Kembali Ke Laman Utama

Showing posts with label Tokoh Islam. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Islam. Show all posts

Friday, August 28, 2026

Sirah Sahabat Nabi: Abdullah bin Mas'ud — Insan Kerdil Pemilik Keilmuan


Abdullah bin Mas'ud — Insan Kerdil Pemilik Keilmuan

Mukaddimah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ.

Sidang jemaah yang dikasihi Allah SWT,

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, sementara kita menunggu azan dikumandangkan, mari kita hayati seketika sirah seorang sahabat Nabi yang sangat istimewa.

Fizikalnya lebih kurang seperti Julaibib r.a yang pernah saya kongsikan sebelum ini orangnya sangat kecil, kurus, dan kerdil. Jika beliau berjalan di tengah-tengah orang ramai, mungkin tiada siapa yang perasan akan kewujudannya.

Namun jangan terkejut tuan-tuan—insan nilah antara sahabat yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW! Walaupun fizikalnya biasa-biasa sahaja, tetapi ilmu dan kedudukannya di sisi Allah SWT sangat luar biasa. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mas'ud bin Ghafil bin Habib.Ibu beliau bernama Ummu 'Abd (Bint Abdi Wadd), sebab itulah beliau juga kerap dipanggil oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dengan gelaran Ibnu Ummi 'Abd (anak lelaki Ummu 'Abd).

Beliau dikenal sebagai Abdullah bin Mas'ud RA—seorang sahabat yang digelar sebagai Sahibus Sirr (Pemegang Rahsia Nabi) dan Saqiyyan (Pemilik dua betis yang sangat berat timbangannya di akhirat kelak).

Sebelum Memeluk Islam & Peristiwa Kambing Betina

Sidang jemaah sekalian,

Sebelum memeluk Islam, Abdullah bin Mas'ud merupakan seorang pemuda belia yang bekerja menggembala kambing milik seorang pembesar Quraisy, Uqbah bin Abi Mu'ait. Tuannya iaitu Uqbah bin Abi Mu'ait ialah seorang pemimpin suku Quraisy daripada Bani 'Abdu Shams di Makkah yang menjadi antara penentang paling ketat dan memusuhi Nabi Muhammad SAW pada fasa awal Islam.

Cerita bagaimana hidayah Islam masuk dalam hati Ibnu Mas'ud ni melalui satu peristiwa

Masa tu, abdullah ibnu mas’ud  tengah sibuk jaga kambing kat padang pasir. Tiba-tiba, datanglah Rasulullah SAW bersama Abu Bakar As-Siddiq RA yang tengah berjalan jauh. Dah nama pun berjalan tengah panas padang pasir, baginda berdua pun rasa penat dan haus sangat.

Bila nampak Ibnu Mas'ud ada dengan kawanan kambing, Nabi SAW pun hampiri beliau dan minta izin nak minum sikit susu kambing tu untuk hilangkan dahaga.

Ibnu Mas'ud berkata kepada Nabi SAW:

إِنِّي مُؤْتَمَنٌ، وَلَسْتُ بِسَاقِيكُمَا

"Sesungguhnya aku seorang yang memegang amanah, dan aku tidak boleh memberi kamu berdua minum."

Nabi SAW bersabda kepadanya:

فَهَلْ عِنْدَكَ مِنْ جَذَعَةٍ لَمْ يَنْزُ عَلَيْهَا الفَحْلُ؟

"Apakah engkau mempunyai seekor anak kambing betina yang belum pernah dikawini oleh jantan?"

Ibnu Mas'ud menjawab:

نَعَمْ

"Ya, ada."

Lalu Ibnu Mas'ud membawa kambing betina tersebut. Rasulullah SAW memegang kambing itu dan mengusap kantung susunya sambil berdoa. Dengan izin Allah, kantung susu yang dahulunya kering terus membengkak dan mengeluarkan susu yang sangat melimpah. Abu Bakar RA membawa batu cekung untuk menampung susu tersebut lalu mereka bertiga minum bersama.

Melihat mukjizat ini, Ibnu Mas'ud terus memohon: عَلِّمْنِي مِنْ هَذَا الكَلاَمِ ("Ajarilah aku daripada kata-kata ini [Al-Quran]"). Nabi SAW mengusap kepalanya dan bersabda: إِنَّكَ غُلاَمٌ مُعَلَّمٌ ("Engkau adalah seorang budak belia yang terpelajar/berilmu"). Beliau menjadi orang ke-6 yang memeluk agama Islam.

Sumber Rujukan Peristiwa Ini:

Kisah dialog dan peristiwa kambing betina ini diriwayatkan secara sahih/hasan dalam Musnad Imam Ahmad (No. 3598), Siyar A'lam an-Nubala oleh Imam adz-Dhahabi (Vol. 1, m/s 462), serta Kitab ad-Dala'il an-Nubuwwah oleh Imam al-Baihaqi.

[Kelebihan & Kedudukan di Sisi Nabi SAW]

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Abdullah bin Mas'ud sangat rapat dengan Rasulullah SAW. Beliau diberi keizinan khas untuk masuk ke rumah Nabi SAW bila-bila masa, memegang siwak, membawa kasut, dan menjaga keperluan peribadi baginda. Kerana terlalu kerap bersama, para sahabat yang baru tiba dari luar mengira bahawa Ibnu Mas'ud dan ibunya adalah sebahagian daripada keluarga (Ahli Bait) Rasulullah SAW.

Di samping itu, beliau merupakan seorang pakar Al-Quran yang paling ulung. Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf keilmuannya dan suka mendengar bacaan Al-Quran daripadanya.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih:

خُذُوا الْقُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ: مِنْ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ، وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، وَسَالِمٍ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ

Maksudnya:

"Ambillah (pelajarilah) Al-Quran itu daripada empat orang: daripada Ibnu Ummi 'Abdin (Abdullah bin Mas'ud), Mu'adh bin Jabal, Ubay bin Ka'ab, dan Salim hamba bebasan Abu Hudhaifah."

— (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

[Sumbangan & Peristiwa Bersama Sahabat]

Sidang jemaah yang berbahagia,

Abdullah bin Mas'ud adalah seorang yang sangat berani. Beliau merupakan orang pertama yang berani memperdengarkan bacaan Al-Quran secara (Jahar) terang-terangan di hadapan pembesar Quraisy di tepi Kaabah. Walaupun dipukul sehingga muka dan tubuhnya berdarah, beliau sedikit pun tidak gentar demi menegakkan kalimah Allah.

Ketika Perang Badr, fizikal beliau yang kecil tidak menghalangnya bertempur di medan jihad sehingga beliau berjaya menewaskan musuh tegar Islam, Abu Jahal.

Abu Jahal maut dalam Perang Badar akibat serangan dua pemuda Ansar iaitu Mu'adz bin Amr al-Jamuh dan Mu'awwiz bin Afra' yang melumpuhkannya, sebelum kepalanya dipenggal oleh Abdullah bin Mas'ud atas arahan Rasulullah SAW ketika musuh Islam itu parah. Sombongnya Abu Jahal ni, ketika nazak sekalipun dia masih sempat berkata ada tak orang yang level hebat sikit yang boleh tamatkan Riwayat dia? Kemudian bertanya siapa yang menang hari ni? Pengembala  kambing tu ke? Bahkan Abu Jahal tetap kata yang dia ni tetap memusuhi Islam sampai mati. Abdullah Ibnu Mas’ud tak cakap banyak terus tamatkan riwayat dia, sampaikan Rasulullah saw menggelarkan Abu Jahal dengan panggilan nilah dia firaun umat hari ni.

Muslimin yang dikasihi Allah sekalian

Ada satu peristiwa indah bersama para sahabat. Suatu ketika, Abdullah bin Mas'ud memanjat pokok untuk mengambil buah siwak (macam buah beri/anggur warna merah, bila lama warna gelap). Ceritanya masa nak panjat pokok siwak ni angin bertiup, tersingkaplah betisnya yang sangat kecil dan kurus, lalu sesetengah sahabat tergelak melihatnya. Rasulullah SAW terus menegur mereka:

مِمَّ تَضْحَكُونَ؟ لَرِجْلُ عَبْدِ اللهِ أَثْقَلُ فِي المِيزَانِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ أُحُدٍ

Maksudnya:

"Mengapa kamu ketawa? Sungguh kaki (betis) Abdullah itu lebih berat dalam timbangan (Mizan) pada hari kiamat kelak daripada Gunung Uhud!"

— (Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bazzar & At-Thabrani)

Jadi tuan tuan jangan duk hairan sangatlah kalau orang hari ni duk perlekeh fizikal agamawan, ulama, perlekeh kekurangan orang hebat.

