Kembali Ke Laman Utama

Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Saturday, January 3, 2026

Barakahnya Dipinang Oleh Nabi Saw Untuk Julaibib Ra

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ رضي الله عنه  أَنَّ جُلَيْبِيبًا كَانَ امْرَأً يَدْخُلُ عَلَى النِّسَاءِ ، يَمُرُّ بِهِنَّ وَيُلَاعِبُهُنَّ ، فَقُلْتُ لِامْرَأَتِي : لَا يَدْخُلَنَّ عَلَيْكُمْ جُلَيْبِيبٌ ؛ فَإِنَّهُ إِنْ دَخَلَ عَلَيْكُمْ لَأَفْعَلَنَّ وَلَأَفْعَلَنَّ . قَالَ : وَكَانَتِ الْأَنْصَارُ إِذَا كَانَ لِأَحَدِهِمْ أَيِّمٌ لَمْ يُزَوِّجْهَا حَتَّى يَعْلَمَ هَلْ لِلنَّبِيِّ ﷺ فِيهَا حَاجَةٌ أَمْ لَا . فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ لِرَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ : زَوِّجْنِي ابْنَتَكَ . فَقَالَ : نِعِمَّ وَكَرَامَةٌ يَا رَسُولَ اللهِ وَنُعْمَ عَيْنِي . قَالَ: إِنِّي لَسْتُ أُرِيدُهَا لِنَفْسِي . قَالَ : فَلِمَنْ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ : لِجُلَيْبِيبٍ : قَالَ : فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أُشَاوِرُ أُمَّهَا . فَأَتَى أُمَّهَا فَقَالَ : رَسُولُ اللهِ ﷺ يَخْطُبُ ابْنَتَكِ . فَقَالَتْ : نِعِمَّ وَنُعْمَةُ عَيْنِي . فَقَالَ : إِنَّهُ لَيْسَ يَخْطُبُهَا لِنَفْسِهِ إِنَّمَا يَخْطُبُهَا لِجُلَيْبِيبٍ . فَقَالَتْ : أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ لَا . لَعَمْرُ اللهِ لَا نُزَوَّجُهُ . فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ لِيَأْتِيَ رَسُولَ اللهِ ﷺ فِيُخْبِرَهُ بِمَا قَالَتْ أُمُّهَا قَالَتِ الْجَارِيَةُ : مَنْ خَطَبَنِي إِلَيْكُمْ ؟ فَأَخْبَرَتْهَا أُمُّهَا فَقَالَتْ : أَتَرُدُّونَ عَلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ أَمْرَهُ ؟ ادْفَعُونِي ؛ فَإِنَّهُ لَمْ يُضَيِّعْنِي . فَانْطَلَقَ أَبُوهَا إِلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ : شَأْنَكَ بِهَا . فَزَوَّجَهَا جُلَيْبِيبًا قَالَ : فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فِي غَزْوَةٍ لَهُ ، قَالَ : فَلَمَّا أَفَاءَ اللهُ عَلَيْهِ قَالَ لِأَصْحَابِهِ: هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟ قَالُوا : نَفْقِدُ فُلَانًا وَنَفْقِدُ فُلَانًا . قَالَ : انْظُرُوا هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟ قَالُوا : لَا . قَالَ : لَكِنِّي أَفْقِدُ جُلَيْبِيبًا . قَالَ : فَاطْلُبُوهُ فِي الْقَتْلَى . قَالَ : فَطَلَبُوهُ فَوَجَدُوهُ إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ! هَا هُوَ ذَا إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ . فَأَتَاهُ النَّبِيُّ ﷺ فَقَامَ عَلَيْهِ فَقَالَ : قَتَلَ سَبْعَةً وَقَتَلُوهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ . مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا . ثُمَّ وَضَعَهُ رَسُولُ اللهِ ﷺ عَلَى سَاعِدَيْهِ وَحُفِرَ لَهُ مَا لَهُ سَرِيرٌ إِلَّا سَاعِدَا رَسُولِ اللهِ ﷺ ، ثُمَّ وَضَعَهُ فِي قَبْرِهِ ، وَلَمْ يُذْكَرْ أَنَّهُ غَسَّلَهُ . قَالَ ثَابِتٌ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا . وَحَدَّثَ إِسْحَاقُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ثَابِتًا قَالَ : هَلْ تَعْلَمْ مَا دَعَا لَهَا رَسُولُ اللهِ ﷺ ؟ قَالَ : اللهُمَّ صُبَّ عَلَيْهَا الْخَيْرَ صَبًّا ، وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهَا كَدًّا كَدًّا . قَالَ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا . قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ : مَا حَدَّثَ بِهِ فِي الدُّنْيَا أَحَدٌ إِلَّا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، مَا أَحْسَنَهُ مِنْ حَدِيثٍ !

Kuliah Maghrib Mohd Azlan Kahlid

Daripada, Abi Barzah al Aslami, radhiallahu anhu kata dia, ada satu sahabat, yang Bernama Julaibib,, dia ni disebut:كَانَ امْرَأً يَدْخُلُ عَلَى النِّسَاءِ

Dia adalah satu orang yang,suka duk bercampur dengan orang perempuan,

، يَمُرُّ بِهِنَّ وَيُلَاعِبُهُنَّ ،Dia ni juga suka duduk keliling dan suka duk melawak,dengan orang perempuan.

