Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 31, 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

DOA PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2023

Bismillahirrahmanirrahiim,
Alhamdulillahi robbil 'alamin wassholatu wassalamu 'ala rasulillah wa'ala aalihi wa ashabihi ajma'in.

Ya Allah,
Pada pagi yang mulia ini,kami menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk menjayakan PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAIWP TAHUN 2022

Ya Allah Ya Fa’alun Lima Yurid
Kami dengan rendah hati menadah tangan/ memohon doa restu daripadaMu,limpahkanlah rahmat dan hidayah dari sisiMu, agar kami sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu. Permudahkanlah urusankami dan berkatilah majlis ini. Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami laksanakan ini akanmendapat kejayaan dalam keredhaan, taufik serta inayahMu.

Ya Hayyu Ya Wakil
Kami memohon perlindungan daripada-Mu dari rasa keluh kesah dan kecewa, sikap lemah, malas dan sambil lewa serta hilang tumpuan dalam melaksanakan kewajipan perkhidmatan /  yang telah kami terima taklifan dipertanggungjawabkan.

Bimbinglah kami ya Allah, untuk membentuk citra identiti penjawat awam berintegriti, dengan menjauhi perbuatan rasuah, meletakkan nilai yang luhur  dan moral yang telus dan tulus, yang menjadikannya perkara yang pertama dan utama dalam penyampaian perkhidmatan kami  sebenar-benarnya 

Ya Allah kurniakanlah dalam diri kami, hati-hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu dalam setiap pekerjaan kami.

Jadikanlah kami semua sentiasa berusaha dengan gigih/ dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi/ dalam pelbagai bidang / mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, dedikasi dan penuh berintegriti/dalam mentransformasi MAIWP,ummah dan negara ini ke arah yang lebih unggul dan cemerlang.
 
اللهم أرنا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتباعه وَأَرِنَا الْبَاطِلَ باطلاً وَارْزُقْنَا اجتنابه

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wassallahu ala saidina Muhammad waala alihi wasohbihi wasallam walhamdulillahi rabbil alamin

No comments:

Post a Comment