Kembali Ke Laman Utama

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Sunday, August 10, 2025

DOA UMUM MOHON PASANGAN, REZEKI, ZURIAT YANG BAIK


1. Doa Umum Memohon Pasangan dan Keturunan yang Menyenangkan Hati (Surah Al-Furqan: 74)

Doa ini adalah antara doa yang paling popular dan sering diamalkan, memohon agar dikurniakan pasangan hidup dan zuriat yang menjadi penyejuk mata di dunia dan di akhirat.

  • Teks Arab:

    رَبَّنَاهَبْلَنَامِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
  • Rumi: "Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a'yunin, waj'alna lil muttaqina imama."

  • Maksud: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

2. Doa Nabi Musa A.S. Memohon Kebaikan dan Rezeki (Surah Al-Qasas: 24)

Doa ini diucapkan oleh Nabi Musa A.S. ketika beliau dalam keadaan memerlukan pertolongan Allah. Walaupun tidak spesifik tentang jodoh, "kebaikan" dalam ayat ini bersifat menyeluruh, termasuk jodoh yang baik.

  • Teks Arab:

    رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍفَقِيرٌ
  • Rumi: "Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir."

  • Maksud: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

3. Doa Nabi Zakaria A.S. Memohon Zuriat dan Tidak Hidup Sendirian (Surah Al-Anbiya: 89)

Doa ini adalah permohonan Nabi Zakaria A.S. agar dikurniakan zuriat, namun ia juga sering diamalkan oleh mereka yang belum bertemu jodoh sebagai permohonan untuk tidak hidup bersendirian.

  • Teks Arab:

    رَبِّ لَاتَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
  • Rumi: "Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisin."

  • Maksud: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan), dan Engkaulah Pewaris yang terbaik."

4. Doa Spesifik untuk Lelaki Memohon Isteri yang Terbaik

  • Teks Arab:

    رَبِّ هَبْلِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِّي فِي الدِّينِ وَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
  • Rumi: "Robbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuhaa wa atazawwaju biha watakunu shoohibatan lii fiddini waddunyaa wal aakhiroh."

  • Maksud: "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat."

5. Doa Spesifik untuk Perempuan Memohon Suami yang Terbaik

  • Teks Arab:

    رَبِّ هَبْلِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنَ صَاحِبًا لِّي فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
  • Rumi: "Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddiini waddunya wal aakhiroh."

  • Maksud: "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat."

Tips Penting dalam Berdoa untuk Jodoh:

  1. Niat yang Ikhlas: Pastikan niat mencari jodoh adalah untuk menyempurnakan agama, mencari keredhaan Allah, dan membina keluarga yang sakinah (tenang).

  2. Istiqamah: Berdoalah secara konsisten, terutama selepas solat fardu, pada waktu-waktu mustajab doa (seperti sepertiga malam terakhir, antara azan dan iqamah, ketika hujan, dan pada hari Jumaat).

  3. Perbaiki Diri: Sambil berdoa, sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya.

  4. Husnuzon (Bersangka Baik) dengan Allah: Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik pada waktu yang tepat, meskipun mungkin tidak sesuai dengan kehendak kita sepenuhnya.

  5. Tawakal dan Usaha: Selain berdoa, jangan lupa untuk berusaha mencari dan berinteraksi dengan cara yang dibenarkan syarak. Doa tanpa usaha adalah sia-sia, dan usaha tanpa doa adalah sombong.

Semoga Allah SWT mengurniakan jodoh yang terbaik untuk anda.

Wednesday, April 3, 2024

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM 4


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,

Pada pagi yang mulia ini,kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk berada dalam majlis_______________________________________

Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bimbinglah kami, agar kami dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  yang berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian agama, memelihara amanah bangsa dan negara seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kami kasihi ini.

