(al-Quran bukan untuk dijadikan hiasan masjid atau rumah, atau digunakan sebagai pelaris jualan dan keperluan barangan hantaran perkahwinan, tetapi al-Quran adalah sebagai panduan dan perlembagaan seluruh kehidupan bagi manusia yang benar-benar beriman)
2. Ilmu-ilmu yang dikemukakan oleh alQuran tidaklah dipunyai oleh orang-orang Arab sendiri, demikian juga di kalangan orang bukan Arab. Ilmu-ilmu itu merupakan punca atau rahsia yang kian hari kian tampak kebenarannya. Jadi ia merupakan ilmu yang baru. Kerana itu ahli tafsir al-Quran perlu membaharukan penafsirannya dalam apa jua sahaja bidang, bahasa,sastera, sejarah,sains, falak, ilmu jiwa, ilmu kemasyarakatan dan lain-lain lagi.
3. Bacaan al-Quran itu selalu hidup dan menarik, tidak jemu dibaca dan didengarnya sekalipun terdapat pengulangannya; manakala perulangannya pula merupakan satu gaya yang beraneka penuh dengan kebijaksanaan yang menimbulkan kesan dalam beramal.
4. Berita-berita yang tersembunyi mengenai perkara-perkara yang telah berlaku di masa silam, demikian juga hal mengenai peribadi Nabi Muhammad saw dan pengikutnya adalah nyata benarnya. Ini menimbulkan minat kepada pengkaji sejarah dimana mereka menghadapi kebuntuan tanpa berita al-Quran.
5. Al-Quran merupakan kitab yang masih terpelihara dengan baik sebagaimana yang diturunkan oleh Allah taala kerana Allah member jaminan untuk memeliharanya. Berbeza dengan kitab samawi yang lain khususnya kitab Taurat telah hilang lenyap keseluruhannya semasa raja Babylon(Bukhtanussor) melakukan serangan ke atas Bani Israel dan tidak dijumpai kembali melainkan setelah selesai serangan itu. Bila ianya dihimpunkan semula, banyak perkara-perkara yang sudah diubah oleh pendeta-pendeta kristian sehinggakan tidak ada lagi kandungannya yang bolehh dijadikan pegangan.
6. Kitab-kitab suci yang lain telah menggunakan bahasa yang telah mati sejak beberapa abad, sedangkan al-Quran diturunkan dalam bahasa yang dapat difahami dan masih dipertuturkan oleh manusia.
rujukan: Manhaj Usrah Pas Peringkat Taarif 2
No comments:
Post a Comment