YBhg Tuan Imam , bilal, Jawatankuasa Masjid
Nahdah Al Islam, Ybrs Tn Hj Malik, ahli kariah muslimin muslimat sekalian
Assalamualaikum
wbt
Alhamdulillah,
marilah sama2 kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah swt di atas nikmat
iman dan Islam serta jutaan nikmat yang mengizinkan kita berkumpul dalam satu
majlis ilmu pagi ini.
Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, tajuk tazkirah kita pada pagi
ini ialah “ketenangan yang hakiki”yang saya rangkumkan kupasan daripada kitab
Al Iman Wal Hayah karangan Almarhum Prof Dr Yusuf Al Qardhawi rh. Tajuk yang
Nampak ringan tetapi natijah kepada kehidupan kita sangat memberikan kesan yang
besar. Perkataan ketenangan juga boleh dikaitkan dengan perihal keamanan,
ketenteraman,bahagia lawannya runsing gelabah, huru-hara. Kata pengarang,
ketenangan atau kebahagiaan itu merupakan syurga impin setiap orang dan tidak
ada seorangpun yang menginginkan kesengsaraan dalam hidupnya.
Tuan puan yang dirahmati Allah swt, saya mulakan sesi ini dengan sama2
menghayati pesan Nabi saw di dalam sebuah hadis yang berbunyi:
مَنْ كَانَتْ
الدّنْيَا هَمَّهُ فَرّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ
عَيْنَيْهِ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا كُتِبَ لَهُ وَمَنْ
كَانَتْ الآخِرَةُ نِيّتَهُ جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي
قَلْبِهِ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ
Tuan puan yang dirahmati
Allah swt,
Ketenangan adalah sifat fitrah manusia maka ia
boleh dimiliki oleh semua orang tanpa mengira bangsa atau agama. Namun,
ketenangan pada peringkat fitrah adalah bersifat sementara. Mungkin di awalnya
ia merasakan nikmat, kemudian berangsur2 hilang diganti dengan perasaan
gelisah, dan rasa bimbang. Fitrah kemanusiaan itu kosong, tidak dapat diisi
dengan mendapatkan ilmu semata-mata.
Ramai orang mencari bahagia, tetapi yang ditemuinya
kekecewaan dalam hidupnya kerana yang diinginkannya ialah kebendaan dan
keseronokan dunia untuk memenuhi kehendak nafsunya. Apakah kebahagiaan itu
terletak pada mengumpulkan harta benda, kekayaan dan harta,pakaian makan minum
kediaman dan kenderaan? Tapi kadangkala yang dah serba serbi cukupnya pun masih
belum bahagia dalam hidupnya. Malah, manusia yang demikian senangnya serba
serbi cukupnya, masih hidup susah, berkeluh kesah, mengeluh dan kesal serta ada
yang berputus asa sehinggakan ada yang membunuh diri lantaran merasakan sulit
dan kepayahan hidupnya. Pengarang membuat kesimpulan kenyataan bahawa rahsia di
sebalik kesusahan dan kegelisahan itu hanya satu, iaitu ketiadaan iman.
Maka di sini timbul
persoalan, “mengapakah orang beriman lebih berhak merasakan ketenangan jiwa dan
ketenteraman hati?” sedangkan secara logiknya manusia boleh merasakan kedamaian
jiwa apabila dia bijak menguruskan pembahagian tugas dengan masa yang ada
padanya, tidak kira sama ada dia seorang Islam ataupun bukan. Mengapa orang
yang tidak beriman tidak boleh memiliki ketenangan atau kedamaian jiwa yang
hakiki?
Jawapannya hanyalah iman
yang dapat memancarkan ke dalam hati manusia sumber sumber kebahagiaan, kerana
orang yang beriman itu ialah apabila memiliki sifat redha, maka dia akan
menerima segala ketentuan dengan ikhlas. Umpamanya jika dia kehilangan insan
yang dia sayang dalam hidupnya, dan dia redha, nescaya ketenangan hadir pada
dirinya, dan dia tidak merungut atau menyesal malah insaf akan tujuan hidupnya.
Tenang itu bukan
terletak pada fizikal tubuh badan kita, tetapi tenang itu letaknya di hati.
Tetapi ketenangan di hati juga tidak akan tercapai jika fizikal tubuh badan
kita tidak tenang.
Tenang dalam solat
ertinya khusyuk. Makanya ketenangan dalam solat tidak akan tercapai sekiranya
banyak pergerakan kita dalam solat.
Mana mungkin kalau kita
tengok raut wajah orang yang stress, muka
Nampak macam nak marah, buat kerja kelam kabut, sampai kesihatan pun
terjejas tiba-tiba dia kata takpelah janji hati saya tenang. Sebenarnya Hati
yang tenang akan membuatkan tubuh badan kita tenang, fikiran kita tenang,
ucapan kita tenang, hidupnya tenang. Maka penting sekali kita melatih tubuh
badan kita,pancaindera kita untuk tenang. Ni tidak, nak pergi solat masuk
masjid pun berlari nak kejar imam sebelum rukuk, tak perlu pun tuan tuan, tak
perlu pun kita nak tergesa-gesa.
Di satu sisi yang lain pula Imam Hassan
Al-Banna mengatakan bahawa “Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang ada.”
