Kembali Ke Laman Utama

Showing posts with label Zakat. Show all posts
Showing posts with label Zakat. Show all posts

Tuesday, August 20, 2024

Zakat Pendapatan [ Negeri Terengganu Darul Iman]



Pengertian Pendapatan

• Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.
 
Pengertian Gaji
• Iaitu pendapatan seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatan dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi.
• Pendapatan penggajian merangkumi :- 
i) Gaji Tahunan
ii) Tunggakan Gaji
iii) Imbuhan Tetap
iv) Lain-lain (termasuk Bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.
 
Pendapatan Bebas
• Iaitu pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran kepada khidmatnya.
• Pendapatan bebas ini merangkumi :-
i) Khidmat Guaman
ii) Khidmat Nasihat
iii) Juru Perunding
iv) Rawatan Perubatan
v) Kejuruteraan
vi) Seniman
vii) Lain-Lain
 
 
Pengertian Perolehan
• Perolehan bermaksud pendapatan yang dihasilkan daripada pemilikan seperti hasil kebun / ladang, rumah sewa, hasil pajakan tanah dan lain-lain perolehan.


Pautan ke kalkulator ZAKAT PENDAPATAN
 
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
 
09-6303030 - Seksyen Pungutan Zakat MAIDAM

Sunday, October 8, 2017

Zakat Emas Negeri Selangor

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:

Emas Perhiasan Wanita (اَلْحُلِّى)

  • Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
  • Contoh:
    [(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
    (900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِّى )

  • Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
  • Contoh:
    Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
    100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95
Emas Bercagar
  • Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.
  • Contoh:
    [(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
    [(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470

Perak

  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
  • Contoh:
    600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75

Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah

    Pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan)
    Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.
    • HukumHukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.
      Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.
      Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik) , maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.

Status Zakat Terhadap Pelaburan Emas Tidak Patuh Syariah

Jenis Akad
Keterangan
Status Pemilikan
Status Zakat
Akad Batil
 Akad yang tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek diakadkan
Tidak Sah
Tidak Wajib
Akad Fasid tanpa Berlaku Qabd
Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli dan tidak diakhiri dengan qabd
Tidak Sah
Tidak Wajib
Akad Fasid dan Berlaku Qabd
Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli, tetapi diakhiri dengan qabd
Sah
Wajib

Thursday, October 22, 2015

Zakat Melalaui YAPEIM?



Soalan Umum.

1. Saya tiap bulan memang saya niat dah potongan Yapiem tu saya niat sebagai bayaran zakat.

Jawapan

Yapeim adalah singkatan kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Melalui beberapa skim kemudahan yang telah diperkenalkan, individu dan badan korporat, mereka akan menyumbang sebagai dana kebajikan amal jariah. Manakala urusan pungutan/agihan zakat diurus oleh pihak Majlis Agama Islam  Negeri, selaras dengan bidang kuasa termaktub di dalam enakmen. Segala aktiviti YAPEIM secara menyeluruh bukan melibatkan secara khusus untuk asnaf tetapi sasarannya adalah umum. Maka wang sumbangan yang diniatkan zakat tidaklah menjadi zakat apabila penggunaannya bukan didasarkan kepada penerima asnaf zakat. Di Malaysia, adalah salah mana-mana agensi memungut zakat tanpa kebenaran oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Zakat berbeza dengan derma,sadaqah sunat,waqaf,hadiah dan sebagainya. Maka dengan sebab itu potongan derma amal jariah tidak termasuk dalam potongan kiraan zakat yang dikira. Definisi asnaf tidak wajar dikembalikan kepada luar daripada kumpulan yang berhak menerimanya. Pemberian berkenaan bukan dikira sebagai zakat.

Tidak salah untuk menyumbang / beramal jariah, dalam masa yang sama selesaikan yang wajib. Umpama solat sunat dibuat, jangan ditinggal solat fardhu. Namun perlu ingat, zakat hanya menjadi kewajipan bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat wajibnya sahaja.

Di sini saya kepilkan surat pertanyaan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) kepada pihak Yapiem.




#indahnya hidup bersyariat

Monday, October 5, 2015

Bekas Gantang Baghdad Negeri Terengganu



Bekas gantang baghdad bagi kegunaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu di Jabatan Baitulmal.

Sukatan gantang bagi negeri Terengganu bagi menentukan kadar timbangan untuk penentuan harga zakat fitrah. Ia mungkin sedikit berbeza dengan negeri-negeri lain jika anda sedar ada sedikit perbezaan timbangan tepat untuk menentukan berat bagi timbangan, tetapi tidaklah terlalu besar.