Ketika zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab RA, Ibnu Mas'ud telah dihantar ke Kufah (Iraq) untuk menjadi guru, penterjemah Al-Quran, dan menteri pentadbiran. Hasil didikan beliaulah melahirkan ribuan ulama besar di Kufah, termasuklah susur jalur mazhab Fiqh Hanafi.

[Saat Akhir Hayat & Pengajaran]

Para jemaah yang dirahmati Allah,

Abdullah bin Mas'ud RA akhirnya dijemput kembali ke rahmatullah pada tahun 32 Hijrah di Madinah, ketika usia beliau sekitar 60-an sewaktu zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan RA.

(Teringat saya, minggu lepas dalam tazkirah Subuh ada saya kongsikan tentang 4 orang sahabat Nabi yang bernama Abdullah—atau digelar sebagai Al-Abaadillah. Tapi Ibnu Mas’ud tak tergolong dalam kumpulan tu sebab beliau meninggal dunia lebih awal berbanding mereka).

Tuan-tuan, saat-saat akhir hayat beliau sangat menyentuh hati. Ketika Ibnu Mas'ud terlantar sakit, Khalifah Uthman bin Affan RA datang menziarahinya. Berlaku satu dialog yang ringkas, tapi sarat dengan keinsafan:

Saidina Uthman bertanya:

مَا تَشْتَكِي؟

(“Apakah yang kamu adukan dan rasakan wahai Ibnu Mas'ud?”)

Ibnu Mas'ud menjawab ringkas: ذُنُوبِي (“Dosa-dosaku...”)

Uthman bertanya lagi: فَمَا تَشْتَهِي؟

(“Lalu, apa yang kamu inginkan sekarang?”)

Jawabnya dengan penuh pengharapan: رَحْمَةَ رَبِّي (“Rahmat Tuhanku.”)

Allahu Akbar, cuba kita renungkan sejenak tuan-tuan... Insan sehebat Abdullah bin Mas'ud—sahabat karib Nabi, pemegang rahsia Rasulullah, dan dadanya penuh diliputi Al-Quran—bila sampai di hujung nyawa, langsung tak fikir pasal harta, pangkat, atau pedihnya kesakitan fizikal.

Yang paling beliau gerunkan hanyalah dosa-dosa lalu, dan yang paling beliau impi-impikan hanyalah satu: rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

 

Pengajaran Tazkirah Hari Ini:

  • 1.      Taqwa & Ilmu Itu Nombor Satu: Allah tak pandang rupa, keturunan, atau saiz fizikal kita. Yang buat kita mulia di sisi Allah cuma satu—iaitu sejauh mana tebalnya iman dan taqwa dalam dada.
  • 2.      Jadikan Al-Quran Sahabat Karib: Sayyidina Abdullah bin Mas'ud hebat sebab hidupnya sentiasa melekat dengan Al-Quran. Sempena Jumaat yang berkat ini, ayuh kita jadikan titik mula untuk rajin membaca, fahamkan isi, dan amalkan Al-Quran setiap hari.
  • 3.      Jujur Buat Hidup Berkat: Kisah beliau menjaga kambing dengan penuh amanah menjadi asbab datangnya hidayah. Apabila kita jujur dalam kerja dan urusan harian, insya-Allah pintu rezeki dan keberkatan akan sentiasa terbuka luas.

Semoga Allah SWT meredhai Saidina Abdullah bin Mas'ud RA dan mengumpulkan kita bersama para sahabat Nabi di syurga kelak.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَلَكُم، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


Sunday, August 16, 2026

Abdullah Ibnu Abbas R.A, Dialah Sahabat, Dialah Sepupu Nabi SAW


Kisah Sahabat Nabi

FAZA 1: MUKADIMAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ.

Yang dihormati Ahli Jawatankuasa masjid para alim ulama, ibu-ibu, ayah-ayah, serta sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dihimpunkan di Rumah Allah yang mulia ini dalam majlis ilmu antara Maghrib dan Isyak.

Sahabat r.a adalah orang yang beriman dengan Rasulullah SAW dan hidup di kurun yang terbaik kerana bersahabat dengan Nabi SAW. Mereka mempunyai iman yang kuat dan kental dalam berjuang menyebarkan Islam. Berdakwah dengan gigih di bawah tunjuk ajar Nabi SAW.

Antara kelebihan mereka adalah dapat melihat bagaimana Rasulullah SAW menerima wahyu. Dikatakan iman yang ada pada sahabat ini ialah iman yang paling tinggi dan hati yang paling benar.

terdapat sekitar 300 hingga 400 orang sahabat Nabi yang mempunyai nama bermula dengan Abdullah.

Jumlah yang besar ini disebabkan oleh sabda Nabi SAW sendiri bahawa "Nama yang paling dicintai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman". Malah, nama sebenar sahabat karib Nabi iaitu Abu Bakar As-Siddiq juga ialah Abdullah (Abdullah bin Abi Quhafah).

Di dalam sejarah Islam ahli hadis meletakkan perhatian khusus kepada empat orang Abdullah yang paling menonjol. Mereka digelar sebagai kelompok Al-Abaadilah (Empat Abdullah) kerana usia mereka yang panjang, ilmu yang sangat luas, dan menjadi tempat rujukan utama umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW.

Kelompok Al-Abaadilah (4 Abdullah Utama)

  • Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas): Pakar tafsir Al-Quran dan sepupu Nabi SAW.
  • Abdullah bin Umar (Ibnu Umar): Anak kepada Khalifah Umar bin Al-Khattab yang sangat tegas dalam mencontohi setiap sunnah Nabi SAW.
  • Abdullah bin Amr bin Al-Aas: Sahabat yang sangat rajin menulis dan mencatat hadis secara bertulis sejak zaman Nabi SAW.
  • Abdullah bin Az-Zubair: Anak kepada Zubair bin Al-Awwam dan Asma' binti Abu Bakar, yang terkenal dengan keberaniannya. [

(Nota: Tokoh besar seperti Abdullah bin Mas'ud tidak dimasukkan dalam senarai Al-Abaadilah ini oleh para ulama kerana beliau wafat lebih

Muslimin muslimat ibu ayah yang dikasihi sekalian.

Daripada Abdillah bin Abbas ra, kata dia saidina umar bin alkhattab r. selalu mendekatkan Abdullah bin Abbas dalam majlis dia

Tuan hadis malam ini nak cerita kepada kita tentang 1 orang bernama Abdullah bin Abbas ra,siapa dia ni tuan tuan, dia ni sepupu nabi, bapa dia al abbas bapa saudara nabi. Beza dia dengan nabi 50 tahun. Hari nabi wafat umur dia baru13, nabi wafat umur 63. Beza umur dia dengan nabi 50 tahun. Dia satu orang yang hebat, seorang ulama,ahli feqah,seorang yang alim, ilmuan, fakih, cukup faham tentang islam dan ahli tafsir yang diiktiraf oleh nabi saw.

Dia lahir di zaman nabi saw yakni bani hashim dipulau diboikot oleh kafir quraisy, kejadian tu berlaku 3 tahun sebelum peristiwa hijrah nabi saw. Beliau pernah dipanggil albahru kerana ilmu dia melaut luas. Pada zaman pemerintahan saidina umar, dan uthman, beliau dijadikan rujukan segala masalah.

Beliau dibenarkan oleh khalifah untuk mengeluarkan fatwa pada zaman 2 khalifah ni. Ketika ummu fadhal mengandungkan abdullah, maknya sendiri tak tahu dirinya mengandung. Ketika berada dekat dengan hijr ismail, nabi saw memanggilnya. Wahai umm fadhl kamu sedang mengandung anak laki laki dan bila lahir bawakan kepada ku. Ummu fadhal jawab tak mungkin sebab sekarang ni orang laki laki quraisy tak bercadang nak ada anak masa ni. Kisah ini ada dalam Riwayat at tabari dalam kitab majmak az zawahir

Selang berapa lama ummu fadhal mendapati dirinya mengandung, dia lahirkan dan dia bawa kepada Rasulullah saw dan nabi dukung dia dan nabi tahnikkannya dan nabi doakan kebaikan untuk dia. Nabi doakan dia jadi cerdik bijak dan cerdas. Kisah ni disebut dalam sahih bukhari diriwayatkan oleh ibni Abbas ra dalam sahih Bukhari

Kata dia

ضمني رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى صدره وقال: اللهم علمه الحكمة

Bila dibawa kepada nabi, Nabi saw dakap aku ketika bayi dan nabi mentahnikkan lalu membaca doa Allahumma allimhu hikmah (nabi doa Ya Allah jadikanlah di ani alim al quran) makbul doa nabi saw, abdullah bin abbas timbul sebagai seorang ulama yang hebat dalam ilmu tafsir al Quran.