Ini adalah permulaan cerita, seorang sahabat nabi saw,yang bernama Julaibib. Dia ni berasal daripada madinah,orangnya tak kacak dengan fizikal badan dia pendek, langsung tak handsome.

Namun satu hari Julaibib pernah ditanya oleh nabi saw, nabi kata dekat dia, “Wahai Julaibib, kamu ni tak mahu kahwinkah?” Jawab Julaibib ,dia kata “Aku ni orang yang tak smart, aku ni tak laku,” nabi kata dekat Julaibib, ni,nabi kata, “Tapi kamu  laku di sisi Allah swt “,

Ini Julaibib, satu sahabat nabi, yang di awal awal hadis kita baca ni, dikatakan dia ni

امْرَأً يَدْخُلُ عَلَى النِّسَاءِ dia seronok bercampur dengan orang perempuan, suka pergi melawak dekat orang perempuan, namun tiada seorang pun orang perempuan yang berkenan dekat dia, kata dalam hadis ni.

فَقُلْتُ لِامْرَأَتِي  Maka Abi barzah, yang meriwayatkan hadis ini, dia pernah bagi warning bini dia,dia pernah bagi amaran kepada bini dia, dan dia kata,

لَا يَدْخُلَنَّ عَلَيْكُمْ جُلَيْبِيبٌ

“Aku nak bagi satu amaran,aku tak mahu tengok lagi Julaibib, duduk ada sama dengan kamu”. Dia ni satu orang manusia, yang tak handsome, lepas tu tiada siapa yang berkenan dekat dia, bahkan di kalangan sebahagian besar penduduk Madinah, merasa rimas dengan dia.

Dia jadi manusia macam tu, manusia yang orang tak suka. Sehinggakan Abu Barzah  yang meriwayatkan hadis ni, sampai kata dekat bini dia, “Jangan bagi mata aku nampak kamu, duk bercampur dengan Julaibib”. Dia kata, “Kalau satu hari aku nampak Julaibib ni pergi duduk bercampur dengan kamu, pergi duk bersembang, pergi duduk melawak dengan kamu, kamu tunggu sahajalah aku nak buat apa!”. Bagi terjemahan mudah macam tu lah.

وَكَانَتِ الْأَنْصَارُ إِذَا كَانَ لِأَحَدِهِمْ أَيِّمٌ لَمْ يُزَوِّجْهَا حَتَّى يَعْلَمَ هَلْ لِلنَّبِيِّ ﷺ فِيهَا حَاجَةٌ أَمْ لَا

Kata Abu Barzakh yang meriwayatkan hadis ni, dia kata menjadi amalan, menjadi tradisi di kalangan sahabat-sahabat Ansar di Madinah ni, kalau sesiapa yang ada anak perempuan, kemudian dia bercerai, dia jadi “ayimun”. “Ayimun” ni makna dia janda. Maka tidak akan diberi anak mereka pergi menikah lagi dengan siapa pun, melainkan setelah kalau nabi sendiri tak berkenan dekat anak mereka.

Hadis ni bukan nak bagitahu kita yang nabi ni gila kepada janda tidak. Kita jangan salah faham. Hadis ni, nak bagitahu kita, hormatnya penduduk madinah ni kepada nabi saw, mereka simpan dalam hati, mana tahu nak  jadi tuah mereka, nabi nak kahwin dengan anak mereka, jadi mereka  boleh menjadi mentua nabi saw, begitu.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah

. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ لِرَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ : زَوِّجْنِي ابْنَتَكَ .

Satu hari,kata Abu Barzah  perawi hadis ini, nabi jumpa seorang sahabat Ansar. Nabi kata dekat sahabat Ansar ni,

: زَوِّجْنِي ابْنَتَكَ

Nabi kata, “Kahwinkan aku dengan anak perempuan kamu,”

فَقَالَ : نِعِمَّ وَكَرَامَةٌ يَا رَسُولَ اللهِ وَنُعْمَ عَيْنِي

Maka respon daripada seorang bapa ni, yang ada anak perempuan, bila nabi datang kata, kahwinkan aku dengan anak perempuan kamu, respon daripada bapak ni, dia kata apa, dia kata ini satu penghormatan daripada Allah, dan daripada kamu ya Rasulullah. Dan inilah yang mengemberikan aku. Maksudnya apa tuan tuan, teringin orang orang Madinah kalau boleh, nak  jadi keluarga dengan nabi saw. Kata nabi saw,

. قَالَ: إِنِّي لَسْتُ أُرِيدُهَا لِنَفْسِي

“Maksud aku, bukan nak menikah dengan aku!” nabi kata,

قَالَ” kata bapa tadi,

. قَالَ : فَلِمَنْ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ “Kalau tidak dengan tuan, nak  bagi anak perempuan saya menikah dengan siapa?

قَالَ رَسُولَ الله

Nabi kata “Aku nak bagi anak perempuan kamu  menikah dengan Julaibib!”