Ya Quddus Ya Salaam,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan melahirkan asbab manfaat kepada mereka yang memerlukan, menjadi payung kepada mereka memohon perlindungan dengan keizinanMu, Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban,

Ya Sami’ Ya Basir,

Tuhan yang Maha Mendengar dan menjawab Segala Permintaan

Tanamkanlah ke dalam diri kami sifat kesungguhan

Engkau lazimilah diri kami mengamalkan budaya kerja cemerlang

Dengan memberikan pemikiran yang positif dan istiqamah

Sentiasa berupaya membezakan yang buruk juga yang bermanfaat

Menjalankan segala amanah dan pertanggungjawaban

Agar setiap pekerjaan kami lakukan mendapat keberkatan

 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً  إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM 3


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

 

Ya Allah Ya Mu’iz Ya Mudzil Wa Ya Munzilal Barokah,

Kami berhimpun pada hari ini menadah tangan berdoa memohon rahmat dan Inayah dari-Mu. Kami memohon kepada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis __________________________ ini berjalan seiring dengan barokah yang Engkau kurniakan buat kami, Kurniakan kepada kami anugerah dari limpahan rahmatMu, semoga dengan rahmat itu,Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Perbaiki urusan Agama dan dunia kami agar kami dapat melaksanakan ibadah kepadaMu dengan penuh ketaatan.

Ya Allah Ya Ghafur Ya Syakur,

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam perkhidmatan kami seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

 

Ya Sattaru Ya Alim,
Tuhan yang Maha Mendengar dan menjawab segala Permintaan

Kepada Engkaulah kami panjatkan permohonan

Engkau kurniakanlah kepada kami keupayaan,

Kebijaksanaan , berfikiran kreatif untuk membangun modal insan yang cemerlang

ke arah kemajuan untuk membantu asnaf yang terbela,

 

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Jadikanlah kami penjawat awam yang sentiasa bersyukur atas segala pemberian nikmatMu,  Jadikanlah kami pekerja sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam melaksanakan amanah tugas mahupun ketrampilan peribadi kami.

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لِنا وَلِوَالِدَينا وَلِلْمُؤْمِنِينَ والمؤمنات إلى يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN AWAM 2

 

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

 

Ya Allah Ya Dzal Jalali Wal Ikram,

Kami berhimpun hari ini bagi menjayakan Majlis ______________________________________

Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar diiringi keberkatan dariMu,

Ya Fattahu Ya Haliim,

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai dan sebagai kakitangan awam yang memikul amanah. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami selaku penjawat awam mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Muqaddim Ya Mu’akkhir,

Kami memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi insan kamil, yang Ikhlas berkhidmat sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran demi menjana dan memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui khidmat kami di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ. فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ. إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة  وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّار

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya  Rahman, Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini bersempena dengan Majlis

_______________________________________________________, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

 

Ya Allah Ya Malikal Mulk,
Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala marabahaya dan sifat-sifat yang mazmumah. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.

 

Ya Hafiz Ya Muqit,

Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar perbincangan bagi mencapai kecemerlangan dan keberhasilan gerak kerja kami.

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, ummah dan negara Malaysia.

 

أَللّٰهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هٰذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلَا تَجْعَلْ فِيْنَا وَلَا مِنَّا شَقِيًّا وَلَا مَحْرُوْمَا

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Sunday, December 31, 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

Bismillahirrahmanirrahiim,
Alhamdulillahi robbil 'alamin wassholatu wassalamu 'ala rasulillah wa'ala aalihi wa ashabihi ajma'in.

Ya Allah,
Pada pagi yang mulia ini,kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk menjayakan PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2022

Ya Allah Ya Fa’alun Lima Yurid
Kami dengan rendah hati menadah tangan/ memohon doa restu daripadaMu,limpahkanlah rahmat dan hidayah dari sisiMu, agar kami sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu. Permudahkanlah urusankami dan berkatilah majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami laksanakan ini akanmendapat kejayaan dalam keredhaan, taufik serta inayahMu.

