka akan aku tugaskan untuk melakukan tugas ketaatan kepada Allah. Mereka semua adalah saudara Umar seiman dan seakidah.”

Umar pernah menjelaskan mengenai siapa sebenarnya TEMAN SEJATI yang ikhlas, dengan mengatakan:

“Hendaklah kamu berteman dengan teman-teman yang ikhlas! Hiduplah kamu bersama mereka, kerana mereka adalah perhiasan ketika suka dan bekal ketika duka! Tunaikanlah hak temanmu sebaik mungkin hingga dia datang memenuhi keperluanmu yang kurang!”

Kata Umar lagi:

“Jauhilah musuhmu dan hindarilah temanmu kecuali teman yang terpercaya. Tidak ada teman yang terpercaya kecuali teman yang takut kepada Allah. Janganlah kamu bergaul dengan teman yang jahat, kerana kamu boleh jadi akan belajar dari kejahatannya. Janganlah kamu buka rahsiamu kepada dia. Ajaklah mengadakan mesyuarat tentang urusanmu orang yang takut kepada Allah.”

Pada suatu malam, Umar mengingat salah seorang temannya sambil berkata:

“Alangkah panjangnya malam ini. Jika temannya pergi solat Subuh, maka dia akan menemuinya, dan jika bertemu dengan dia, maka dia akan merangkulnya.”

Umar pernah mengatakan:

“Sekiranya bukan kerana saya berjalan di jalan Allah, atau saya letakkan punggung saya di atas tanah kerana Allah, atau saya duduk bersama sekelompok orang yang mencari perkataan yang baik sebagaimana mereka mencari buah-buahan, nescaya aku lebih menyukai aku ini bertemu dengan Allah.”

 Amirul Mukminin; Umar bin Al Khattab,Kepimpinan dan Ketakwaannya. Oleh: Dr. Muhammad Ali As-Shallabi. M/s:209-210

Thursday, February 13, 2014

Suami Yang Tidak Mengejutkan Isteri Untuk Solat Subuh

Soalan

Apakah tanggungjawab yang dipikul oleh seorang suami jika dia tidak mengejutkan isterinya untuk solat subuh? Apakah usahanya yang telah berulangkali boleh menjadi alasan baginya? Ataukah suami berdosa jika isterinya terlambat menunaikannya?

Jawapan

Jawapan daripada pertanyaan ini dapat dijelaskan oleh firman Allah swt:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”
(Surah An-Nisa’:34)

Dan dari sabda Rasulullah saw: “Lelaki adalah pemimpin di rumahnya dan akan ditanya mengenai yang dipimpinnya.”

Yang wajib ke atas suami adalah mengejutkan isterinya untuk solat dengan cara apapun, kecuali cara yang haram. Dan dia bertanggungjawab ke atas isterinya di hadapan Allah swt kerana Allah swt berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
(Surah at-Tahrim:6)

Juga kalau dia memiliki kesibukan khusus di rumah, maka dia harus berusaha mengejutkannya dengan segala cara. Demikianlah cara terbaik, kerana di dalam kesolehan isteri terdapat kebahagiaan dunia  dan akhirat.

Soal Jawab Berkaitan Rumahtangga: Ringutan Suami Terhadap Isteri,Oleh: Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Muhammad bin Ibrahim; m/s 90-91

Sunday, March 4, 2012

Islam Itu Indah:Reset Minda Suami

(Sila tekan butang Pause pada musik background blog ini dibawah sebelum anda play siaran ini.)
Bersama Prof. Dr. Muhaya Mohomad di Radio IKIM.fm dalam slot Aspirasi Kembali dan DJ Fairuz.

Sumber:website radio ikim.fm

Tuesday, January 10, 2012

Bersandar Diri Hanya Kepada Allah

"Salah satu tanda bergantungnya seseorang kepada amalnya adalah kurang raja' (harapan terhadap rahmat Allah) tatkala ia mengalami kegagalan (dosa)."

