Kembali Ke Laman Utama

Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Monday, September 10, 2018

TIPS BAHASA ARAB PT3 MENGENAL BILANGAN ISIM

Assalamualaikum wbt

Kali ni ustaz nak share macam mana nak tahu bilangan isim (kata nama). Penting kita nak kena tahu berapa orangkah isim sebab bila bilangannya 1 tak sama ejaan dengan bilangan 2 orang atau ramai.

Kemudian, bila kita dah kenal berapa bilangan isimnya, fe'el atau kata kerja mestilah sesuai/sama padan jika buat ayat "jumlah ismiah".

Jadi nak permudahkan, ustaz nama kotak formula ni sebagai kotak bilangan isim.

KOTAK BILANGAN ISIM
JANTINA/BILANGAN
1 (مفرد)
2 (مثنى)
RAMAI (جمع)
L
TIADA ة DI AKHIR ISIM
ADA ان… DI AKHIR ISIM
ADA
ونَ
وْا
يْن
DI AKHIR ISIM
P
ADA ة DI AKHIR ISIM
ADA تان…DI AKHIR ISIM
ADA ات… DI AKHIR ISIM

Contoh:

Bilangan 1 Orang
Jika bilangan Isim 1 Lelaki atau مفرد , tiada ة di belakangnya : الطالب
Jika bilangan Isim 1 Perempuan atau مفرد , ada ة di belakangnya : الطالبة

Bilangan 2 Orang
Jika bilangan Isim 2 Lelaki atau مثنى  ada ان... di belakangnya : الطالبان
Jika bilangan Isim 2 Perempuan atau مثنى  ada تان... di belakangnya : الطالبتان

Bilangan 3 Orang/ Ramai 
Jika bilangan Isim 3 Lelaki atau جمع ada ون... ين...atau وا...di belakangnya : الطالبون 
Jika bilangan Isim 3 Perempuan atau جمع ada تان... di belakangnya : الطالبات



Diizinkan copy dan sebarkan. Jika anda ingin membayar bahan dalam blog ini boleh juga dibuat di akaun maybank iaitu : 163091000311 (Mohd Azlan Kahlid). Hanya Rm1 sahaja untuk tujuan ustaz mencari bahan untuk dipermudahkan.

Terima kasih.                                                                               

Sunday, September 9, 2018

PT3 : Mengenal Isim (Bahasa Arab)

Assalamualaikum wbt

(Ketika menyambut Yb Adun Kota Anggerik Shah Alam)

Posting kali ni ustaz nak share ilmu tak sebarapa ni kepada murid-murid camne nak kenal isim secara asas, tak nak terlalu detail.

Sebelum tu, Isim ni makne dia KATA NAMA. Apa benda pula kata nama tu? Senang citer, semua benda atas dunia ni ada nama, so semua benda yang ada nama tu adalah ISIM. Awak tengok kipas, harimau, Pak Hamid, Mak Cik Bedah, Tok Batin, Pengetua, Polis, Kereta Kebal, Matahari, Aku, Dia, Awak,Kami tu semua kan ada nama. So diorang tu adalah Isim.

Ok. Macam mana nak tahu isim dalam ayat atau kalimah?

Pertama: Ada ال kat depan perkataan tu. 
Contoh: السيارة ، القمر ، الطالب

Kedua: Nama Orang
Contoh: احمد ، فطيمة ، علي 

Ketiga: Binatang
Contoh: أسد ، قط ، كلب ، نمل 

Keempat: Jawatan
Contoh: الطالب، رئيسة ، مدير ، حارس ، جيش

Kelima: Benda
Contoh: السيارة ، الساعة ، مكتب ، قلم ، مكنسة

Keenam: Tempat
Contoh: الملعب ، استاد ، قاعة ، مسجد ، مصلى، مدرسة

Ketujuh: Selepas Huruf Jar adalah Isim
Contoh: مِن البيت ، بالسيارة ، إلى المدرسة ، في مكة ، لأحمد ، على الله ، عن الموضوع 