Malam ini, kita ingin menelusuri kisah seorang insan agung, seorang sahabat muda yang mendapat tempat istimewa di sisi Rasulullah SAW. Beliau digelar sebagai "Hibrul Ummah" (Tinta Umat Ini) dan "Tarjumanul Qur'an" (Penterjemah Al-Quran). itulah Sayyidina Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib r.a.

Bagaimanakah anak muda ini dibentuk oleh Nabi SAW hingga menjadi rujukan seluruh sahabat besar?

FAZA 2: KELAHIRAN DAN DOA KERAMAT RASULULLAH SAW

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Abdullah bin Abbas r.a. dilahirkan kira-kira 3 tahun sebelum Hijrah. Beliau lahir di Makkah ketika kaum Muslimin dan keluarga Bani Hasyim sedang berada dalam pemboikotan ekonomi oleh kaum kafir Quraisy.

Bapa beliau ialah Al-Abbas bin Abdul Muttalib, bapa saudara Nabi SAW. Ibu beliau ialah Lubabah al-Kubra binti al-Harith (digelar Ummu al-Fadhl). Menariknya, ibu saudara beliau ialah Sayyidatina Maimunah binti al-Harith r.ha., iaitu salah seorang isteri Rasulullah SAW. Maka, Ibnu Abbas bukan sahaja sepupu Nabi, tetapi juga anak saudara kepada isteri Nabi!

Apabila Ibnu Abbas lahir, ibunya membawanya menemui Rasulullah SAW. Baginda SAW mengambil bayi comel itu, lalu menahnikkannya dengan air liur baginda yang berkat dan mendoakannya.

Di situlah bermulanya ikatan rohani yang sangat mantap. Dalam satu riwayat yang dirakamkan oleh Imam al-Hakim dan al-Bukhari, Nabi SAW memeluk rapat tubuh kecil Ibnu Abbas dan berdoa:

اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

"Ya Allah, kefahamanlah dia dalam urusan agama, dan ajarkanlah kepadanya ilmu tafsir (al-Quran)."

(Penceramah berhenti sejenak, menatap jemaah)

Subhanallah! Dengan Berkat doa inilah, akal fikiran Ibnu Abbas dibukakan oleh Allah SWT. Doa seorang Nabi yang tidak pernah ditolak!

Bahkan sumbangan beliau cukup bermanfaat buat umat hari ini dalam Ilmu Tafsir dan Al-Quran, Perkembangan Ilmu Fekah dan Hadis (  Mengeluarkan fatwa yang bernas dan menjadi tempat rujukan Sahabat serta Tabiin.Meriwayatkan banyak hadis sahih daripada Nabi SAW. Menguasai ilmu pembahagian pusaka (faraid) dan hukum-hakam agama.)

Peranan Politik dan Keamanan

  • Membantu khalifah Umar al-Khattab sebagai ahli musyawarah walaupun masih muda (gelaran al-Habr atau Pemuda Tua).
  • Berjaya meredakan ketegangan politik dan membawa pulang ribuan golongan pemberontak (Khawarij) kembali kepada perpaduan umat Islam menerusi debat berhemah.

 

FAZA 3: HUBUNGAN RAPAT DENGAN NABI SAW & KHIDMAT SEORANG BUDAK

Tuan-tuan dan puan-puan,

Ibnu Abbas membesar di bawah bimbingan Nabi SAW. Ketika Nabi SAW wafat, usia Ibnu Abbas baru sekitar 13 hingga 15 tahun. Namun, pada usia seawal itu, beliau sudah menyerap ilmu bagaikan span menyerap air.

Bagaimana beliau belajar? Beliau kerap bermalam di rumah bapa saudaranya, Maimunah r.ha (isteri Nabi). Tujuan beliau bukan untuk main-main, tetapi untuk memerhatikan ibadah malam Rasulullah SAW.

Pernah satu malam, apabila Nabi SAW bangun untuk bersolat tahajud, baginda mendapati air wuduknya sudah pun disediakan.

Nabi SAW bertanya: "Siapa yang menyediakan air wuduk ini?"

Maimunah menjawab: "Abdullah (Ibnu Abbas) yang meletakkannya."

Mendengar jawapan itu, hati Nabi SAW sangat tersentuh dengan keprihatinan budak kecil ini. Baginda merapatkan dada Ibnu Abbas ke dadanya dan sekali lagi mendoakan kebaikan untuknya.

Pernah juga Ibnu Abbas berdiri bersolat malam di samping Nabi SAW, tetapi beliau berdiri di sebelah kiri baginda. Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW? Baginda memegang telinga Ibnu Abbas dengan lembut dan memutarkannya perlahan-lahan memindahkannya berdiri ke sebelah kanan baginda.

Lihatlah betapa lembutnya pendidikan Nabi SAW kepada anak muda ini!

FAZA 4: HADIS AGUNG "JAGALAH ALLAH..."

Ada satu peristiwa yang sangat masyhur, yang wajib menjadi pegangan anak-anak muda kita hari ini.

Pada suatu hari, Ibnu Abbas dibonceng oleh Rasulullah SAW di atas unta/tunggangan baginda. Lalu Nabi SAW berpaling dan bersabda:

«يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ...»

(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

"Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan engkau beberapa kalimat: Jagalah (syariat) Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila engkau memohon, memohonlah kepada Allah. Dan apabila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah..."

Nabi SAW menyambung lagi: "Ketahuilah! Sekiranya seluruh umat manusia berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkanmu, mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah dituliskan oleh Allah..."

Masya-Allah! Ini adalah pengajaran akidah yang amat mantap yang disuntik terus ke dalam jiwa seorang remaja!

Dalam ilmu hadis, Ibn Abbas telah meriwayat 1,660 hadis dengan pecahan 75 hadis diriwayatkan secara ittifaq disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka (muttafaq 'alaih)., 110 hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan 49 hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim.

+ Kedudukan Hadis Ittifaq (Muttafaq 'Alaih)

  • Maksud Istilah: Ittifaq atau Muttafaq 'Alaih bermaksud hadis tersebut disepakati kesahihannya oleh dua imam besar hadis, iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim.
  • Darjat Tertinggi: Dalam hierarki atau tingkatan hadis sahih, hadis ittifaq menduduki tangga teratas dan paling sahih.
  • Syarat Ketat: Hadis ini memenuhi kriteria penapisan paling ketat yang diletakkan oleh kedua-dua imam tersebut dari segi rantaian perawi dan keutuhan teks.

FAZA 5: DUKACITA WAFATNYA NABI & DAHAU ILMU

Muslimin muslimat sekalian,

Pada tahun ke-11 Hijrah, Rasulullah SAW wafat. Ketika itu usia Ibnu Abbas baru 13 tahun. Bayangkan perasaan seorang remaja yang kehilangan tempat bergantung dan gurunya.

Adakah beliau patah semangat? Tidak! Ibnu Abbas berkata kepada seorang sahabatnya dari kalangan Ansar:

"Wahai kawanku, marilah kita pergi bertanya kepada para sahabat Rasulullah SAW, kerana hari ini bilangan mereka masih ramai!"

Namun kawannya menjawab: "Pelik sungguh engkau wahai Ibnu Abbas! Adakah engkau fikir orang ramai akan memerlukan engkau sedangkan di sana ada sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali?"

Kawan Ansar itu membiarkannya. Tetapi Ibnu Abbas tidak berputus asa. Beliau mula memburu ilmu hadis.

Ibnu Abbas menceritakan:

*"Pernah aku mendengar ada seorang sahabat yang menyimpan satu hadis daripada Rasulullah SAW. Aku pun pergi ke rumahnya pada waktu tengah hari. Ketika itu dia sedang tidur siang. Aku tidak mengetuk pintunya kerana menghormatinya. Aku membentangkan selendangku di hadapan pintu rumahnya dan berbantalkan debu tanah, sedangkan angin bertiup menerbangkan debu ke mukaku.

Apabila sahabat itu keluar dan melihatku, dia terkejut lalu berkata: 'Wahai sepupu Rasulullah! Mengapa engkau buat begini? Mengapa tidak panggil sahaja aku ke rumahmu?'

Aku menjawab: 'Tidak, akulah yang lebih berhak mendatangi engkau untuk menuntut ilmu!'"*

Allahu Akbar! Begitulah tawaduknya sang pemburu ilmu!

FAZA 6: KEHEBATAN DI ZAMAN SAYYIDINA UMAR R.A.

Hasil daripada kesabaran itu, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a., Ibnu Abbas dipanggil untuk duduk dalam Majlis Syura Negara bersama veteran-veteran Perang Badar!

Ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sebahagian sahabat senior. Abdul Rahman bin Auf berkata kepada Sayyidina Umar: "Ya Amirul mukminin, Mengapa engkau memasukkan anak muda ini bersama kami, sedangkan kami mempunyai anak-anak yang sebaya dengannya?"