-Kata-kata Hikmah Seorang Guru-
Syeikh Ibn 'Atha'illah As-Sakandari

Saturday, May 28, 2011

لا تحزن ولا تخاف...إن ألله معنا

"Jangan bersedih sebab anda selalu dalam kebaikan,
sama ada dalam keadaan sengsara ataupun bahagia, 
dalam keadaan kaya ataupun miskin,
dan dalam keadaan tertekan ataupun lapang.

Baginda Rasulullah saw bersabda ertinya;
"Alangkah bertuahnya keadaan orang Mukmin, semua keadaan baginya adalah baik. Jika dia mendapat kebaikan, ia bersyukur maka itu menjadi suatu kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah, ia bersabar, maka itu juga menjadi satu kebaikan baginya. Dan ini hanya akan berlaku kepada orang Mukmin.."

"Jangan Berdukacita, kerana sabar terhadap hal yang tidak disukai dan kesusahan adalah jalan menuju KEJAYAAN! "

La Tahzan by Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Monday, December 20, 2010

Mutiara Kata

“Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan untuk menutupi perangai yang tidak baik. Lihatlah setiap bunga yang tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit, bintang-bintang dan burung-burung semuanya tersenyum. Dan manusia, sesuai dengan watak dasarnya, adalah makhluk yang suka tersenyum jikalau dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering membuat raut wajah tampak kusut dan muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh kerana itu, tidak akan tampak keindahan dari orang yang hatinya kotor.”

*Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni*- Penulis Buku The Best Seller, La Tahzan.

Sunday, December 19, 2010

Mendidik Anak-anak Tinggi EQ

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Dalam membesarkan anak-anak perkembangan EQ (emosional qualities) sama pentingnya dengan perkembangan IQ.  Kalau IQ merujuk kepada kepintaran anak-anak, EQ pula merujuk kepada kebolehan anak-anak menangani konflik emosi mereka.  Tahap IQ seseorang boleh diukur melalui ujian-ujian tertentu tetapi EQ sebaliknya tidak mampu diukur.  Sehingga sekarang takrif yang tepat tentang EQ masih dicari.  Salovey dan Mayer mendefininisikan EQ sebagai, suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujuk kepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau perasaan dirinya atau orang lain, membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai panduan membentuk suatu cara fikir dan tindakan.

Dalam meniti kecemerlangan hidup, ramai pakar percaya bahawa 80% bergantung kepada kekuatan EQ dan hanya 20% sahaja berdasarkan ketinggian IQ.  Para pekerja pada awalnya mungkin diambil bekerja kerana kebolehan IQ mereka tetapi hanya yang mempunyai EQ yang tinggi sahaja kelak yang cepat dinaikkan pangkat.  EQ lebih merujuk kepada ciri-ciri diri seperti:

•Emphati.
•Meluahkan dan memahami perasaan.
•Mengawal perasaan marah.
•Berdikari.
•Kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
•Kebolehan menyelesaikan masalah pergaulan.
•Persistensi iaitu sikap tidak mudah mengaku kalah.
•Mudah mesra dan ramah.
•Baik budi.
•Pandai menghormati diri sendiri dan orang lain.
•Dan sebagainya.

Thursday, August 12, 2010

Motivasi: Suasana Belajar Yang Berkesan

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


Setiap pelajar mempunyai keinginan yang unik dalam memilih tempat dan suasana yang paling sesuai untuk belajar.  Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya dapat ditentukan oleh pelajar itu sendiri.  Ikhlas pada diri anda.  Tentukan sendiri suasana bagaimana yang paling anda gemari.  Misalnya, sekiranya anda seorang pelajar yang gemarkan suasana yang ramai orang, maka perpustakaan mungkin pilihan terbaik anda.   Sekiranyanya pula, anda rimas dengan keadaan tersebut pilihlah tempat yang sunyi, yang agak terpencil dan jauh dari orang ramai.  Jangan paksa diri anda untuk bersetuju dengan suasana belajar orang lain.  Jangan ke perpustakaan hanya disebabkan semua rakan-rakan belajar di sana.  Anda mungkin ke perpustakaan hanya untuk mencari bahan tetapi untuk belajar ia tidak semestinya disitu juga.
Suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas, dan bersih membolehkan anda belajar dengan mudah.  Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.  Persekitaran sebegini membolehkan anda memberikan tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari.  Susun atur perabut dan kepekatan cahaya juga turut mempengaruhi mood belajar anda.  Oleh itu mulalah ubahsuai bilik anda sekarang.  Sekiranya anda tidak mempunyai bilik yang berasingan maka memadailah sekiranya anda boleh dapatkan satu ruangan atau sudut yang agak terpencil dan jauh dari gangguan.  Pasti ada ruangan dalam rumah anda yang boleh anda gunakan sebagai tempat belajar anda.  Elakkan dari belajar di dapur atau di ruang tamu.  Terlalu banyak gangguan dikedua-dua tempat ini disamping menjadi laluan utama setiap penghuni rumah. 
 