Banyak urusan kerja yang tidak selesai menyebabkan kita tidak tenang.
logiknya, apabila berhadapan dengan
banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan tentulah seseorang
itu sukar untuk mempunyai jiwa yang tenang. Selagi tanggungjawab tersebut tidak
diselesaikan secara lumrahnya agak mustahil untuk dia merasa tenang. selagi
manusia itu tidak berhenti bernafas, selagi itulah masih wujud perkara yang
perlu difikirkan dan nak diselesaikan. Maka di sini timbul persoalan,
bagaimanakah seseorang manusia boleh memiliki ketenangan jiwa? Dalam kitab
karangan almarhum Dr Yusuf Al Qardhawi yang terkenal iaitu fiqhu awlawiyat ada
menerangkan dengan berkesan bagaimana sesebuah keutamaan tugasan itu perlu
difahami oleh seorang muslim, antaranya mendahulukan perkara yang sangat
penting, kemudian perkara penting, kemudian perkara kurang penting. Contoh
orang nak buat majlis kahwin, booking jurunikah dulu ke cari dewan? Dua dua
penting tapi mendahulukan yang lebih penting bergantung kepada situasi.
Adakah harta kekayaan, kemasyhuran atau
segala nikmat yang wujud di dunia ini boleh menjadi mekanisme alat yang baik
bagi seseorang manusia dapat memiliki ketenangan jiwa? Sebenarnya, semuanya ini
memang memungkinkan. Sebab itu ada pepatah kata, duit bukan segala-galanya tapi
segala2nya memerlukan duit.
Simbolik pada makna ketenangan hakiki ialah ketenangan
jiwa. Jiwa yang sentiasa tenang tidak akan gelisah, bimbang atau,takut,malah
dia sabar dan redha apabila berdepan dengan musibah, dan jiwa yang tenang akan
melahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima nikmat dan
pemberian dari Allah s.w.t. (Tanya apa itu anxiety)
Ketenangan jiwa itu adalah sesuatu yang disimpan oleh Allah
untuk diberikan kepada orang-orang pilihanNya. Ketenangan jiwa atau nafs
mutmainnah ialah tingkatan kerohanian insan paling tinggi. Jiwa yang
tenang akan lahir apabila seorang yang beriman kepada Allah s.w.t itu kekal istiqamah
melakukan kebaikan amal salih, dan menjauhkan diri dari melakukan atau mendekati
perkara-perkara kemungkaran. Allah taala berfirman:
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan
sugguh rugi orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams: 7-10)
DEMO AIR SIRAP
Dan ciri-ciri istimewa yang pasti
dimiliki oleh mereka yang beriman, dia tiada konflik dalam diri mereka antara
istilah “jikalau” dan “seandainya”. Kalau kita sering menyalahkan takdir,
Pengeluhan dan kekecewaan adalah punca
utama mengapa manusia lazimnya terhalang jauh dari memiliki ketenangan
jiwa.
Seterusnya tuan puan,
Ketenangan adalah keadaan yang
dialami jiwa yang telah suci dari kotoran-kotoran duniawi. Ketenangan adalah bahagian
dari kebahagiaan yang hakiki. Ia muncul saat seorang hamba dekat kepada Allah.
Tidak ada satu pun hal di dunia ini yang membuat jiwa kita tenang kecuali Allah
Swt. Bahkan Allah telah mengingatkan kita dalam firmanNya (QS. Ar-Ra’d: 28)
Salah seorang ulama
salaf berkata, “Sungguh kasihan orang-orang yang cintakan dunia, mereka (pada
akhirnya) akan meninggalkan dunia ini, padahal mereka belum merasakan
kenikmatan yang paling besar di dunia ini”. Maka ada yang bertanya, “Apakah
kenikmatan yang paling besar di dunia ini?” Ulama ini menjawab, “Cinta kepada Allah, merasa tenang ketika
mendekatkan diri kepada-Nya, rindu untuk bertemu dengan-Nya, serta merasa
bahagia ketika berzikir dan mengamalkan ketaatan kepada-Nya”.
(Dinukil oleh imam Ibnul Qayyim dalam kitab “Igaatsatul lahfaan”, 1/72)
- 1) Qiraatul Quran Bit tadabbur ( kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati.)
- 2)
Qiyamullail
- 3)
Kasrotul istighfar
- 4)
Mujalasati solihin (Duduk
Bersama para solihin)
- 5)
Khola ul bathon (kurangkan
makan)
Allah swt mengajarkan bahawa kebahagian,
ketenangan di dunia yang disebut kehidupan yang baik hanyalah akan diperoleh
dengan keimanan dan amal perbuatan yang baik sebagaimana firmanNya di dalam
surah an Nahal : 97
مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ
أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ
أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Ertinya: Barangsiapa mengerjakan kebajikan,
baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala
yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
Akhir sekali sebelum menutup sesi
tazkirah ini, kesimpulannya – Apabila kita Menyerah Kepada Setiap Takdir Allah
Bukanlah ianya Sifat Pengecut, Tetapi Yakin Ada Kebaikan Yang Menunggu
Dihujung Jalan
Berdamai
dengan takdir Allah akan membawa
ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
La haula wala quwwata illa billah”
–
Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum wrb
No comments:
Post a Comment