Ya Hayyu Ya Wakil
Kami memohon perlindungan daripada-Mu dari rasa keluh kesah dan kecewa, sikap lemah, malas dan sambil lewa serta hilang tumpuan dalam melaksanakan kewajipan perkhidmatan /  yang telah kami terima taklifan dipertanggungjawabkan.

Bimbinglah kami ya Allah, untuk membentuk citra identiti penjawat awam berintegriti, dengan menjauhi perbuatan rasuah, meletakkan nilai yang luhur  dan moral yang telus dan tulus, yang menjadikannya perkara yang pertama dan utama dalam penyampaian perkhidmatan kami  sebenar-benarnya 

Ya Allah kurniakanlah dalam diri kami, hati-hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu dalam setiap pekerjaan kami.

Jadikanlah kami semua sentiasa berusaha dengan gigih/ dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi/ dalam pelbagai bidang / mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, dedikasi dan penuh berintegriti/dalam mentransformasi MAIWP,ummah dan negara ini ke arah yang lebih unggul dan cemerlang.
 
اللهم أرنا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتباعه وَأَرِنَا الْبَاطِلَ باطلاً وَارْزُقْنَا اجتنابه

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wassallahu ala saidina Muhammad waala alihi wasohbihi wasallam walhamdulillahi rabbil alamin

Sunday, October 15, 2023

Doa Membeli / Menerima Kenderaan Baru


Assalamualaikum wbt

Doa ini sempena penerimaan sumbangan Van Jenazah disumbangkan oleh Syarikat UMW Toyota di Shah Alam kepada Persatuan Khairat Kematian Masjid Nahdhah al Islam Seksyen 18 Shah Alam dibaca oleh U. Mohd Azlan dalam majlis penyerahan sumbangan.
Semoga bermanfaat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ﺍﻠــﺤـﻤﺪ ﷲ ﺮﺐ ﺍﻠـﻌـﺎﻠـﻤــﻳـﻦ ﻮﺍﻠـﺻـﻼﺓ ﻮﺍﻠـﺴﻼﻢ ﻋـﻠﻰ أﺸـﺮﻒ ﺍﻷ ﻨﺒـﻴﺎﺀ ﻮﺍﻠﻤــﺮﺴـﻠـﻴـــﻦ  ﺴـﻴـﺪ ﻨـﺎ ﻣـﺤـﻤـﺩ ﻮﻋـﻠﻰ ﺍﻠـﻪ ﻮﺻﺣـﺒـﻪ ﺃﺠـﻤـﻌـﻳـﻦ.

ﺍﻠـﻠـﻬـﻢ ﺍﻔـﺘـﺢ ﻋـﻠـﻴـﻨﺎ ﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠـﺧـﻴـﺮ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠﺒـﺮﻛـﺔ  ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠـﻧـﻌـﻣﺔ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ

ﺍﻠـﺮﺯﻖ ﻮﺃﺒـﻮﺍ ﺏ ﺍﻠﻘـﻮﺓ ﻮﺍﻠــﺴـﻼ ﻤـﺔ ﻮﺍﻠـﺟـﻨـﺔ٠

ﻴــﺎﺍﷲ ﻴـﺎ ﺮﺤـﻤـﻦ ﻴـﺎ ﺮﺣـﻴﻢ

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Ya  Allah, jadikanlah majlis pemyampaian sumbangan ini sebagai pendorong untuk kami membuat amal kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Bukakanlah pintu hati kami semua dengan menjadikan amalan seperti ini sebagai satu amalan yang berterusan lagi mendapat keredhaan –mu ya Allah.



 اللَّهُمَّ إِنِّا ﻨسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَﻨعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ  

Ya Allah, kami memohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya dan kami berlindung denganmu daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau jadikan ia berada di atasnya. 

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi'.

اللهم بارك لهم فيما رزقتهم
واغفر لهم وارحمهم

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا

وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّاوَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini sebagai satu  pertemuan  yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah lagi terkeji.

 

. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Sunday, September 25, 2011

Doa Solat Sunat Dhuha

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
. اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ
وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ مِنْ
عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ 
"Ya Allah ! Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"