Punahh dia ni kata, Julaibib pulak dah,,yang penduduk madinah tak berkenan ni,

Bila duk dengar dengar nama Julaibib, macam satu bom,meletup,pasal apa? Di awal hadis tadi dah cerita dah dia ni satu orang yang orang takde para rupa, tak segak,dengan perangan dia suka pergi duk bercampur dengan orang perempuan,sampai ada suami yang ada isteri,ni sampai,warning,isteri mereka,jangan sampai mata aku nampak, kamu duk bercampur dengan julaibib,begitu keadaan orangnya,tiba tiba nabi kata dekat bapa anak dara ni,nabi kata dekat dia,aku nak bagi,anak perempuan kamu  menikah dengan,Julaibib,,,dengar Julaibib,,,berdebuk macam rasa terpukul,

فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، أُشَاوِرُ أُمَّهَا

Bila nabi kata macam tu, dan dan je sahabat ni kata, ya Rasulullah, kasi aku masa sikit nak bincang jap dengan orang rumah.

. فَأَتَى أُمَّهَا

maka dia ni pun balik jumpa,isteri dia di rumah,

فَقَالَ : رَسُولُ اللهِ ﷺ يَخْطُبُ ابْنَتَكِ

Bapa ni balik balik balik,pi jumpa,bini dia,pi jumpa,mak anak dara ni,dia bagi satu statement nak kasi suspend dulu,dia kata,nabi saw,,sudah meminang anak dara kita 

dia pergi kata lagu tu,

. فَقَالَتْ : نِعِمَّ وَنُعْمَةُ عَيْنِي

kata bini dia,dia kata,alhamdulillah,penghormatan,daripada Allah,dan daripada rasul,kalau nabi,nak  ambil,anak kita buat bini,tak tahu nak cakap apa dah, ni 1 penghormatan bagi keluarga kita

Kata bapak ni

. فَقَالَ : إِنَّهُ لَيْسَ يَخْطُبُهَا لِنَفْسِهِ

Tapi nanti jap, tak habis bagitahu lagi ni

إِنَّمَا يَخْطُبُهَا لِجُلَيْبِيبٍ

,dia kata nabi,meminang,tapi untuk,Julaibib,, dia kata, .

 فَقَالَتْ  kata isteri dia

أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟ أَجُلَيْبِيبٌ إنية ؟

dia ulang tiga kali, bini dia kata, si julaibib ke?3x

Padahal nama Julaibib,,di madinah ni ada sorang tu je nama Julaibib

؟ لَا . لَعَمْرُ اللهِ لَا نُزَوَّجُهُ .

Janganlah…Kalau nak bagi menikah anak aku dengan si Julaibib,, baik tak payah

. فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ

bila dah begitu,keputusan,bini dia, yang suami ni pun dah dengar,macam tu nampak,muktamadlah,tak terimalah pinangan nabi tu,maka bangkit dia ni,

لِيَأْتِيَ رَسُولَ اللهِ ﷺ فِيُخْبِرَهُ بِمَا قَالَتْ أُمُّهَا

dia pun bangkit rancang nak pergi jumpa nabi balik,nak  bagitau kata,cancel tak jadi, Tapi kalau untuk nabi,tak payah tanya bini,dia buat keputusan boleh,tapi kalau untuk Julaibib,,nak  kena tanya bini dulu., macam kita lah, dah kalau tak berkenan, dan2 je bagi alasan nak bagi anak habis mengaji dulu, umur dah 30 dah.

bapak ni bangkitnak pergi jumpa nabi,nak  bagitahu kepada nabi,saw,,kata,tak terima,pinangan nabi untuk,zulaibib ni,

قَالَتِ الْجَارِيَةُ

anak dara,duk dalam bilik tu,duk curi dengar,mak ngan ayah duk sembang,kata orang mainak minang dia,dia duk curi dengar

قَالَتِ الْجَارِيَةُ

anak dara ni pun bersuara,dia kata,dia Tanya ayah,dia ngan mak dia,

: مَنْ خَطَبَنِي إِلَيْكُمْ ؟

siapa dia yang meminang saya ni? Mak dia kata, “Pak  kamu ni buat suspend balik, datang bagitahu kata nabi meminang. Mak punya seronok, last last si Julaibib yang meminang kamu. 

؟ فَأَخْبَرَتْهَا أُمُّهَا فَقَالَتْ : أَتَرُدُّونَ عَلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ أَمْرَهُ ؟

Kata anak dara ni, “Awat mak dengan ayah, nak  tolak, nak  bantah perintah nabi saw?
Dalam hadis cerita,kata anak dara,kepada pasangan ini,lawa, cantik jugak,menjadi perhatian,ramai orang,tiba tiba nabi nak pergi padankan dia dengan,Julaibib,,,bila mak dengan Pak buat keputusan,kata kalau,Julaibib,,,no,no way,aku tak mahu terima,Julaibib,,,jadi menantu aku,dan aku tak mahu jadi,Pak mentua,mak mentua,Julaibib,,,tiba tiba,anak ni,kata apa? dia kata ayah dengan mak,nak  tolak pinangan, bermakna nak membantah,perintah nabi,saw? dia kata,