Kelapan: Bertanwin 
Contoh: كَتٌّ ، يَدٌّ ، بَابٌٌ ، قَلَمٌ 

Kesembilan: Perkataan Isim Mausul
Contoh: الذي ، التي ، اللذان ، اللتان ، الذين، اللآئي ، اللآتي

Kesepuluh: Jantinanya (Lelaki atau Perempuan)
Contoh: Jika perempuan, ada ة  di belakang perkataan, dan lelaki tanpa ة  di belakangnya

Kesebelas: Isim Isyarat (Kata Tunjuk)
Contoh: ذالك، ذانك ، تلك، تانك، أولئك ، هذا، هذان، هذه، هاتان، هؤلآء

Kedua belas: 14 Dhomir (Ganti Nama)
Contoh: هو ، هما، هم، هي، هما، هن، انتَ، انتما، انتم، انتِ، انتما ، انتن، انا، نحن


Ok camne, boleh faham ke tak?
Kepada yang pakar arab, boleh perbetulkan. Sebab ustaz ni bukan mahir arab. Just sharing is caring. Semoga bermanfaat untuk korang. Ok...

Saturday, November 18, 2017

Contoh Karangan PT3 Bahasa Arab 2017


: الموضوع

مبارة كرة القدم

أقيمت مباراة ودية بكرة القدم بيوم الخميس الموافق 22/8/2017على ملاعب مدرسة السفينة النجاح بين فريق المدرسة وفريق
مدرسة السلطان إسماعيل  للمرحلة الأساسية العليا وقد انتهت المباراة بفوز فريق مدرسة السفينة النجاح بنتيجة 7-1 .

وكانت الروح الرياضية هي الطابع المميز لهذه المباراة بالإضافة الى حضور الجمهور الذي كان له دور كبير في إنجاح هذا اللقاء.

وبعد انتهاء المباراة احتُفل باستقبال الفريقين بحضور رئيسة مدرسة السفينة النجاح حاجة مسطورا ونائب مدير مدرسة الاستاذ محمد عزلن وقد أكدوا على أهمية عمل لقاءات رياضية بين المدرستين بهدف خلق روح المحبة والتعارف بين الطلاب .

Maksud

Tajuk: Pertandingan Bola Sepak

Satu perlawanan bola sepak yang persahabatan telah diadakan pada hari Khamis, 22/8/2017 mengenai kejayaan sekolah di sekolah antara pasukan sekolah dan pasukan Sekolah Sultan Ismail untuk peringkat atas dan permainan berakhir dengan kemenangan pasukan sekolah pasukan dengan kejayaan 7-1.

Semangat kesukanan adalah watak yang tersendiri permainan ini, sebagai tambahan kepada kehadiran penonton, yang mempunyai peranan utama dalam menjayakan pertemuan ini.

Selepas akhir perlawanan, turut meraikan pertemuan kedua-dua pasukan di hadapan Raisah Sekolah Safinatun Najah Mastura dan Guru Besar Sekolah Ustaz Mohd Azlan yang telah menekankan kepentingan pertemuan sukan antara kedua-dua sekolah untuk mewujudkan semangat cinta dan perkenalan di kalangan pelajar.


Sunday, October 1, 2017

TIPS MENJAWAB SOALAN SUSUN PERKATAAN PT3

Assalamualaikum Wrt

Kali ini ustaz cuba buat ringkasan bagi menjawab soalan رتب الكلمات atau Menyusun Perkataan. Pastikan anda mendapat paling tidakpun 5/10 daripada markah diberi. Salah 1 susunan tolak 1markah, salah 2 susunan tolak 2 markah iaitu 0markah. Jadi sila berhati-hati.