Untuk belajar, anda hanya memerlukan satu kerusi, satu meja dan satu rak.  Tidak semestinya ia baru dan cantik yang penting anda tahu bagaimana untuk menghias dan menyusunnya.  Ubah susun atur kerusi dan meja ini setiap tiga bulan.  Mungkin pada awalnya meja menghadap dinding dan selepas tiga bulan ubah pula ia menghadap tingkap.  Dengan cara ini anda dapat rasakan perubahan persekitaran yang membuatkan anda rasa seronok untuk belajar.  Begitu juga rak buku anda, letakkannya di tepi, kemudiannya di depan atau di belakang.  Lakukan apa sahaja yang penting anda dapat rasakan keinginan untuk belajar timbul dihati setelah anda mengubah susun atur perabut  ini.  Sediakan juga satu ruangan pada dinding, yang mudah anda lihat, untuk anda pamirkan senarai tindakan anda (to do list), carta reputasi akademik anda, senarai projek dan jadual perancangan jangka pendek serta jangka panjang anda.   Ada diantara pakar kemahiran belajar yang berpendapat bahawa muzik boleh meningkatkan tumpuan dan keseronokan belajar.  Ini disebabkan ia berkait rapat dengan fungsi otak kanan anda.  
Sekiranya anda seorang yang gemar mendengar radio ketika belajar, maka hentikan tabiat buruk ini.  Gantikannya dengan memainkan lagu-lagu latar berbentuk instrumental.  Untuk kesan yang terbaik, muzik ini mestilah dimainkan pada kadar bunyi yang sederhana tinggi agar tidak mengganggu anda.  Muzik yang paling sesuai ialah instrumental klasik yang dimainkan oleh pemuzik seperti Vivaldi, Bach, Bernstain dan lain-lain.  Muzik ini sangat sesuai kerana kebanyakannya menggunakan tempo 60 bit seminit.  Iaitu sama seperti kadar degupan jantung purata anda ketika rehat. 
Dengan Muzik
Tanpa Muzik
  • Denyutan dan tekanan darah menurun.
  • Gelombang otak perlahan.
  • Otot-otot rileks.
  • Denyutan dan tekanan darah meningkat.
  • Gelombang otak pantas.
  • Otot-otot tegang.

Gantungkan gambar-gambar kejayaan anda (jika ada) atau sijil-sijil pencapaian anda di ruangan bacaan tersebut.  Gambar-gambar ini mungkin kejayaan anda dalam sukan atau peraduan-peraduan tertentu.  Ia akan mengingatkan anda bahawa anda boleh berjaya dan boleh menjadi juara dalam hidup anda.  Gambar tersebut membuktikan yang anda pernah melakukannya sebelum ini dan anda akan melakukannya pula dalam bidang pelajaran.  
Gantungkan juga katajaya-katajaya/Motivasi yang memberikan anda rangsangan yang positif.  Anda mungkin mahu memetik kata-kata yang diperolehi dalam kursus Motivasi Alihan Pelajar untuk dijadikan azimat penguat semangat. 

-Mahasiswa Beristiqamah,Penggerak Arus Kejayaan- 

Saturday, July 31, 2010

Motivasi: Percaya


Rahsia berikutnya yang ingin saya kongsikan bersama para pelajar bagi entry kali ini adalah PERCAYA ataupun BELIEVE. Pelajar cemerlang sentiasa percaya bahawa mereka boleh cemerlang. Hanya faktor masa sahaja yang akan membuktikan segala usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka untuk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban untuk berjaya. Jika kita sendiri tidak yakin bahawa kita boleh berjaya, masakan orang lain dapat membantu kita untuk berjaya.