Sayyidina Umar tersenyum lalu berkata:

Innahu min haithu taklam " dia ni sebagaimana korang semua maklum di ani 1 orang berilmu, semua orang tahu dia berilmu.”jangan duk tengok tubuh kecil dia.

Daripada kisah awal kita sebut maknya mengandungkan dia, nabi tahu maknya mengandung, lahir lahir terus nabi doakan dia.

Fasa ala umar ibni abbas an hazihil ayah

Maka saidina umar pun dia tanya depan semua orang

Pada suatu hari, Umar menguji mereka semua. Umar membaca surah al-Nasr:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3)

Umar bertanya: "Apakah pandangan kamu mengenai ayat ini?"

Para sahabat senior menjawab: "Allah memerintahkan kita memuji-Nya dan memohon ampun apabila kita mendapat pertolongan dan kejayaan."

Umar beralih kepada Ibnu Abbas: "Apakah pandanganmu wahai Ibnu Abbas?"

Ibnu Abbas menjawab dengan tenang:

"Surah ini adalah isyarat tentang makin dekatnya ajal Rasulullah SAW. Allah memberitahu baginda bahawa apabila Makkah telah dibebaskan dan manusia berbondong-bondong masuk Islam, maka itu tandanya tugas baginda sudah hampir selesai dan ajal baginda sudah dekat."

Yang kita duk faham bila Allah hantar pertolongan kita semua berjaya. Tak! Tapi Ibnu Abbas kata ajal nabi saw dah dekat. Kerja nabi saw dah selesai, ajal nabi dah dekat. Terdiam semua sahabat.

Bila ibnu abbas cakap macam tu, qola umar, Ma aklamu minha illa ma taklam.

Sayyidina Umar lantas menepuk bahu Ibnu Abbas dan berkata: "Demi Allah, aku tidak mengetahui makna surah ini melainkan apa yang engkau katakan!"

Mulai hari itu, tiada lagi sahabat yang mempertanyakan kebijaksanaan Ibnu Abbas. Muslimin muslimat sekalian,
ibnu abbas ni sempat, betul-betul duduk dan close dengan nabi 30 bulan sahaja. Duduk belajar dengan nabi 30 bulan sahaja dimanfaatkan sepenuhnya sehingga menjadi orang hebat. Kelebihan dia apa dia? Pasal dia ni sepupu nabi dia duduk dalam keluarga nabi. Jadi dia ni rapat bukan sekadar sahabat tetapi rapat sebagai keluarga nabi.

FAZA 7: KISAH MENENTANG KHAWARIJ DENGAN HUJAH

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah swt

Antara peristiwa paling gemilang dalam hidup Ibnu Abbas ialah ketika meletusnya fitnah penentangan golongan Khawarij di zaman Khalifah Ali bin Abi Talib r.a.

Golongan Khawarij telah memisahkan diri dan berkumpul seramai 6,000 orang di Harura'. Mereka mengkafirkan Sayyidina Ali hanya kerana isu majlis tahkim (pengadilan).

Ibnu Abbas meminta izin daripada Sayyidina Ali untuk berdialog dengan mereka. Beliau memakai pakaian terbaiknya dan mendatangi markas Khawarij.

Ibnu Abbas bertanya: "Apakah yang kamu benci sangat terhadap sepupu Rasulullah (Ali bin Abi Talib)?"

Mereka menjawab: "Ada 3 perkara:

  1. Dia menjadikan manusia sebagai hakim dalam urusan Allah, sedangkan Allah berfirman: 'Hukuman itu hanya bagi Allah'.
  2. Dia berperang tetapi tidak mengambil harta rampasan perang dan tidak menawan musuh.
  3. Dia memadamkan gelaran 'Amirul Mukminin' dari namanya sewaktu perjanjian."

Ibnu Abbas berkata: "Sekiranya aku bawakan ayat Al-Quran dan Hadis yang membantah hujah kamu ini, adakah kamu mahu kembali?" Mereka menjawab: "Ya!"

Ibnu Abbas membantah satu per satu hujah mereka dengan ilmu tafsir yang mendalam:

  1. Mengenai Hakim Manusia: Ibnu Abbas membaca firman Allah dalam Surah al-Ma'idah (ayat 95) tentang pembunuhan binatang buruan ihram, di mana Allah menyerahkan hukuman ganti rugi kepada keputusan dua orang hakim yang adil dari kalangan manusia. Kata Ibnu Abbas: "Jika Allah membenarkan manusia menjadi hakim dalam perkara nyawa binatang yang berharga beberapa dirham, adakah tidak boleh manusia menjadi hakim untuk menjaga tumpahan darah umat Islam?"
  2. Mengenai Harta Rampasan: Kata Ibnu Abbas: "Adakah kamu mahu mengambil ibu kamu sendiri, Ummu al-Mukminin Aisyah r.ha sebagai hamba tawanan dan mencerobohi kehormatannya? Jika kamu kata ya, kamu kafir. Jika kamu kata beliau bukan ibu kamu, kamu juga kafir!"
  3. Mengenai Gelaran: Ibnu Abbas mengingatkan bagaimana Rasulullah SAW sendiri bersetuju memadamkan perkataan 'Rasulullah' dalam Perjanjian Hudaibiyah apabila ditolak oleh kafir Quraisy.

Subhanallah! Berkat ilmu dan ketajaman hujah Ibnu Abbas, 2,000 orang daripada kumpulan Khawarij itu bertaubat dan kembali berbai'ah kepada Sayyidina Ali pada hari itu juga!

FAZA 8: KEWAFATAN SANG LAUTAN ILMU DI TAIF

Sidang jemaah yang dimuliakan Allah,

Ibnu Abbas menghabiskan sisa umurnya untuk mengajar ilmu. Majlis ilmunya dipenuhi ribuan manusia. Ada hari khas untuk ilmu Tafsir, hari khas untuk Fikah, hari khas untuk Hadis, hari khas untuk Bahasa dan Syair. Gelaran beliau ialah "Al-Bahr" (Lautan yang tidak pernah kering airnya).

Di penghujung hayatnya, penglihatan beliau menjadi buta. Namun matanya yang buta tidak mengurangkan cahaya ilmu dalam dadanya.

Beliau berpindah ke kota Taif. Pada tahun 68 Hijrah, ketika berusia kira-kira 70 tahun, dan dijemput kembali oleh Allah SWT.

FAZA 9: PENUTUP, IBRAH & DOA

Ibu-ibu, ayah-ayah, dan jemaah sekalian,

Apakah iktibar yang boleh kita bawa pulang ke rumah dari Masjid Nahdhah Al-Islam pada malam ini?

  1. Keberkatan Doa & Pendidikan Anak: Didiklah anak-anak kita dengan al-Quran dan Sunnah sejak kecil sebagaimana Nabi mendidik Ibnu Abbas.
  2. Ketinggian Ilmu Mengangkat Derajat: Ibnu Abbas dihormati bukan kerana keturunan semata-mata, tetapi kerana kedalaman ilmunya.
  3. Adab Menuntut Ilmu: Kejayaan ilmu memerlukan pengorbanan, kerendahan hati (tawaduk), dan kesabaran yang tinggi.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami, anak-anak kami, dan keturunan kami kefahaman yang mendalam dalam agama-Mu sebagaimana Engkau telah mengurniakannya kepada Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sunday, April 19, 2026

Kuliah Subuh: Zulqarnain, Tadabbur Isi al Quran Surah al Kahfi

Kuliah Subuh: "Zulkarnain: Hero Ummah & Teladan Akhir Zaman"


1. Muqaddimah: Santai & Menarik Perhatian

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Pagi ini, walaupun mata mungkin masih mengantuk, tapi kaki kita tetap melangkah ke Masjid Nahdhah Al-Islam. Ini satu nikmat besar, tuan-tuan dan puan-puan. Ramai orang sihat, tapi tak semua dipilih Allah untuk sujud Subuh berjemaah.

Pagi ini, saya nak ajak kita semua "mengembara" jauh sedikit. Kita nak kenal seorang tokoh yang namanya disebut dalam al-Quran, tapi dia bukan Nabi, bukan Rasul. Dia seorang raja, seorang pengembara, dan seorang jurutera hebat. Namanya Zulkarnain.

Kenapa kita kena tahu pasal dia? Sebab namanya ada dalam Surah al-Kahfi, surah yang kita baca setiap Jumaat untuk elak fitnah Dajjal. Mesti ada rahsia besar kenapa Allah selitkan kisah dia di hujung surah ini.


