Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 3, 2024

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM 3


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

 

Ya Allah Ya Mu’iz Ya Mudzil Wa Ya Munzilal Barokah,

Kami berhimpun pada hari ini menadah tangan berdoa memohon rahmat dan Inayah dari-Mu. Kami memohon kepada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis __________________________ ini berjalan seiring dengan barokah yang Engkau kurniakan buat kami, Kurniakan kepada kami anugerah dari limpahan rahmatMu, semoga dengan rahmat itu,Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Perbaiki urusan Agama dan dunia kami agar kami dapat melaksanakan ibadah kepadaMu dengan penuh ketaatan.

Ya Allah Ya Ghafur Ya Syakur,

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam perkhidmatan kami seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

 

Ya Sattaru Ya Alim,
Tuhan yang Maha Mendengar dan menjawab segala Permintaan

Kepada Engkaulah kami panjatkan permohonan

Engkau kurniakanlah kepada kami keupayaan,

Kebijaksanaan , berfikiran kreatif untuk membangun modal insan yang cemerlang

ke arah kemajuan untuk membantu asnaf yang terbela,

 

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Jadikanlah kami penjawat awam yang sentiasa bersyukur atas segala pemberian nikmatMu,  Jadikanlah kami pekerja sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam melaksanakan amanah tugas mahupun ketrampilan peribadi kami.

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لِنا وَلِوَالِدَينا وَلِلْمُؤْمِنِينَ والمؤمنات إلى يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

No comments:

Post a Comment