Pernahkah para pelajar mendengar akan satu hadis mengenai pembukaan Kota Constantinople? Hadis ini diriwayatkan ketika contoh manusia cemerlang iaitu baginda Rasulullah SAW dan para sahabat sedang menggali parit ketika peperangan Khandak. Dalam keadaan yang getir dan memenatkan itu, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” (Hadith Riwayat Ahmad, al-Hakim dan Bukhari dalam kitab Tarikh as Saghir)

Bertitik tolak dari saat itu, para sahabat dan ummat Islam seluruhnya yakin dan percaya bahawa suatu hari akan tetap dibuka Kota Constantinople yang pada ketika itu dalam jajahan takluk Rom. Asas kepercayaan dan yakin bahawa umat islam mampu melakukannya telah membuahkan beberapa siri cubaan untuk membuka kota ini sejak dari zaman sahabat, zaman khulafa’ ar rasyidin dan akhirnya di zaman Sultan Muhammad al Fatih.

Era sahabat ra

Bertitik tolak dari hadith ini, Abu Ayub al-Ansari ra bersama barisan tentera Muslimin telah diutuskan oleh Muawiyah ra untuk bergerak menuju ke medan perjuangan dalam usaha merealisasikan kata nabi ini. Taqdir Allah mengatasi tadbir manusia, kemenangan ekspidisi itu ditangguhkan olehNya dan akibatnya, Abu Ayub telah menemui syahid dalam peperangan tersebut.

Era Khalifah Selepas Sahabat ra

Kegagalan “generasi terbaik” (era sahabat) tidak mematikan semangat juang muslimin. Sebaliknya, perjuangan diteruskan oleh khalifah-khalifah seterusnya, termasuklah bapa kepada Sultan Muhammad al-Fatih, Sultan Murad II. Namun, kesemuanya masih menemui kegagalan kerana masih belum menepati ciri-ciri sebaik-baik pemimpin dan tentera yang menjadi syarat kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Nabi saw.

Era al-Fatih

Pada usia semuda 19 tahun, al-Fatih telah diberi mandat untuk memimpin kerajaan Islam Uthmaniyah. Semenjak usia kanak-kanak lagi, beliau telah dididik oleh Sheikh Ismail al-Kurani yang mengajarkannya al-Quran, Hadith, tauhid dan pelbagai cabang ilmu syariah telah melayakkan beliau menjadi pemimpin yang adil dan berakhlak mulia.

Selain Sheikh Ismail, beliau turut ditarbiyah oleh seorang yang alim bernama -Sheikh Ak Semsettin/Syamsuddin. Beliau bukan sekadar mengajar cabang-cabang ilmu syariah, sebaliknya al-Fatih turut diajar mengenali ilmu-ilmu sunnatullah seperti matematik, ilmu peperangan dan lain-lain. Sheikh Semsettin bukan sahaja bertindak sebagai gurunya di kala muda, malah dalam setiap keputusan dalam pemerintahan juga akan dirujuk kepada Sheikh Semsettin /Syamsuddin dalam memastikan setiap keputusan itu bertepatan dengan kehendak Allah dan RasulNya. Beginilah telitinya Al-Fatih dalam menjaga hukum Allah.

Constantinople tetap menjadi idaman al-Fatih. Bukan nama dan kemasyhuran yang dikejar, tetapi perjuangan demi mengejar gelaran dari Nabi saw sebagai sebaik-baik pemimpin dan tentera yang menjadi matlamatnya. Oleh itu, beliau telah menyiapkan sepasukan mujahid seramai 250 000 orang demi merealisasikan tujuan ini. Para mujahid ini bukan sekadar dilatih dan dilengkapkan dengan senjata bersifat zahiriah, mereka juga turut dididik dengan taqwa untuk memenuhi kriteria yang dinyatakan oleh Rasulullah saw.