ادْفَعُونِي

Bawa saya pergi dekat nabi,dia kata,kerana,saya pasti, saya yakin, nabi saw tidak akan menyebabkan saya jadi sengsara,dia tahu siapa,Julaibib, ni,dia tahu,betapa tak berkenannya orang madinah kepada Julaibib, ni,tapi oleh kerana, yang mai,meminang untuk Julaibib, ni,adalah nabi saw,!

dia kata,mak ayah,saya yakin,sepenuh hati,nabi saw,,bila dia meminang saya untuk,Julaibib,,,nabi saw,,langsung,tidak ada ingat nak sengsarakan hidup saya,

فَانْطَلَقَ أَبُوهَا إِلَى رَسُولِ اللهِ ﷺ فَأَخْبَرَهُ

Pak dia pun,tergamam anak berkata macam tu,macam mana,dalam hati,dia begitu hormat kepada nabi,macam mana dalam hati,isteri dia begitu besar,hormat kepada nabi,Cuma bila dengar nama,Julaibib, ni,menyebabkan mereka  terlupa sekejap hormat kepada nabi ni, jadi anak dia peringat balik. Si bapak ni bila dengar macam tu jadi tergamam,dia pun bangkit,tak kata apa,terus keluar pergi jumpa,nabi saw,,pi cerita,dekat nabi,saw,,apa Yang jadi,dan Pak,dia kata,

: شَأْنَكَ بِهَا :,Pak dia kata saya,serah urusan ni kepada tuan,

فَزَوَّجَهَا جُلَيْبِيبًا  maka dikahwin budak perempuan ni dengan Julaibib.

Kata Abu Barzah  Yang meriwayatkan hadis ini,ini dia masuk chapter dua,dah tadi,chapter satu,chapter dua kata,Abu Barzah ,

satu hari,nabi saw, keluar perang

: فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فِي غَزْوَةٍ لَهُ

Dalam syarah hadis dia cerita, Julaibib walaupun ramai orang tak berkenan ni dia ni, kalau ada panggilan perang, dia ni akan sebaris sama dengan nabi, dia ni yang orang tengok tak berkenan, kalau datang panggilan jihad, dia duduk depan sekali.

Itu sebab nabi kata dekat dia, kamu tak kacak, orang tak berkenan dekat kamu  nabi kata aku nak bagitahu dekat kamu  dalam riwayat abu yaala, nabi kata aku nak bagitahu dekat kamu yang Allah berkenan dekat kamu! 

kata Abu Barzah ,

: فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فِي غَزْوَةٍ لَهُ

Satu hari nabi keluar berperang, bila perang,selesai,

قَالَ : فَلَمَّا أَفَاءَ اللهُ عَلَيْهِ قَالَ لِأَصْحَابِهِ

Selesai perang semua, nabi bangkit berdiri nabi kata dekat sahabat

: هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟

nabi kata Cuba kamu, tengok balik,

Ada tak siapa siapa,daripada,kawan kawan kita,Yang tak dak,nak  tahu siapa Yang terkorban,

قَالُوا : نَفْقِدُ فُلَانًا وَنَفْقِدُ فُلَانًا 

sahabat,sahabat,duk bagi report,sekian nama yang dah gugur syahid,sekian sekian,duk bagi laporan dekat nabi,

. قَالَ : انْظُرُوا هَلْ تَفْقِدُونَ مِنْ أَحَدٍ ؟

habis laporan semua,nabi Tanya soalan Yang sama,nabi kata,Cuba tengok lagi sekali,Ada tak dak,siapa siapa,daripada,sahabat,kita yang hilang

قَالُوا : لَا

sahabat,sahabat kata tak dak dah,semua hak gugur kami cerita belaka dah kami sebut nama,belaka dah, kemudian nabi kata,

. قَالَ : لَكِنِّي أَفْقِدُ جُلَيْبِيبًا

tapi aku kehilangan,Julaibib,

Tuan tuan, nabi duk sebut takde sorang pun duk teringat nak sebut nama Julaibib

punya tak pentingnya dia ni sampai orang tak perasan dia. nabi Tanya,kamu, check balik siapa Yang tak dak,mereka  duk sebut nama sekian sekian…,nabi kata unzuru, pergi pi check lagi sekali,pi tengok,lagi sekali, Ada tak dak siapa siapa lagi,mereka  kata tak dak,bila mereka  kata tak dak,nabi kata,aku kehilangan,Julaibib,,,bila nabi sebut,nama dia,

قَالَ : فَاطْلُبُوهُ فِي الْقَتْلَى

Baru pakat,pakat pergi cari,lagi sekali,di kalangan orang orang Yang mati ni, قَالَ : فَاطْلُبُوهُ kata Abu Barzah ,maka jumpalah mayat dia ni

قَالَ : فَطَلَبُوهُ فَوَجَدُوهُ إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ .

Pergi-pergi cari mayat dia, duduk ada tujuh mayat musuh di keliling dia, bermakna, dia berjaya membunuh tujuh musuh yang ada di keliling dia,

 ثُمَّ قَتَلُوهُ Kemudian dia dibunuh oleh musuh, tu dia, punya beraninya dia ni, jumpa mayat dia di keliling musuh yang mati, mereka  tengok-tengok dia seorang di keliling 7 orang.

فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ! هَا هُوَ ذَا إِلَى جَنْبِ سَبْعَةٍ قَدْ قَتَلَهُمْ ثُمَّ قَتَلُوهُ

Mereka kata ni dia jenazah julaibib,di keliling dia Ada tujuh musuh,dan dia juga mati di tengah tengah, kemudiannya dia dibunuh,

. فَأَتَاهُ النَّبِيُّ ﷺ فَقَامَ عَلَيْهِ

nabi mai tengok,berdiri di tepi mayat dia,

فَقَالَ : قَتَلَ سَبْعَةً وَقَتَلُوهُ

nabi kata betul,dia bunuh,tujuh orang musuh,kemudiannya dia dibunuh,

، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ ، هَذَا مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ . مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا

nabi kata,aku daripada dia,dia daripada,kalangan aku, maknanya nabi iktiraf dia,nabi endorse,dia ni sebagai satu orang Yang istimewa,di sisi,Allah  swt,,

. ثُمَّ وَضَعَهُ رَسُولُ اللهِ ﷺ عَلَى سَاعِدَيْهِ

nabi pangku,mayat dia di atas tangan nabi,tuan tuan,bukan senang,nak  dapat,macam tu,nabi pangku,mayat dia ni di atas tangan nabi,

وَحُفِرَ لَهُ

nabi suruh mereka  gali liang lahad untuk dikebumikan dia, selagi liang tidak siap digali, selagi tu nabi,duk pangku dia,dan ini satu penghormatan oleh nabi.

مَا لَهُ سَرِيرٌ إِلَّا سَاعِدَا رَسُولِ اللهِ ﷺ

badan dia,dengan badan nabi,tidak Ada,berlapik,apa apa kain,melainkan,nabi punya kulit,berlaga kulit dia ketika itu.

، ثُمَّ وَضَعَهُ فِي قَبْرِهِ

nabi turun,dalam liang dukung,mayat dia letak,

، وَلَمْ يُذْكَرْ أَنَّهُ غَسَّلَهُ

dan hadis tidak menceritakan mayat dia dimandikan,maknanya dia mati,syahid,

. قَالَ ثَابِتٌ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا

kata sabit seorang lagi,rawi hadis ni,sepeninggalan,matinya,Julaibib, ini,isteri dia tadi ni,tidak ada seorang wanita, janda daripada kalangan Ansar, yang lebih kuat menderma dan bersedekah, lebih daripada isteri Julaibib. Sepeninggalan Julaibib, isteri dia ni jadi kaya, dan dia bersedekah tak berhenti,

. وَحَدَّثَ إِسْحَاقُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ثَابِتًا قَالَ : هَلْ تَعْلَمْ مَا دَعَا

dia kata, kamu tahu dak,kata nabi,saw, pernah berdoa untuk isteri Julaibib, dulu

؟ قَالَ : اللهُمَّ صُبَّ عَلَيْهَا الْخَيْرَ صَبًّا ،

Dia ni kata apa? Aku pernah dengar, nabi doa kepada isteri Julaibib ini, “Ya Allah ya tuhanku, berikanlah kebaikan yang melimpah ruah kepada isteri Julaibib ini”, nabi pernah doa dekat dia pasal apa,mengenangkan iman dia yang tinggi.

وَلَا تَجْعَلْ عَيْشَهَا كَدًّا كَدًّا

Dan nabi kata “Ya Allah ya tuhanku, janganlah engkau beri kepada perempuan ini kehidupan yang sempit sama sekali”. Dan berkat doa nabi saw, dia hidup senang lenang, rezeki murah, tak tahu dari mana punca jadi kaya, setelah syahidnya Julaibib, dia menjadi seorang janda yang kaya, dan sentiasa bersedekah harta benda dia.

. قَالَ : فَمَا كَانَ فِي الْأَنْصَارِ أَيِّمٌ أَنْفَقَ مِنْهَا

Lagi sekali, Abu Barzah  kata tidak ada di kalangan janda-janda yang ada di Madinah pada masa itu daripada kalangan Ansar yang kuat bersedekah lebih daripada isteri Julaibib ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, kesimpulan daripada hadis yang kita baca,

Yang pertama, paras rupa bukan ukuran di sisi Allah swt,

Yang kedua, keimanan dan keyakinan kepada Allah dan rasul pasti akan membuahkan hasil yang terbaik. Kita percaya betul kepada Allah, kepada al Quran dan kepada Rasul, kepada hadis, hasilnya pasti yang terbaik.

Yang ketiga Allah menghargai Julaibib kerana keberanian dia dan semangat jihad dan Allah menghargai isteri Julaibib, kerana keimanan dia kepada Allah swt. Bukti kata Allah dan rasul menghargai Julaibib, bukti dia apa? Nabi pangku mayat dia sampai selesai dikebumikan nabi turun dalam liang, kebumikan dia, bukti,dia diiktiraf Allah dan rasul dan bukti kata, Allah dan rasul menghargai isteri dia apa, sampai akhir hayat dia orang bagus, rezeki murah, dan murah bersedekah.