2. Siapa Sebenarnya Zulkarnain? 

Tuan-tuan, bila orang tanya Nabi SAW pasal Zulkarnain, Allah turunkan ayat 83:

وَيَسْـَٔلُونَكَ عَن ذِي ٱلْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُوا۟ عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْرًا

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan membacakan kepada kamu sedikit sejarahnya'." (Surah al-Kahfi: 83)

Siapa dia ni? Adakah dia Alexander the Great? Kebanyakan ulama kata bukan, sebab Alexander the Great itu musyrik (sembah berhala), sedangkan Zulkarnain dalam Quran ini orangnya bertauhid, sangat beriman.

Zulkarnain bukanlah namanya, tetapi gelaran yang bermaksud "Pemilik Dua Tanduk". Ada yang kata sebab dia pakai topi perang bertanduk,Ulama berbeza pendapat tentang maksudnya—ada yang kata kerana kekuasaannya meliputi Timur dan Barat, dan ada yang menyebut ia kiasan kepada mahkotanya. Namun yang pasti, Allah memberikan beliau "Tamkin" (kekuatan dan kemudahan).

Allah bagi dia satu kelebihan yang dipanggil "Sababa". Apa itu?

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُۥ فِى ٱلْأَرْضِ وَءَاتَيْنَـٰهُ مِن كُلِّ شَىْءٍ سَبَبًا

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi tiap-tiap sesuatu (yang diperlukannya)." (Surah al-Kahfi: 84)

Bahasa mudahnya, Zulkarnain ini ada "kabel" paling besar iaitu bantuan Allah, dia ada teknologi, dia ada tentera, dan dia ada kebijaksanaan. Dia tak duduk diam di istana makan anggur, tapi dia keluar mengembara tengok masalah rakyat.

Poin Penting: Kekuasaan adalah amanah. Zulkarnain tidak menggunakan teknologi dan ilmu yang ada untuk menindas, tetapi sebagai jambatan untuk menegakkan tauhid.


3. Ekspedisi Barat: Keadilan Bukan Dendam

Dia mula mengembara ke Barat sampai ke satu tempat yang Allah gambarkan matahari terbenam dalam lumpur hitam. Di sana dia jumpa satu kaum yang tak beriman. (Surah al-Kahfi: 86)

قُلْنَا يَـٰذَا ٱلْقَرْنَيْنِ إِمَّآ أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّآ أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

Di sini Allah "test" Zulkarnain. Allah kata, "Wahai Zulkarnain, kau nak azab mereka ke, atau kau nak buat baik?"

Kalau kita ada kuasa, biasanya kita akan buat ikut suka kita, betul tak? Tapi Zulkarnain jawab dalam ayat 87:

قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُۥ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِۦ فَيُعَذِّبُهُۥ عَذَابًا نُّكْرًا

"Zulkarnain berkata: 'Adapun orang yang melakukan kezaliman, maka kami akan menyiksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya...'"

Beliau membezakan antara penjenayah dan orang baik. Orang yang beriman dan beramal soleh diberikan ganjaran yang baik serta layanan yang lembut. Inilah ciri pemimpin dambaan ummah.

Maksudnya begini: Zulkarnain guna prinsip yang jelas. Siapa yang jahat/zalim, kena hukum. Siapa yang baik, kita bantu. Dia tak pukul rata. Ini pengajaran buat kita—kalau jadi ketua keluarga atau ketua di tempat kerja, janganlah semua orang kita nak marah. Yang buat kerja baik, hargailah mereka.


4. Ekspedisi Timur & Projek Mega Tembok Besi (20 Minit)

Kemudian dia pergi ke Timur, lepas itu dia sampai ke satu kawasan di celah dua gunung. Di situ ada satu kaum yang sangat lemah dan ketakutan. Mereka cakap, "Wahai Zulkarnain, ada dua bangsa jahat namanya Yakjuj dan Makjuj. Mereka ni perosak! Boleh tak kau bina pagar untuk kami? Kami bayar upah."

Dengar jawapan Zulkarnain yang sangat "gentleman" ni dalam ayat 95:

قَالَ مَا مَكَّنِّى فِيهِ رَبِّى خَيْرٌ فَأَعِينُونِى بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

"Zulkarnain menjawab: 'Apa yang Tuhanku telah kurniakan kepadaku lebih baik (dari pemberian kamu); oleh itu bantulah aku dengan tenaga (kamu)...'"

Beliau mengajar rakyat untuk berdikari. Beliau menggunakan teknologi kejuruteraan hebat: besi yang dibakar dan dicurah tembaga cair.

Setelah tembok itu siap, Zulkarnain tidak sombong. Beliau berkata:

قَالَ هَـٰذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّى ۖ فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ رَبِّى جَعَلَهُۥ دَكَّآءَ ۖ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّى حَقًّا

"Zulkarnain berkata: 'Ini ialah rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar'." (Surah al-Kahfi: 98)

Zulkarnain kata: "Aku tak nak duit korang. Allah dah bagi aku cukup. Tapi, aku nak korang tolong aku, kerja sekali dengan aku!"

Ini satu "coaching" yang hebat. Zulkarnain tak nak rakyatnya jadi pemalas yang mengharap bantuan "free" saja. Dia nak mereka belajar buat sendiri.

Dia suruh mereka bawa besi, bakar sampai merah, kemudian dia curah tembaga cair. Tuan-tuan bayangkan, zaman dulu dia dah tahu teknik "Alloy" atau campuran logam supaya tembok tu tak berkarat dan tak boleh ditebuk!

Mengenai tembok ini, Nabi SAW pernah mengingatkan kita dalam sebuah hadis sahih:

فَتَحَ الْيَوْمَ مِنْ رَدْمِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مِثْلُ هَذِهِ

"Telah terbuka hari ini dari tembok Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (sambil baginda membuat bulatan dengan jari telunjuk dan ibu jari)." (HR. Bukhari & Muslim)

Ini menunjukkan bahawa kisah Zulkarnain bukan sekadar dongeng, tetapi realiti sejarah yang memberi kesan sehingga ke hari kiamat.


5. Siapa Yakjuj dan Makjuj Sebenarnya? 

Mungkin jemaah tanya, "Ustaz, Yakjuj Makjuj ni rupa macam mana? Macam raksasa ke?"

Dalam hadis, Nabi SAW bagi tahu mereka ni manusia juga, anak cucu Nabi Adam AS. Tapi mereka ni sangat ramai dan sangat ganas. Kerja mereka cuma nak merosakkan bumi.

Nabi SAW pernah bersabda:

وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَدِ اقْتَرَبَ فُتِحَ الْيَوْمَ مِنْ رَدْمِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مِثْلُ هَذِهِ

"Celakalah bagi bangsa Arab kerana keburukan yang telah dekat. Telah terbuka hari ini dari tembok Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (Nabi membuat bulatan dengan jari)." (HR. Bukhari)

Tembok yang Zulkarnain bina itu sangat kuat. Sampai hari ini mereka tak dapat tembus. Tapi bila tiba masanya nanti, Allah akan hancurkan tembok itu dan mereka akan keluar menyerbu seperti air bah. Itu tanda kiamat sudah sangat dekat.


6. Pengajaran: Kenapa Kita Perlu Jadi Seperti Zulkarnain? 

Jemaah sekalian, apa "oleh-oleh" yang kita nak bawa balik pagi ini?

1.     Jangan Sombong Dengan Ilmu: Zulkarnain pandai bina tembok, pandai pimpin tentera. Tapi hujung-hujung dia kata, "Ini rahmat dari Tuhanku". Kalau kita pandai masak, pandai buat bisnes, pandai bertukang, jangan lupa cakap "Alhamdulillah". Itu semua pinjaman.

2.     Guna Kuasa Untuk Bantu Orang Lemah: Zulkarnain tak buli kaum yang tak pandai bahasa tadi. Dia malah lindungi mereka. Kita pun begitu, kalau ada jiran yang susah, jangan tutup mata.

3.     Berdikari: Zulkarnain ajar kaum itu untuk bekerja sekali. Jangan jadi komuniti yang cuma tahu meminta-minta bantuan kerajaan atau zakat semata-mata tanpa ada usaha nak baiki diri.

4.     Benteng Diri: Kalau Zulkarnain bina tembok besi untuk halang Yakjuj Makjuj, kita kena bina "tembok iman" untuk halang anak cucu kita daripada rosak dengan gadget, media sosial, dan pengaruh buruk.


7. Penutup & Doa 

Masa pun dah mencumbui kita. Dah sejam lebih kita bercakap. Kesimpulannya, kisah Zulkarnain ini bukan sekadar cerita sejarah, tapi manual untuk kita jadi manusia yang memberi manfaat.

Ingat, setiap kali baca Surah al-Kahfi, ingatlah Zulkarnain. Jadilah orang yang kuat imannya, hebat ilmunya, tapi tetap tunduk pada kekuasaan Allah.