Saban hari al-Fatih bermunajat pada Allah swt mengharapkan bantuan dariNya. Namun ikhtiarnya tidak terhenti sekadar munajat, bahkan beliau sendiri pernah menyusup masuk ke dalam kota Constantinople secara rahsia, demi mengkaji secara dekat akan kekuatan kubu dan juga untuk memahami struktur sosial masyarakat Constantinople yang diperintah oleh Raja Byzantine. Usaha sebeginilah yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana khalifah sebelumnya yang mungkin mejadi asbab kepada kegagalan, akibat gagal mengetahui kekuatan musuh. 

Setelah merasa yakin dengan persediaan para tenteranya, dari segi keimanan dan kelengkapan, pada 6 April 1453M beliau memulakan serangan selepas rundingan bersama Raja Byzantine agar diserahkan kota itu secara damai ditolak mentah-mentah oleh pihak Byzantine. Peperangan berlanjutan selama 54 hari, namun kejayaan masih belum dicapai. Pada subuh, 29 Mei 1453M, semangat para mujahid telah ditingkatkan dengan ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Nabi saw berkaitan dengan jihad. Mereka diingatkan agar mengikhlaskan niat. Akhirnya dengan lafaz, “Bergeraklah dengan keberkatan dari Allah,” Syeikh Semsettin/Syamsuddin  melepaskan para mujahid untuk serangan “all out”. Dengan izin Allah, maka pada hari tersebut, dibukalah kota Constantinople, dibuka dari kezaliman Byzantine, dibuka dari jahiliyah kepada keadilan Islam. Masyarakat yang majoritinya terdiri dari orang-orang Kristian dilayan dengan saksama seperti yang diajar oleh Nabi saw. Nama Constantinople turut ditukar kepada Islambol yang membawa maksud Bandar Islam.

Begitulah beberapa rentetan peristiwa yang berlaku dalam sejarah umat islam yang membuahkan satu dasar kefahaman bahwa andai sekiranya yakin dan percaya pada diri dan janji Allah dan Rasul,nescaya ianya akan membuahkan hasil. Hanya masa yang menentukannya.
 Thomas Alva Edison gagal lebih 10,000 kali sebelum berjaya mencipta mentol.Colonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resepi ayam goreng KFC. Adik beradik Wright pula terpaksa berhadapan denganpelbagai cemuhan daripada masyarakat sebelum akhirnya berjaya mencipta kapal terbang. Apakah persamaan yang ada pada mereka yang telah berjaya ini?

Mereka percaya bahawa walau apa sekalipon cabaran dan halangan, kejayaan pasti akan menjelma satu hari nanti.Mereka percaya, benar-banar yakin tanpa sedikitpon rasa ragu. Mereka sanggup menunggu saat kecemerlangan itu tiba walaupon terpaksa berhadapan dan melakukannya ribuan kali. Sebabnya ialah mereka PERCAYA.

Anda juga perlu percaya bahawa anda mampu lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri dan yang paling penting untuk umat islam ini, keluarga, masyarakat dan negara. Dan akhirnya, ingatlah tanpa anda yang merubah apa yang ada pada diri anda, tiada siapa yang dapat membantu anda untuk melakukannya. Percayalah!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: “Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, niscaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu kaum, maka Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, maka Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, maka Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.” (Al-Hadith)

Wednesday, July 28, 2010

Motivasi: Membaca Secara Berkesan


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat.  Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk.  Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya.   Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar.  Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati.  Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu. 

Persediaan Sebelum Membaca.
Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
  1. Pilih masa belajar yang sesuai.  Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan.  Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang.  Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
  2. Pilih suasana yang sesuai.  Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
  3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.

  4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
     
Pelbagai Cara Membaca. 
Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.
  1. Membaca untuk hiburan.  Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi.  Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.
  2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja.  Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari.  Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat.  Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.
  3. Membaca secara kritikal.  Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya.  Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda.  Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan.  Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.
  • Melihat seimbas.  Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.
    -  Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.
    -  Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.
    -  Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
    -  Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
  • Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
  • Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan.  Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
  • Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar.  Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
  • Gariskan fakta-fakta penting.  Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.
  • 'Highlight' setiap kata kunci.
  • Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
  • Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.
Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda.  Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.