Pengajaran Yang keempat,jangan buruk sangka,kepada Allah dan rasul,tak boleh,tak boleh,buruk sangka,tak boleh,duk ingat,sikit pun dalam hati kita,kata Allah,suruh kita buat satu benda Yang akibat dia tak bagus,tak boleh,dalam quran,tiga puluh juzuk,enam ribu ayat lebih tu jangan Ada,teringat,dalam hati kita,mana mana satu ayat,Yang tak sesuai hari ini,jangan Ada ingat macam tu itu,buruk sangka dengan Allah,tak boleh,

Yang kelima,rumah tangga,akan bahagia,kalau sekiranya,dibajai,dengan ilmu,dengan iman,dan dengan agama.

Wallahu a'lam.

Sunday, August 10, 2025

Kuliah Subuh: Tajuk: Kisah Sahabat Lanjut Usia dan Ketekunan Mereka


Oleh: Mohd Azlan bin Kahlid

Mukadimah: Pembuka Bicara & Pengerak Minda (5 Minit)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, dan para sahabatnya.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul di rumah Allah yang mulia ini, pada waktu subuh yang penuh keberkatan. Pagi ini, marilah kita sama-sama merenung dan mengambil pengajaran daripada kisah para sahabat yang gigih beramal dan berdakwah walaupun di usia tua.

Kita sering beranggapan bahawa amal ibadah itu adalah tugas orang muda yang masih bertenaga. Namun, Islam mengajar kita sebaliknya. Usia bukan penghalang, sebaliknya ia adalah fasa emas untuk kita mengumpul bekalan. Marilah kita buka minda dan hati, untuk mendalami bagaimana para sahabat, di usia senja mereka, tetap bersemangat dan tidak pernah lelah.


Bahagian 1: Janji Allah dan Motivasi Iman (10 Minit)

Saudara dan saudari sekalian, di usia ini, apa yang paling kita harapkan? Tentunya keredhaan Allah dan keampunan-Nya. Allah SWT telah memberikan kita jaminan yang sangat istimewa, iaitu janji-Nya yang termaktub dalam hadis Qudsi.

Maksud Hadis Qudsi

Hadis Qudsi ialah hadis yang isinya (makna) berasal daripada Allah SWT, tetapi lafaznya (susunan perkataan) datang daripada Nabi Muhammad SAW.

Untuk memudahkan pemahaman, mari kita pecahkan definisinya:

1.     Makna dari Allah: Kandungan atau mesej utama dalam hadis ini adalah wahyu dari Allah. Allah SWT yang memberitahu Nabi Muhammad tentang sesuatu perkara, sama ada melalui ilham atau cara lain.

2.     Lafaz dari Nabi: Walaupun maknanya datang dari Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri yang menyusun perkataan untuk menyampaikannya kepada umat. Ini berbeza dengan al-Quran, di mana lafaz dan maknanya kedua-duanya datang terus dari Allah.

Perbezaan Hadis Qudsi dengan Al-Quran dan Hadis Nabawi

Untuk lebih faham, mari kita bandingkan dengan dua jenis wahyu lain:

·         Al-Quran:

o    Makna dan lafaz keduanya datang dari Allah SWT.

o    Ia adalah mukjizat Nabi SAW.

o    Membacanya adalah ibadah, setiap huruf diberi pahala.

o    Disampaikan melalui Jibril a.s. secara lafaz.

o    Hukumnya wajib dipercayai dan diamalkan.

o    Tidak boleh diubah atau diterjemahkan sesuka hati.

·         Hadis Nabawi:

o    Makna dan lafaz keduanya datang daripada Nabi Muhammad SAW sendiri.

o    Kandungan hadis ini adalah hasil daripada pemahaman Nabi tentang wahyu, tindakannya, atau persetujuannya terhadap sesuatu.

o    Membacanya tidak dianggap sebagai ibadah khusus seperti membaca al-Quran.

o    Hukumnya sunnah untuk diamalkan.

·         Hadis Qudsi:

o    Maknanya datang daripada Allah SWT.

o    Lafaznya datang daripada Nabi Muhammad SAW.

o    Bukan mukjizat.

o    Membacanya tidak dianggap ibadah seperti al-Quran.

o    Contoh cara penyampaian: Nabi SAW bersabda, "Allah Taala berfirman..." atau "Allah berfirman..."

 

Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Allah SWT berfirman:

 النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

 قالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى:

 «يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ ما دَعَوْتَنِي ورَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ علَى ما كانَ مِنْكَ ولا أُبَالِي،

 يَا ابْنَ آدَمَ، لو بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ، ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي، غَفَرْتُ لَكَ، ولا أُبَالِي،

 يَا ابْنَ آدَمَ، إنَّكَ لو أتَيْتَنِي بقِرَابِ الأرضِ خَطَايَا، ثُمَّ لَقِيتَنِي لا تُشْرِكُ بي شيئًا، لَأَتَيْتُكَ بقِرَابِهَا مَغْفِرَةً»

"Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau meminta kepada-Ku dan mengharapkan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkanmu atas apa yang ada padamu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan seluas langit."