Moga Allah kumpulkan kita semua dalam syurga nanti, bersama-sama para Nabi dan hamba-hamba Allah yang soleh seperti Zulkarnain.

"Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk membina benteng iman dalam keluarga kami. Ya Allah, kurniakanlah kami pemimpin yang adil dan takut kepada-Mu. Ampunkanlah dosa-dosa kami, ibu bapa kami, dan seluruh jemaah Masjid Nahdhah Al-Islam."

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Sekian, yang baik dari Allah, yang lemah dari diri saya sendiri. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 


Saturday, January 3, 2026

Barakahnya Dipinang Oleh Nabi Saw Untuk Julaibib Ra

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ رضي الله عنه  أَنَّ جُلَيْبِيبًا كَانَ امْرَأً يَدْخُلُ عَلَى النِّسَاءِ ، يَمُرُّ بِهِنَّ وَيُلَاعِبُهُنَّ ، فَقُلْتُ لِامْرَأَتِي : لَا يَدْخُلَنَّ عَلَيْكُمْ جُلَيْبِيبٌ ؛ فَإِنَّهُ إِنْ دَخَلَ عَلَيْكُمْ لَأَفْعَلَنَّ وَلَأَفْعَلَنَّ . قَالَ : وَكَانَتِ الْأَنْصَارُ إِذَا كَانَ لِأَحَدِهِمْ أَيِّمٌ لَمْ يُزَوِّجْهَا حَتَّى يَعْلَمَ هَلْ لِلنَّبِيِّ ﷺ فِيهَا حَاجَةٌ أَمْ لَا . فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ لِرَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ : زَوِّجْنِي ابْنَتَكَ . فَقَالَ : نِعِمَّ وَكَرَامَةٌ يَا رَسُولَ اللهِ وَنُعْمَ عَيْنِي . قَالَ: إِنِّي لَسْتُ أُرِيدُهَا لِنَفْسِي . قَالَ : فَلِمَنْ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : لِجُلَيْبِيبٍ : قَالَ : فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أُشَاوِرُ أُمَّهَا . فَأَتَى أُمَّهَا فَقَالَ : رَسُولُ اللهِ ﷺ يَخْطُبُ ابْنَتَكِ . فَقَالَتْ : نِعِمَّ وَنُعْمَةُ عَيْنِي . فَقَالَ : إِنَّهُ لَيْسَ يَخْطُبُهَا لِنَفْسِهِ إِنَّمَا يَخْطُبُهَا لِجُلَيْبِيبٍ . فَقَالَتْ : أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ لَا . لَعَمْرُ اللهِ لَا نُزَوَّجُهُ . فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ لِيَأْتِيَ رَسُولَ اللهِ ﷺ فِيُخْبِرَهُ بِمَا قَالَتْ أُمُّهَا قَالَتِ الْجَارِيَةُ : مَنْ خَطَبَنِي إِلَيْكُمْ ؟ فَأَخْبَرَتْهَا أُمُّهَا فَقَالَتْ : أَتَرُدُّونَ عَلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ أَمْرَهُ ؟ ادْفَعُونِي ؛ فَإِنَّهُ لَمْ يُضَيِّعْنِي . فَانْطَلَقَ أَبُوهَا إِلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ : شَأْنَكَ بِهَا . فَزَوَّجَهَا جُلَيْبِيبًا قَالَ : فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فِي غَزْوَةٍ لَهُ ، قَالَ : فَلَمَّا أَفَاءَ اللهُ عَلَيْهِ قَالَ لِأَصْحَابِهِ: هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟ قَالُوا : نَفْقِدُ فُلَانًا وَنَفْقِدُ فُلَانًا . قَالَ : انْظُرُوا هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟ قَالُوا : لَا . قَالَ : لَكِنِّي أَفْقِدُ جُلَيْبِيبًا . قَالَ : فَاطْلُبُوهُ فِي الْقَتْلَى . قَالَ : فَطَلَبُوهُ فَوَجَدُوهُ إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ! هَا هُوَ ذَا إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ . فَأَتَاهُ النَّبِيُّ ﷺ فَقَامَ عَلَيْهِ فَقَالَ : قَتَلَ سَبْعَةً وَقَتَلُوهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ . مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا . ثُمَّ وَضَعَهُ رَسُولُ اللهِ ﷺ عَلَى سَاعِدَيْهِ وَحُفِرَ لَهُ مَا لَهُ سَرِيرٌ إِلَّا سَاعِدَا رَسُولِ اللهِ ﷺ ، ثُمَّ وَضَعَهُ فِي قَبْرِهِ ، وَلَمْ يُذْكَرْ أَنَّهُ غَسَّلَهُ . قَالَ ثَابِتٌ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا . وَحَدَّثَ إِسْحَاقُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ثَابِتًا قَالَ : هَلْ تَعْلَمْ مَا دَعَا لَهَا رَسُولُ اللهِ ﷺ ؟ قَالَ : اللهُمَّ صُبَّ عَلَيْهَا الْخَيْرَ صَبًّا ، وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهَا كَدًّا كَدًّا . قَالَ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا . قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ : مَا حَدَّثَ بِهِ فِي الدُّنْيَا أَحَدٌ إِلَّا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، مَا أَحْسَنَهُ مِنْ حَدِيثٍ !

Kuliah Maghrib Mohd Azlan Kahlid

Daripada, Abi Barzah al Aslami, radhiallahu anhu kata dia, ada satu sahabat, yang Bernama Julaibib,, dia ni disebut:كَانَ امْرَأً يَدْخُلُ عَلَى النِّسَاءِ

Dia adalah satu orang yang,suka duk bercampur dengan orang perempuan,

، يَمُرُّ بِهِنَّ وَيُلَاعِبُهُنَّ ،Dia ni juga suka duduk keliling dan suka duk melawak,dengan orang perempuan.

Ini adalah permulaan cerita, seorang sahabat nabi saw,yang bernama Julaibib. Dia ni berasal daripada madinah,orangnya tak kacak dengan fizikal badan dia pendek, langsung tak handsome.

Namun satu hari Julaibib pernah ditanya oleh nabi saw, nabi kata dekat dia, “Wahai Julaibib, kamu ni tak mahu kahwinkah?” Jawab Julaibib ,dia kata “Aku ni orang yang tak smart, aku ni tak laku,” nabi kata dekat Julaibib, ni,nabi kata, “Tapi kamu  laku di sisi Allah swt “,

Ini Julaibib, satu sahabat nabi, yang di awal awal hadis kita baca ni, dikatakan dia ni

امْرَأً يَدْخُلُ عَلَى النِّسَاءِ dia seronok bercampur dengan orang perempuan, suka pergi melawak dekat orang perempuan, namun tiada seorang pun orang perempuan yang berkenan dekat dia, kata dalam hadis ni.

فَقُلْتُ لِامْرَأَتِي  Maka Abi barzah, yang meriwayatkan hadis ini, dia pernah bagi warning bini dia,dia pernah bagi amaran kepada bini dia, dan dia kata,

لَا يَدْخُلَنَّ عَلَيْكُمْ جُلَيْبِيبٌ

“Aku nak bagi satu amaran,aku tak mahu tengok lagi Julaibib, duduk ada sama dengan kamu”. Dia ni satu orang manusia, yang tak handsome, lepas tu tiada siapa yang berkenan dekat dia, bahkan di kalangan sebahagian besar penduduk Madinah, merasa rimas dengan dia.

Dia jadi manusia macam tu, manusia yang orang tak suka. Sehinggakan Abu Barzah  yang meriwayatkan hadis ni, sampai kata dekat bini dia, “Jangan bagi mata aku nampak kamu, duk bercampur dengan Julaibib”. Dia kata, “Kalau satu hari aku nampak Julaibib ni pergi duduk bercampur dengan kamu, pergi duk bersembang, pergi duduk melawak dengan kamu, kamu tunggu sahajalah aku nak buat apa!”. Bagi terjemahan mudah macam tu lah.

وَكَانَتِ الْأَنْصَارُ إِذَا كَانَ لِأَحَدِهِمْ أَيِّمٌ لَمْ يُزَوِّجْهَا حَتَّى يَعْلَمَ هَلْ لِلنَّبِيِّ ﷺ فِيهَا حَاجَةٌ أَمْ لَا

Kata Abu Barzakh yang meriwayatkan hadis ni, dia kata menjadi amalan, menjadi tradisi di kalangan sahabat-sahabat Ansar di Madinah ni, kalau sesiapa yang ada anak perempuan, kemudian dia bercerai, dia jadi “ayimun”. “Ayimun” ni makna dia janda. Maka tidak akan diberi anak mereka pergi menikah lagi dengan siapa pun, melainkan setelah kalau nabi sendiri tak berkenan dekat anak mereka.