Bagi negeri Terengganu, 1 Gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram..
1 Gantang pula bersamaan dengan 4 cupak.
1 Cupak pula bersamaan dengan 650 gram atau 0.65 kilogram.

Kadar fitrah bagi negeri Terengganu dikeluarkan 3 senarai harga merangkumi 3 kategori peratusan beras hancur iaitu 5% - 10% dan 15%. Bagi 2,6 kilogram beras mengikut kategori tadi akan dikeluarkan setiapnya kadar fitrah.

Manakala, Fidyah yakni bayaran yang dikenakan bagi meninggalkan puasa bulan ramadhan boleh diketahui dengan mengetahui harga secupak beras. Sehari ditinggalkan puasa perlu dibayar fidyah secupak beras. 

1 Cupak beras bersamaan 0.65 kilogram atau 650 gram.

Maka untuk mengetahui harga fidyah ialah dengan mengambil kadar fitrah kemudian dibahagi 4 (merujuk kepada 4 cupak kerana 1 gantang bersamaan 4 cupak)

Sebagai Contoh kadar fitrah tahun 2015 negeri Terengganu adalah seperti di bawah:

1.Rm 7.60 (5% beras hancur)
2.Rm 6.80 (10% beras hancur)
3.Rm4,60 (15% beras hancur)

Fidyah berdasarkan jenis beras biasa dimakan. Jika kadar pertama bayar fitrah, maka fidyah pula boleh ditentukan dengan;

Rm7.60 / 4cupak = Rm1.85

Maka harga fidyah beras pertama ialah Rm1.85 Secupak.

Kaedah penentuan harga beras ialah dengan membuat "survey" ke  kedai-kedai borong utama yang menjual beras untuk pasaran. Dan harga jualan akan ditentukan berdasarkan purata jualan seluruh daerah di negeri Terengganu, (Terengganu mengandungi 8 buah daerah termasuk Kuala Nerus).

Berkenaan fidyah meninggalkan puasa, penulis menyatakan bahawa serahan afdhal adalah dengan mengagih sendiri beras kepada kumpulan faqir dan miskin.

Fidyah hanya diserahkan kepada faqir dan miskin adalah dalam bentuk beras (makanan asasi) dan bukannya wang tunai. Persoalan tentang pembayar membayar fidyah di Majlis Agama ialah, Majlis Agama berkenaan yang menerima bayaran tunai daripada pembayar, dan kemudian Majlis Agama akan membeli beras untuk diagihkan kepada faqir dan miskin,

Berbeza halnya dengan zakat, di mana fidyah afdhalnya diagih sendiri, manakala zakat afdhalnya adalah melalui Majlis Agama yang menguruskan asnaf keseluruhan dan bukannya 1 atau 2 kumpulan asnaf sahaja, 

Sekian.
Mohd Azlan bin Kahlid

Sunday, September 27, 2015

Ilmu Tentang Emas

  
Panggilan Bagi Emas
•Emas Merah - Emas murni dicampur Tembaga.
•Emas Kuning -
Emas murni dicampur Perak. 
•Emas Putih -
Emas dicampur dengan Timah dan Nikel
 
 

Monday, September 7, 2015

Haram Beri Zakat Kepada Pemalas

HARAM diberikan zakat kepada mereka yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan malas bekerja, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
 
Menurutnya, perkara itu jelas pada zaman Nabi Muhammad SAW, apabila datang dua pemuda dan nabi lihat kedua-duanya mempunyai tubuh yang kuat.
 
“Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat.
 
“Maknanya pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau kamu malas ia tidak harus bagi kamu,” katanya ketika mengulas isu kemiskinan yang berlaku di negara ini.  
 
Beliau berkata, Islam menggariskan dasar yang jelas kepada fakir dan miskin iaitu kemiskinan disebabkan oleh anggota badan yang lemah atau cacat. 
 
Namun katanya, kategori mereka yang belum mendapat pekerja atau mungkin disebabkan pendapatan yang kecil, golongan itu layak dibantu mengikut dua saluran iaitu zakat (fakir dan miskin) dan sedekah.
 
“Bantuan atau pemberian sesuatu kepada fakir miskin yang betul-betul bukan disebabkan ‘malas’, bukan hanya dari sumber zakat dan sedekah sahaja, bahkan mereka juga boleh menerima pemberian apabila seseorang itu hendak bersihkan wang atau harta (disebabkan riba atau judi terdahulu).
 
“Mereka yang terima pemberian itu ‘halal’ melihat asas kepada penerimaannya yang sah walaupun ia wang riba atau judi, tanggungan itu hanya ke atas orang yang melakukannya,” jelasnya.
 
