Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 3, 2024

DOA MAJLIS KAKITANGAN AWAM 4


بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,

Pada pagi yang mulia ini,kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk berada dalam majlis_______________________________________

Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, bimbinglah kami, agar kami dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami sebagai warga kerja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  yang berintegriti, cekap, berdedikasi dan berwibawa serta berwawasan tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan kebijaksanaan bagi mendaulatkan kesucian agama, memelihara amanah bangsa dan negara seterusnya membawa kemajuan dan kejayaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kami kasihi ini.

Ya Quddus Ya Salaam,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan melahirkan asbab manfaat kepada mereka yang memerlukan, menjadi payung kepada mereka memohon perlindungan dengan keizinanMu, Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban,

Ya Sami’ Ya Basir,

Tuhan yang Maha Mendengar dan menjawab Segala Permintaan

Tanamkanlah ke dalam diri kami sifat kesungguhan

Engkau lazimilah diri kami mengamalkan budaya kerja cemerlang

Dengan memberikan pemikiran yang positif dan istiqamah

Sentiasa berupaya membezakan yang buruk juga yang bermanfaat

Menjalankan segala amanah dan pertanggungjawaban

Agar setiap pekerjaan kami lakukan mendapat keberkatan

 

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً  إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

No comments:

Post a Comment