1. FAHAMI MAKSUD SETIAP PERKATAAN

2. TULIS MAKSUD SEMUA PERKATAAN

3. CARI FE'EL (LETAK SEBAGAI PERKATAAN PERTAMA)- KEMUDIAN CARI ISIM FA'IL (PELAKU). ISIM FA'IL DIKENALI ADA ال DAN BERBARIS HADAPAN PERKATAAN ITU (ــــُـــ).

4. JIKA ADA OBJEK/BENDA YANG KENA BUAT (المفعول به) BERBARIS ATAS (ـــَـــ), MAKA LETAKKAN IA PADA SUSUNAN KETIGA IAITU SELEPAS FE'EL-ISIM FA'IL.

5. JIKA ADA MASA / WAKTU, LETAKKAN DI AKHIR AYAT.                                             CONTOHNYA        رجع الطالب الدرس في المساء

6. JIKA ADA PARTIKEL (HURUF JAR)- LETAKKAN SEBELUM ISIM YANG ADA ال  CONTOHNYA الكتاب على الرف

7. JIKA ADA KATA SANDARAN, ISIM PERTAMA TIADA ال MANAKALA ISIM KEDUA ADA ال. CONTOHNYA: ساحة المدرسة/ رئيس الفصل

8. JIKA PERKATAAN DIBERI TIADA FE'EL, SEMUANYA ISIM JE, MAKA PERKATAAN AWAL ADA ال. PERKATAAN KEDUA TIADA ال. CONTOHNYA الحديقة جميلة/ الطالب ذكيّ

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biasanya ustaz ajar anak-anak murid ustaz buatkan simbol pada setiap perkataan. Contohnya

Isim= I
Fe'el= F
Fa'il= Fa
Huruf Jar= HJ
Idhafah= Id
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara asas nak kenal Isim
1. Ada ال
2. Nama orang
3. Jawatan-contoh pelajar, guru
4. Benda
5. Binatang
6. Selepas huruf jar
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apapun ustaz bukanlah pakar dalam bahasa arab. Maklumlah ustaz ni dalam bidang perbankan Islam, jika ada kesilapan, ustaz sedia menerima teguran di atas ni untuk pembetulan. Jika ilmu ini bermanfaat, maka sebarkan dan ajarkan pula kepada orang lain ya!

!اللهم بشر

Karangan Contoh Bahasa Arab PT3 2017


الموضوع: قصة الشعبية التي تقرأ 

القصة الشعبية هي مجموعة من الحكايات الحقيقة أو الأسطورية الخيالية المتعلقة بالحياة اليومية. قصة كنچيل والتمساح هي إحدى من قصة الشعبية المشهورة في حياتنا. وهذه القصة تخبرنا عن كنچيل الذي يريد عن يأكل اثمار رمبوتان الناضجة. فالكنچيل ضروري له عن يعبر النهر إلى شجرة الرمبوتان. لكن في ذلك النهر يوجد التماسح كثير. كان كنچيل حيوان كبير العقل وهو يحصل ان يأكل اثمار رمبوتان بحيلة. العبرة من هذه القصة هي اتمنى ان تكون كالكنچيل الذي صغير الجسم ولكن كبير العقل.

Maksud Karangan 


Tajuk: Cerita popular yang anda baca


Cerita popular adalah koleksi kisah dongeng yang nyata atau mitos tentang kehidupan seharian. Kisah Kancil dan Buaya adalah salah satu cerita rakyat yang paling terkenal dalam kehidupan kita. Kisah ini memberitahu kita tentang Kancil yang mahu memakan buah Rambutan yang masak. Ia perlu  melintasi sungai ke pokok Rambutan. Tetapi di sungai itu terdapat banyak Buaya-Buaya. Kancil adalah haiwan akal pintar dan dia dapat makan buah Rambutan dengan membuat helah. Pengajaran dari kisah ini adalah bahawa saya ingin menjadi seperti kancil, biarpun badan kecil tetapi akal panjang.