Zaharuddin berkata, bagi orang miskin yang malas dan sentiasa mengharapkan bantuan sedangkan dia mampu bekerja adalah orang yang telah jatuh kehormatannya pada pandangan masyarakat dan Islam.
 
“Pengangguran adalah sesuatu yang tercela, malah ia bercanggah dalam ayat al-Quran (Surah Hud ayat 61).
 
“Mereka yang menganggur dan mengharapkan bantuan orang itu adalah sifat yang terkeji dalam Islam. Orang yang sihat tubuh ba wajib bekerja melainkan jika dia diberhentikan kerja.
 
“Dia tak mampu tanggung kos atau bil rumah dan kereta yang tinggi, sementara dia mencari kerja yang layak dengan dia, maka dia boleh menerima zakat dan bantuan,” tegas beliau.
 
Sumber asal: Sinar harian

Thursday, August 27, 2015

Niat Zakat

Niat bukanlah lafaz amalan lidah yang difahami orang ia perlu dilafazkan sepertimana "sahaja aku berniat...." yang belum tentu mewakili tujuan sebenar. Ia juga bukanlah susunan perkataan yang perlu diatur sehinggakan perlu diulang-ulang atau dihafal sehingga ada yang mengganggu ketika mendirikan solat mahupun sebagainya.
Bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): “Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati.

Niat merupakan perkara wajib dan kesemua para ulama besepakat termasuk empat mazhab iaitu mazhab Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris dan Ahmad bin Hanbal. [i]Oleh yang demikian, wajib ke atas pengeluar zakat berniat bagi membezakannya dengan pemberian sadaqah mahupun kafarah. Sepertimana yang dinaqalkan pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Waktu Berniat
Pengeluar zakat (pemilik harta) hendaklah berniat antara 2 masa atau pada kedua-duanya sekali iaitu ketika:
i. Sewaktu penyerahan kepada orang yang berhak
ii. Sewaktu pemisahan nilai yang mahu dizakatkan daripada harta. Niat ini sudah cukup dan tidak perlu diniatkan lagi semasa penyerahan zakat.

Wakil (orang tengah) boleh mewakilkan pengeluar zakat

 Bagi yang diwakilkan hendaklah sewaktu penyerahan kepada wakil dan tidak wajib bagi wakil untuk berniat sewaktu penyerahan zakat kepada orang yang berhak. Tetapi adalah baik jika wakil juga berniat sewaktu penyerahan zakat jika sekiranya pemilik harta tidak berniat / terlupa, maka memadailah orang yang mewakilkannya tadi. Niat sewaktu penyerahan kepada pihak pemerintah ataupun wakilnya. Ini sudah memadai kerana wakil pengurus zakat merupakan wakil kepada asnaf yang berhak.[ii]

Amil tidak boleh berniat bagi pihak pengeluar zakat 

Jika pemilik tidak berniat swaktu diserahkan zakat kepada pemerintah, niat pemerintah selepas itu tidak memadai dan harta itu bukanlah dikira sebagai zakat. Ini kerana pemerintah (pengurus zakat) hanyalah wakil kepada orang yang berhak (asnaf zakat). Oleh itu pengurus zakat tidak boleh dikatakan boleh berniat bagi pengeluar kerana ia merupakan wakil kepada orang yang berhak.

Dipaksa mengeluarkan zakat

 Sekiranya pemerintah mengambil harta secara paksa kepada pemilik harta yang enggan mengeluarkan zakat, maka niat pemerintah dianggap sebagai zakat. Ia dikira sah kerana darurat menurut pandangan mazhab Syafie.[iii] Bagi Abu Khitab dan Ibnu Uqail mengatakan keadaan paksaan ini menuntut pemilik harta wajib niat berzakat dan bukan pula pemerintah. [iv]

Dr. Zulkifly Muda; Isu-Isu Berkaitan Dengan Zakat terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, hal. 104-105


[i] Al-Majmu’, 6/184, al-Mughni, 2/638, al-Ikhtiyar, 1/101
[ii] Al-Fiqh al-Manhaji (terj), 2/403
[iii] Al-Majmu’, 6/191
[iv] Al-Mughni, 2/640

Tuesday, August 18, 2015

Monday, January 5, 2015

Pendeposit/Penyimpan Dalam Bank Islam Perlu Bayar Zakat Bermula 2015


1. Jika saya membuka/mempunyai akaun deposit/pelaburan di Bank Islam, adakah saya perlu membayar zakat di atas deposit/pelaburan saya itu?