Hadis ni bukan nak bagitahu kita yang nabi ni gila kepada janda tidak. Kita jangan salah faham. Hadis ni, nak bagitahu kita, hormatnya penduduk madinah ni kepada nabi saw, mereka simpan dalam hati, mana tahu nak  jadi tuah mereka, nabi nak kahwin dengan anak mereka, jadi mereka  boleh menjadi mentua nabi saw, begitu.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah

. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ لِرَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ : زَوِّجْنِي ابْنَتَكَ .

Satu hari,kata Abu Barzah  perawi hadis ini, nabi jumpa seorang sahabat Ansar. Nabi kata dekat sahabat Ansar ni,

: زَوِّجْنِي ابْنَتَكَ

Nabi kata, “Kahwinkan aku dengan anak perempuan kamu,”

فَقَالَ : نِعِمَّ وَكَرَامَةٌ يَا رَسُولَ اللهِ وَنُعْمَ عَيْنِي

Maka respon daripada seorang bapa ni, yang ada anak perempuan, bila nabi datang kata, kahwinkan aku dengan anak perempuan kamu, respon daripada bapak ni, dia kata apa, dia kata ini satu penghormatan daripada Allah, dan daripada kamu ya Rasulullah. Dan inilah yang mengemberikan aku. Maksudnya apa tuan tuan, teringin orang orang Madinah kalau boleh, nak  jadi keluarga dengan nabi saw. Kata nabi saw,

. قَالَ: إِنِّي لَسْتُ أُرِيدُهَا لِنَفْسِي

“Maksud aku, bukan nak menikah dengan aku!” nabi kata,

قَالَ” kata bapa tadi,

. قَالَ : فَلِمَنْ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ “Kalau tidak dengan tuan, nak  bagi anak perempuan saya menikah dengan siapa?

قَالَ رَسُولَ الله

Nabi kata “Aku nak bagi anak perempuan kamu  menikah dengan Julaibib!”

Punahh dia ni kata, Julaibib pulak dah,,yang penduduk madinah tak berkenan ni,

Bila duk dengar dengar nama Julaibib, macam satu bom,meletup,pasal apa? Di awal hadis tadi dah cerita dah dia ni satu orang yang orang takde para rupa, tak segak,dengan perangan dia suka pergi duk bercampur dengan orang perempuan,sampai ada suami yang ada isteri,ni sampai,warning,isteri mereka,jangan sampai mata aku nampak, kamu duk bercampur dengan julaibib,begitu keadaan orangnya,tiba tiba nabi kata dekat bapa anak dara ni,nabi kata dekat dia,aku nak bagi,anak perempuan kamu  menikah dengan,Julaibib,,,dengar Julaibib,,,berdebuk macam rasa terpukul,

فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أُشَاوِرُ أُمَّهَا

Bila nabi kata macam tu, dan dan je sahabat ni kata, ya Rasulullah, kasi aku masa sikit nak bincang jap dengan orang rumah.

. فَأَتَى أُمَّهَا

maka dia ni pun balik jumpa,isteri dia di rumah,

فَقَالَ : رَسُولُ اللهِ ﷺ يَخْطُبُ ابْنَتَكِ

Bapa ni balik balik balik,pi jumpa,bini dia,pi jumpa,mak anak dara ni,dia bagi satu statement nak kasi suspend dulu,dia kata,nabi saw,,sudah meminang anak dara kita 

dia pergi kata lagu tu,

. فَقَالَتْ : نِعِمَّ وَنُعْمَةُ عَيْنِي

kata bini dia,dia kata,alhamdulillah,penghormatan,daripada Allah,dan daripada rasul,kalau nabi,nak  ambil,anak kita buat bini,tak tahu nak cakap apa dah, ni 1 penghormatan bagi keluarga kita

Kata bapak ni

. فَقَالَ : إِنَّهُ لَيْسَ يَخْطُبُهَا لِنَفْسِهِ

Tapi nanti jap, tak habis bagitahu lagi ni

إِنَّمَا يَخْطُبُهَا لِجُلَيْبِيبٍ

,dia kata nabi,meminang,tapi untuk,Julaibib,, dia kata, .

 فَقَالَتْ  kata isteri dia

أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟

dia ulang tiga kali, bini dia kata, si julaibib ke?3x

Padahal nama Julaibib,,di madinah ni ada sorang tu je nama Julaibib

؟ لَا . لَعَمْرُ اللهِ لَا نُزَوَّجُهُ .

Janganlah…Kalau nak bagi menikah anak aku dengan si Julaibib,, baik tak payah

. فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ

bila dah begitu,keputusan,bini dia, yang suami ni pun dah dengar,macam tu nampak,muktamadlah,tak terimalah pinangan nabi tu,maka bangkit dia ni,

لِيَأْتِيَ رَسُولَ اللهِ ﷺ فِيُخْبِرَهُ بِمَا قَالَتْ أُمُّهَا

dia pun bangkit rancang nak pergi jumpa nabi balik,nak  bagitau kata,cancel tak jadi, Tapi kalau untuk nabi,tak payah tanya bini,dia buat keputusan boleh,tapi kalau untuk Julaibib,,nak  kena tanya bini dulu., macam kita lah, dah kalau tak berkenan, dan2 je bagi alasan nak bagi anak habis mengaji dulu, umur dah 30 dah.

bapak ni bangkitnak pergi jumpa nabi,nak  bagitahu kepada nabi,saw,,kata,tak terima,pinangan nabi untuk,zulaibib ni,

قَالَتِ الْجَارِيَةُ

anak dara,duk dalam bilik tu,duk curi dengar,mak ngan ayah duk sembang,kata orang mainak minang dia,dia duk curi dengar

قَالَتِ الْجَارِيَةُ

anak dara ni pun bersuara,dia kata,dia Tanya ayah,dia ngan mak dia,

: مَنْ خَطَبَنِي إِلَيْكُمْ ؟

siapa dia yang meminang saya ni? Mak dia kata, “Pak  kamu ni buat suspend balik, datang bagitahu kata nabi meminang. Mak punya seronok, last last si Julaibib yang meminang kamu. 

؟ فَأَخْبَرَتْهَا أُمُّهَا فَقَالَتْ : أَتَرُدُّونَ عَلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ أَمْرَهُ ؟

Kata anak dara ni, “Awat mak dengan ayah, nak  tolak, nak  bantah perintah nabi saw?
Dalam hadis cerita,kata anak dara,kepada pasangan ini,lawa, cantik jugak,menjadi perhatian,ramai orang,tiba tiba nabi nak pergi padankan dia dengan,Julaibib,,,bila mak dengan Pak buat keputusan,kata kalau,Julaibib,,,no,no way,aku tak mahu terima,Julaibib,,,jadi menantu aku,dan aku tak mahu jadi,Pak mentua,mak mentua,Julaibib,,,tiba tiba,anak ni,kata apa? dia kata ayah dengan mak,nak  tolak pinangan, bermakna nak membantah,perintah nabi,saw? dia kata,

ادْفَعُونِي

Bawa saya pergi dekat nabi,dia kata,kerana,saya pasti, saya yakin, nabi saw tidak akan menyebabkan saya jadi sengsara,dia tahu siapa,Julaibib, ni,dia tahu,betapa tak berkenannya orang madinah kepada Julaibib, ni,tapi oleh kerana, yang mai,meminang untuk Julaibib, ni,adalah nabi saw,!

dia kata,mak ayah,saya yakin,sepenuh hati,nabi saw,,bila dia meminang saya untuk,Julaibib,,,nabi saw,,langsung,tidak ada ingat nak sengsarakan hidup saya,

فَانْطَلَقَ أَبُوهَا إِلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ فَأَخْبَرَهُ

Pak dia pun,tergamam anak berkata macam tu,macam mana,dalam hati,dia begitu hormat kepada nabi,macam mana dalam hati,isteri dia begitu besar,hormat kepada nabi,Cuma bila dengar nama,Julaibib, ni,menyebabkan mereka  terlupa sekejap hormat kepada nabi ni, jadi anak dia peringat balik. Si bapak ni bila dengar macam tu jadi tergamam,dia pun bangkit,tak kata apa,terus keluar pergi jumpa,nabi saw,,pi cerita,dekat nabi,saw,,apa Yang jadi,dan Pak,dia kata,

: شَأْنَكَ بِهَا :,Pak dia kata saya,serah urusan ni kepada tuan,

فَزَوَّجَهَا جُلَيْبِيبًا  maka dikahwin budak perempuan ni dengan Julaibib.