Hadis ini adalah suntikan semangat yang paling besar. Ia memberitahu kita bahawa walau setinggi mana pun dosa yang kita lakukan di masa lalu, peluang untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya sentiasa terbuka. Ini adalah janji yang hanya dimiliki oleh umat Nabi Muhammad SAW.

Pengajaran: Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Walau sudah berusia, pintu taubat dan peluang untuk beramal soleh sentiasa terbuka luas.


Bahagian 2: Ketekunan Saidina Abu Bakar dan Amalan Sunnah (15 Minit)

Mari kita telusuri kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau memeluk Islam di usia yang matang. Walaupun sudah berusia, ketekunan dan kesetiaan beliau kepada Islam tidak dapat disangkal.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, beliau diangkat menjadi khalifah. Bayangkan, di usia senja, beliau memikul tanggungjawab yang sangat berat. Cabarannya pelbagai; ada yang murtad, ada yang enggan membayar zakat, dan ada yang mengaku nabi. Namun, Saidina Abu Bakar tetap cekal. Beliau tegas mempertahankan ajaran Islam dan tidak berkompromi dengan sebarang penyelewengan.

Amalan Sunnah yang Boleh Diambil dari Kisah Beliau:

1.     Istiqamah dalam ketaatan: Abu Bakar sentiasa istiqamah dalam solat, puasa, dan zakat. Beliau juga terkenal dengan puasa sunat Isnin dan Khamis serta solat Dhuha.

2.     Membaca Al-Quran: Beliau sangat gemar membaca Al-Quran. Bahkan, beliau menangis setiap kali membacanya kerana terlalu meresapinya. Kita juga boleh mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari, walau hanya satu ayat, dan berusaha memahami maknanya.

3.     Sedekah Subuh: Abu Bakar sangat prihatin terhadap fakir miskin. Beliau gemar bersedekah, terutamanya pada waktu subuh. Amalan ini bukan sahaja membersihkan harta, tetapi juga memberi keberkatan dan mendatangkan rezeki.

 

Dalil Al-Quran:

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 100:

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلْأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَـٰجِرِينَ وَٱلْأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَـٰنٍۢ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى تَحْتَهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًۭا ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ ١٠٠

"Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."

Ayat ini adalah pengiktirafan Allah terhadap para sahabat, termasuk Saidina Abu Bakar, yang gigih berjuang dan beramal hingga ke akhir hayat.

Pengajaran: Walau di usia tua, tanggungjawab berdakwah dan menjaga agama tidak pernah gugur. Ia memerlukan kekuatan iman, pendirian yang teguh, dan amalan yang berterusan.


Bahagian 3: Semangat Berjihad di Usia Senja dan Amalan Hati (15 Minit)

Semangat berjihad di jalan Allah tidak terbatas kepada golongan muda yang gagah perkasa sahaja. Para sahabat yang telah lanjut usia juga mempunyai semangat yang sama.

Mari kita lihat kisah Amr bin Jamuh RA. Beliau seorang yang tempang kakinya. Ketika Perang Uhud, anak-anaknya menghalang beliau daripada turut serta kerana keadaannya. Namun, Amr bin Jamuh pergi mengadu kepada Rasulullah SAW, memohon agar diizinkan berjihad. Apabila melihat kesungguhan beliau, Nabi SAW mengizinkannya. Amr bin Jamuh akhirnya gugur syahid dalam perang tersebut.

Amr bin Jamuh RA adalah seorang pembesar di Madinah daripada suku Bani Salamah. Sebelum memeluk Islam, beliau terkenal sebagai seorang yang dermawan dan disegani. Kisah keislaman beliau juga unik, di mana anak-anaknya yang telah memeluk Islam membuang berhalanya ke dalam lubang najis, sehingga beliau sedar bahawa berhala yang disembahnya tidak mampu melindungi dirinya sendiri.

Namun, kisah yang paling masyhur tentang beliau adalah semangat jihadnya semasa Perang Uhud.

Semangat Berjihad di Usia Tua dan Keadaan Fizikal

Amr bin Jamuh RA sudah berusia tua ketika Perang Uhud berlaku. Selain itu, beliau mempunyai kecacatan fizikal, iaitu kakinya tempang. Menurut syariat Islam, orang yang mempunyai keuzuran fizikal seperti ini tidak diwajibkan untuk keluar berjihad.

Namun, semangat Amr bin Jamuh sangat berkobar-kobar. Beliau melihat anak-anaknya sedang bersiap sedia untuk berperang, dan keinginan untuk mati syahid di jalan Allah membuak-buak di dalam hatinya.

Rayuan kepada Rasulullah SAW

Anak-anaknya, atas dasar kasih sayang, melarang beliau daripada menyertai perang. Mereka berhujah bahawa Allah telah memberikan keringanan (rukhsah) kepadanya untuk tidak keluar berperang.

