Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 1, 2014

Adakah Islam disebarkan melalui mata pedang? : Dr. Zakir Naik

Soalan:
Bagaimana Islam dikatakan agama sejahtera sedang ia disebarkan melalui mata pedang?

Adalah suatu rungutan biasa di kalangan beberapa orang bukan Islam bahawa Islam tidak akan mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia, sekiranya penyebarannya tidak dilakukan dengan kekerasan. Fakta berikut akan menjelaskan bahawa jauh samasekali daripada menggunakan mata pedang untuk menyebarkan Islam; kewujudan kebenaran,sebab yang munasabah dan logik adalah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran pesat Islam.

Islam beerti kesejahteraan.
Islam berasal dari kata akar “salam” yang bermakna sejahtera. Ia juga bermaksud menyerahkan kehendak diri kepada Allah swt. Oleh itu, Islam adalah agama kesejahteraan, diperolehi dengan menyerahkan kehendak diri kepada kehendak Yang Maha Pencipta yakni Allah swt.

Kadangkala kekerasan perlu untuk memelihara kesejahteraan. Bukan setiap dan semua manusia di dunia ini menyokong pemeliharaan kesejaheraan dan keharmonian. Terdapat ramai yang akan mengganggu kesejahteraan untuk kepentingan sendiri. Hanya kerana sebab ini, kita mempunyai polis yang menggunakan kekerasan terhadap penjenayah dan unsur antisosial untuk mempertahankan kesejahteraan negara. Pada masa yang sama, islam menggesa penganutnya melawan sekiranya terdapat penindasan. Perjuangan menentang penindasan, kadangkala memerlukan kekerasan. Dalam Islam, kekerasan hanya boleh digunakan untuk menggalakkan kesejahteraan dam keadilan.

Pandangan sejarawan De Lacy O’Leary.
Jawapan terbaik kepada tanggapan salah bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang diberikan oleh sejarawan terkemuka De Lacy O’Leary di dalam buku “Islam at the Cross Roads” (halaman 8) “Sejarah menunjukkan dengan jelas bahawa lagenda umat Islam fanatik yang bergerak serata dunia dan memaksa kaum yang ditawan untuk memeluk Islam dengan cara kekerasan adalah sebenarnya salah satu mitos karut terhebat yang pernah diulangi oleh sejarawan”.

Umat Islam memerintah Andalusia (Sepanyol) selama 800 tahun.
Umat Islam memerintah Sepanyol lebih kurang 800 tahun. Umat Islam di Sepanyol tidak pernah menggunakan mata pedang untuk memaksa sesiapa menukar agama. Hanya kemudian  tentera-tentera Salib datang ke Sepanyol dan  menghapuskan umat Islam. Tiada seorang pun umat Islam di Sepanyol yang dapat melaungkan azan,iaitu seruan untuk solat secara terbuka.

14 juta orang Arab adalah Kristian Koptik.
Orang Islam merupakan pemerintah negara Arab selama 1400 tahun. Orang British memerintah selama hanya beberapa tahun dan orang Perancis  juga selama beberapa tahun. Secara keseluruhan, orang Islam memerintah Arab selama 1400 tahun. Sungguhpun demikian, pada hari ini, terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik iaitu Kristian sejak turun temurun. Jika orang Islam telah menggunakan mata pedang, pasti tiada seorang pun orang Arab yang masih beragama Kristian.

Terdapat lebih 80% orang bukan Islam di India.
Orang Islam memerintah India lebih kurang seribu tahun. Jika mereka mahu, mereka mempunyai kuasa untuk mengislamkan setiap penduduk bukan Islam di India. Pada hari ini, lebih daripada 80% penduduk India adalah bukan Islam. Kesemua penduduk India yang bukan beragama Islam pada hari ini adalah bukti Islam tidak dikembangkan melalui mata pedang.

Indonesia dan Malaysia.
Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah umat Islam yang paling ramai di dunia. Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Pasukan tentera Islam manakah yang telah menyerang negara berkenaan dengan mata pedang?

Pantai Timur Afrika
Begitu juga, Islam tersebar luas di Pantai Timur Afrika. Mungkin ada yang bertanya lagi sekiranya Islam disebarkan melalui mata pedang, pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Pantai Timur Afrika?

Thomas Carlyle
Sejarawan terkemuka, Thomas Carlyle di dalam bukunya “Heroes and Hero Worship” merujuk kepada tangggapan salah mengenai penyebaran agama Islam. “Sememangnya mata pedang, tetapi di manakah mata pedang itu diperolehi? Setiap pandangan baru, pada permulaannya, secara tepat adalah minoriti yang satu. Di dalam pemikiran seorang manusia sahaja. Dan ia kekal di situ. Satu insan sahaja daripada seluruh dunia mempercayai, hanya seorang manusia menentang seluruh manusia. Bahawa dia mengambil mata pedang kamu! Satu kesemuanya, sesuatu itu akan tersebar dengan sendirinya.”

Tiada paksaan dalam beragama.
Dengan mata pedang manakah Islam disebarkan? Sungguhpun jika orang Islam memilikinya, mereka tidak boleh menggunakannya untuk menyebarkan Islam kerana di dalam al-Quran disebut ayat berikut:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…” (Al Baqarah,2 : 256)

Pertambahan agama di dunia daripada tahun 1934-1984
Satu rencana dalam Reader’s Digest “Almanac”, buku tahunan 1986 menujukkan statistik pertambahan peratusan agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad daripada tahun 1934-1984. Rencana ini juga disiarkan dalam majalah “The Plain Truth”. Tempat teratas adalah Islam dengan peningkatan sebanyak 235% dan agama Kristian hanya meningkat sebanyak 47%. Mungkin ada yag bertanya, perang apakah yang berlaku pada abad ini yang Berjaya mengislamkan jutaan manusia?

Islam adalah agama yang paling cepat berkembag di Amerika dan Eropah. Pada hari ini, agama yang paling cepat berkembang di Amerika adalah Islam. Agama yag paling cepat berkembang di Eropagh adalah Islam. Mata pedang manakah yang memaksa orang-orang barat menerima Islam dalam jumlah yang sebegitu tinggi?

Dr. Joseph Adam Pearson
Dr. Joseph Adam Pearson pernah berkata, “Mereka yang bimbang kuasa nuclear akan jatuh ke tangan orang Arab suatu hari nanti gagal menyedari bahawa “Bom Islam” telahpun tersebar dan ia berlaku pada hari Muhammad (saw) dilahirkan.”

Oleh : Dr. Zakir Abdul Karim Naik; “20 Soalan Lazim Tentang ISLAM”.

No comments:

Post a Comment