Kata Abu Barzah  Yang meriwayatkan hadis ini,ini dia masuk chapter dua,dah tadi,chapter satu,chapter dua kata,Abu Barzah ,

satu hari,nabi saw, keluar perang

: فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فِي غَزْوَةٍ لَهُ

Dalam syarah hadis dia cerita, Julaibib walaupun ramai orang tak berkenan ni dia ni, kalau ada panggilan perang, dia ni akan sebaris sama dengan nabi, dia ni yang orang tengok tak berkenan, kalau datang panggilan jihad, dia duduk depan sekali.

Itu sebab nabi kata dekat dia, kamu tak kacak, orang tak berkenan dekat kamu  nabi kata aku nak bagitahu dekat kamu  dalam riwayat abu yaala, nabi kata aku nak bagitahu dekat kamu yang Allah berkenan dekat kamu! 

kata Abu Barzah ,

: فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فِي غَزْوَةٍ لَهُ

Satu hari nabi keluar berperang, bila perang,selesai,

قَالَ : فَلَمَّا أَفَاءَ اللهُ عَلَيْهِ قَالَ لِأَصْحَابِهِ

Selesai perang semua, nabi bangkit berdiri nabi kata dekat sahabat

: هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟

nabi kata Cuba kamu, tengok balik,

Ada tak siapa siapa,daripada,kawan kawan kita,Yang tak dak,nak  tahu siapa Yang terkorban,

قَالُوا : نَفْقِدُ فُلَانًا وَنَفْقِدُ فُلَانًا 

sahabat,sahabat,duk bagi report,sekian nama yang dah gugur syahid,sekian sekian,duk bagi laporan dekat nabi,

. قَالَ : انْظُرُوا هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟

habis laporan semua,nabi Tanya soalan Yang sama,nabi kata,Cuba tengok lagi sekali,Ada tak dak,siapa siapa,daripada,sahabat,kita yang hilang

قَالُوا : لَا

sahabat,sahabat kata tak dak dah,semua hak gugur kami cerita belaka dah kami sebut nama,belaka dah, kemudian nabi kata,

. قَالَ : لَكِنِّي أَفْقِدُ جُلَيْبِيبًا

tapi aku kehilangan,Julaibib,

Tuan tuan, nabi duk sebut takde sorang pun duk teringat nak sebut nama Julaibib

punya tak pentingnya dia ni sampai orang tak perasan dia. nabi Tanya,kamu, check balik siapa Yang tak dak,mereka  duk sebut nama sekian sekian…,nabi kata unzuru, pergi pi check lagi sekali,pi tengok,lagi sekali, Ada tak dak siapa siapa lagi,mereka  kata tak dak,bila mereka  kata tak dak,nabi kata,aku kehilangan,Julaibib,,,bila nabi sebut,nama dia,

قَالَ : فَاطْلُبُوهُ فِي الْقَتْلَى

Baru pakat,pakat pergi cari,lagi sekali,di kalangan orang orang Yang mati ni, قَالَ : فَاطْلُبُوهُ kata Abu Barzah ,maka jumpalah mayat dia ni

قَالَ : فَطَلَبُوهُ فَوَجَدُوهُ إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ .

Pergi-pergi cari mayat dia, duduk ada tujuh mayat musuh di keliling dia, bermakna, dia berjaya membunuh tujuh musuh yang ada di keliling dia,

 ثُمَّ قَتَلُوهُ Kemudian dia dibunuh oleh musuh, tu dia, punya beraninya dia ni, jumpa mayat dia di keliling musuh yang mati, mereka  tengok-tengok dia seorang di keliling 7 orang.

فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ! هَا هُوَ ذَا إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ

Mereka kata ni dia jenazah julaibib,di keliling dia Ada tujuh musuh,dan dia juga mati di tengah tengah, kemudiannya dia dibunuh,

. فَأَتَاهُ النَّبِيُّ ﷺ فَقَامَ عَلَيْهِ

nabi mai tengok,berdiri di tepi mayat dia,

فَقَالَ : قَتَلَ سَبْعَةً وَقَتَلُوهُ

nabi kata betul,dia bunuh,tujuh orang musuh,kemudiannya dia dibunuh,

، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ . مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا

nabi kata,aku daripada dia,dia daripada,kalangan aku, maknanya nabi iktiraf dia,nabi endorse,dia ni sebagai satu orang Yang istimewa,di sisi,Allah  swt,,

. ثُمَّ وَضَعَهُ رَسُولُ اللهِ ﷺ عَلَى سَاعِدَيْهِ

nabi pangku,mayat dia di atas tangan nabi,tuan tuan,bukan senang,nak  dapat,macam tu,nabi pangku,mayat dia ni di atas tangan nabi,

وَحُفِرَ لَهُ

nabi suruh mereka  gali liang lahad untuk dikebumikan dia, selagi liang tidak siap digali, selagi tu nabi,duk pangku dia,dan ini satu penghormatan oleh nabi.

مَا لَهُ سَرِيرٌ إِلَّا سَاعِدَا رَسُولِ اللهِ ﷺ

badan dia,dengan badan nabi,tidak Ada,berlapik,apa apa kain,melainkan,nabi punya kulit,berlaga kulit dia ketika itu.

، ثُمَّ وَضَعَهُ فِي قَبْرِهِ

nabi turun,dalam liang dukung,mayat dia letak,

، وَلَمْ يُذْكَرْ أَنَّهُ غَسَّلَهُ

dan hadis tidak menceritakan mayat dia dimandikan,maknanya dia mati,syahid,

. قَالَ ثَابِتٌ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا

kata sabit seorang lagi,rawi hadis ni,sepeninggalan,matinya,Julaibib, ini,isteri dia tadi ni,tidak ada seorang wanita, janda daripada kalangan Ansar, yang lebih kuat menderma dan bersedekah, lebih daripada isteri Julaibib. Sepeninggalan Julaibib, isteri dia ni jadi kaya, dan dia bersedekah tak berhenti,

. وَحَدَّثَ إِسْحَاقُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ثَابِتًا قَالَ : هَلْ تَعْلَمْ مَا دَعَا

dia kata, kamu tahu dak,kata nabi,saw, pernah berdoa untuk isteri Julaibib, dulu

؟ قَالَ : اللهُمَّ صُبَّ عَلَيْهَا الْخَيْرَ صَبًّا ،

Dia ni kata apa? Aku pernah dengar, nabi doa kepada isteri Julaibib ini, “Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kebaikan yang melimpah ruah kepada isteri Julaibib ini”, nabi pernah doa dekat dia pasal apa,mengenangkan iman dia yang tinggi.

وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهَا كَدًّا كَدًّا

Dan nabi kata “Ya Allah ya tuhanku, janganlah engkau beri kepada perempuan ini kehidupan yang sempit sama sekali”. Dan berkat doa nabi saw, dia hidup senang lenang, rezeki murah, tak tahu dari mana punca jadi kaya, setelah syahidnya Julaibib, dia menjadi seorang janda yang kaya, dan sentiasa bersedekah harta benda dia.

. قَالَ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا

Lagi sekali, Abu Barzah  kata tidak ada di kalangan janda-janda yang ada di Madinah pada masa itu daripada kalangan Ansar yang kuat bersedekah lebih daripada isteri Julaibib ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, kesimpulan daripada hadis yang kita baca,

Yang pertama, paras rupa bukan ukuran di sisi Allah swt,

Yang kedua, keimanan dan keyakinan kepada Allah dan rasul pasti akan membuahkan hasil yang terbaik. Kita percaya betul kepada Allah, kepada al Quran dan kepada Rasul, kepada hadis, hasilnya pasti yang terbaik.

Yang ketiga Allah menghargai Julaibib kerana keberanian dia dan semangat jihad dan Allah menghargai isteri Julaibib, kerana keimanan dia kepada Allah swt. Bukti kata Allah dan rasul menghargai Julaibib, bukti dia apa? Nabi pangku mayat dia sampai selesai dikebumikan nabi turun dalam liang, kebumikan dia, bukti,dia diiktiraf Allah dan rasul dan bukti kata, Allah dan rasul menghargai isteri dia apa, sampai akhir hayat dia orang bagus, rezeki murah, dan murah bersedekah.

Pengajaran Yang keempat,jangan buruk sangka,kepada Allah dan rasul,tak boleh,tak boleh,buruk sangka,tak boleh,duk ingat,sikit pun dalam hati kita,kata Allah,suruh kita buat satu benda Yang akibat dia tak bagus,tak boleh,dalam quran,tiga puluh juzuk,enam ribu ayat lebih tu jangan Ada,teringat,dalam hati kita,mana mana satu ayat,Yang tak sesuai hari ini,jangan Ada ingat macam tu itu,buruk sangka dengan Allah,tak boleh,

Yang kelima,rumah tangga,akan bahagia,kalau sekiranya,dibajai,dengan ilmu,dengan iman,dan dengan agama.

Wallahu a'lam.