Mendengar larangan tersebut, Amr bin Jamuh tidak berputus asa. Beliau terus berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berkata,

"Ya Rasulullah, anak-anak saya menghalang saya daripada keluar berperang. Demi Allah, saya ingin melangkah dengan kaki tempang saya ini di dalam syurga."

Nabi SAW pada mulanya memberitahu beliau bahawa Allah telah memberikannya kelonggaran. Namun, apabila melihat kesungguhan dan keikhlasan Amr bin Jamuh, Nabi SAW membenarkan beliau untuk turut serta. Nabi SAW juga berpesan kepada anak-anaknya, "Janganlah kamu menahannya, semoga Allah kurniakan syahid kepadanya."

Doa dan Pengorbanan

Sebelum keluar ke medan perang, Amr bin Jamuh menghadap kiblat dan berdoa dengan penuh harapan,

"Ya Allah, kurniakanlah aku mati syahid dan janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku dalam keadaan putus asa (hidup)."

Beliau kemudian terjun ke medan tempur dengan semangat yang luar biasa, sehingga akhirnya gugur syahid di jalan Allah. Jenazahnya ditemui bersama-sama dengan jenazah Abdullah bin Amr bin Haram, dan mereka dikuburkan dalam satu liang lahad atas permintaan Nabi SAW kerana mereka saling mengasihi.

 

Hadis Nabawi:

Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada setiapnya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah atas apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah, dan janganlah kamu berputus asa."

Hadis ini membuktikan bahawa Allah mencintai hamba-Nya yang mempunyai semangat dan kesungguhan yang tinggi dalam beribadah. Kekuatan iman dan semangat itu lebih penting daripada kekuatan fizikal.

Amalan Sunnah yang Boleh Diambil dari Kisah Beliau:

1.     Menjaga Solat Sunat: Nabi SAW sangat menekankan tentang solat-solat sunat, seperti solat rawatib, tahajud, dan solat sunat taubat. Amalan ini dapat melengkapkan kekurangan dalam solat fardhu kita.

2.     Berzikir dan Berselawat: Zikir dan selawat adalah amalan yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja. Ucaplah "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar" dan berselawat ke atas Nabi. Amalan ini dapat menenangkan hati dan mendapat pahala yang besar.

3.     Memperbanyakkan Doa: Doa adalah senjata orang mukmin. Lazimkan berdoa, terutamanya pada waktu mustajab seperti selepas solat, pada sepertiga malam terakhir, dan di antara azan dan iqamah. Doalah untuk keampunan, kesihatan, dan Husnul Khatimah.

Pengajaran: Ketekunan dalam beramal bermula dari hati yang ikhlas dan niat yang lurus. Apabila hati sudah kuat, tiada apa yang dapat menghalang kita daripada beramal.


Bahagian 4: Penutup & Rumusan (15 Minit)

Saudara dan saudari yang dikasihi, kisah-kisah ini adalah bukti nyata bahawa usia bukanlah penghalang untuk beramal. Malah, ia adalah fasa emas untuk kita memperbanyakkan amalan sebagai bekalan menuju akhirat.

Mungkin kita tidak lagi mampu berjihad di medan perang seperti para sahabat, tetapi kita masih boleh berjihad melawan hawa nafsu dan syaitan.

Mungkin kita tidak mampu berpuasa seperti orang muda, tetapi kita masih boleh bersedekah jariah, membaca Al-Quran, dan berzikir.

Mungkin kita tidak mampu berdiri lama dalam solat, tetapi kita masih boleh merendahkan diri di hadapan Allah dengan khusyuk dan tawaduk.

Marilah kita jadikan sisa-sisa usia ini sebagai kesempatan terbaik untuk kembali kepada Allah, memohon ampun, dan memperbanyakkan amalan soleh. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang istiqamah hingga ke akhir hayat.

Amalan Penutup yang Boleh Diamalkan:

  • Berkasih Sayang dan Eratkan Silaturahim: Di usia ini, jagalah hubungan baik dengan keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai. Mengukuhkan silaturahim adalah amalan yang disukai Allah dan Rasul.
  • Mencari Ilmu: Walaupun sudah berusia, jangan pernah berhenti menuntut ilmu. Hadirlah ke majlis-majlis ilmu, bacalah buku-buku agama, dan dengarlah ceramah.
  • Membanyakkan Istighfar dan Taubat: Mohonlah ampun kepada Allah setiap hari. Kata Rasulullah SAW, "Aku beristighfar seratus kali dalam sehari."

Akhir kata, marilah kita muhasabah diri, apakah amalan yang kita lakukan hari ini lebih baik daripada semalam?

Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 


Monday, July 21, 2025

HADIS : Doa Memohon Ketetapan Hati


Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: "Adapun Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam banyak membaca:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: "Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu."

(Hadis Riwayat at-Tirmizi no. 2140)

Motivasi: 

Hadis ini menunjukkan kerendahan hati Nabi Muhammad SAW yang sentiasa memohon ketetapan hati, walaupun baginda seorang yang maksum. Ini menjadi motivasi bagi kita untuk sentiasa berdoa memohon ketetapan hati dan jiwa agar tidak mudah goyah oleh ujian dan godaan dunia, serta sentiasa berada di jalan kebenaran.