Ya, sebagai Muslim, bermula tahun taksiran zakat 2015, anda perlu membayar zakat sendiri di atas deposit/pelaburan anda di Bank Islam dan bank-bank lain.
Anda boleh membayar di pusat kutipan zakat negeri atau ejen kutipan zakat yang dilantik oleh pusat kutipan zakat negeri. Bank Islam juga merupakan salah satu daripada ejen kutipan zakat. Tertakluk kepada persetujuan yang mungkin berbeza-beza di antara Bank Islam dan pusat kutipan zakat negeri masing-masing, anda boleh membayar zakat menerusi kaunter cawangan, perbankan internet serta perkhidmatan TAP-i Bank Islam.

2.  Bagaimana dengan deposit/pelaburan saya di Bank Islam bagi tahun 2014? Adakah saya perlu membayar zakat deposit/pelaburan?

Bagi tahun taksiran zakat 2014, Bank Islam membayar zakat perniagaan ke atas pendapatan termasuk pendapatan yang diperolehi daripada penggunaan deposit/pelaburan pelanggannya yang telah menjadi sebahagian daripada modal kepada aktiviti perniagaan bank. Oleh itu, pihak pelanggan tidak perlu membayar zakat ke atas deposit/pelaburan.

3. Kenapa Bank Islam menukar kaedah pembayaran zakat dan meminta pemegang akaun deposit/pelaburan membayar sendiri zakat bermula tahun taksiran zakat 2015?

Bermula tahun taksiran zakat 2015, Bank Islam akan melaksanakan kaedah pengiraan zakat yang disarankan dalam Manual Pengurusan Zakat Perbankan terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) iaitu bank membayar zakat di atas dana pemegang saham dan dana selain daripada dana pendeposit sahaja. Manual juga menyarankan supaya pemegang akaun deposit/pelaburan membayar sendiri zakat ke atas deposit/pelaburan mereka. Manual JAWHAR ini juga dipersetujui oleh semua pusat zakat negeri-negeri.

4. Bagaimanakah cara untuk saya mengira nilai zakat simpanan/pelaburan saya?

Anda boleh menghubungi pusat kutipan zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan panduan lengkap tentang pengiraan zakat deposit/pelaburan anda.

Sumber: http://www.bankislam.com.my/home/ms/maklumat-zakat/  

Friday, December 19, 2014

Manual Pengiraan Zakat Simpanan

Assalamualaikum. Jika sebelum ini kita memahami secara teori tentang zakat simpanan jadi mari kita review secara asas dahulu sebelum buat perkiraan. Balik kepada syarat wajib zakat iaitu:
1. Muslim
2. Cukup Nisab (Paras Layak Wajib Berzakat)
3. Cukup Haul (Setahun)
4. Sempurna Milik

Dan bagaimana nak buat perkiraan jika nak cuba kira secara manual. Jika sebelum ni, saya ajarkan cara kira zakat jika ada 1 buku seperti di bawah. (gambarajah)
 

Bagaimana pengiraan bagi buku-buku akaun yang banyak? Senang sahaja. Anda cuma perlukan jadual supaya dapat fahaminya dengan baik. Zakat dikenakan 2.5% bagi nilai terendah dalam transaksi setahun. Jadi jangan kata duit keluar masuk itu tak kena zakat, kena lihat juga, jika masih cukup nisab, masih kena zakat.

TARIKH HIJRAH
BULAN MASEHI
HAUL
TAHUN
S=

A=
B=
C=
D=
E=
F=
JUMLAH

1








2








3








4








5








6








7








8








9








10








11








12











Perhatikan jadual di atas. Mudah saja. Masukkan nilai terendah bagi setiap bulan walaupun kurang daripada nisab sekalipun bagi setiap kolum A+B+C dan seterusnya. A,B,C dan seterusnya tu adalah anggapan anda ada banyak akaun contohnya A=Maybank, B=BSN, C=CIMB,D=HSBC dan lain-lain.
Jumlahkan kesemua nilai terendah dalam setiap bulan pada setiap row untuk kolum Jumlah.
Jadi setelah siap isi, anda akan lihat pada setiap bulan, nilai-nilai terendah bagi setiap bulan duit anda yang ada transaksi keluar masuk atau tiada aktiviti keluar masuk.

Nilai mana yang perlu dizakatkan.? 
Sebagaimana telah diterangkan, zakat dikenakan pada nilai terendah bagi 1 tahun transaksi bank anda. Jadi jika duit terendah anda katakan rm24000 pada bulan 8, maka rm24000 darab (x) 2.5%= nilai zakat.

Nak guna bulan masehi ke bulan hijriah.?
Saya lebih menggemari guna kaedah pengiraan yang asal dan yang paling betul iaitu tahun islam bulan hijriah. Sebab itu ada kolum tarikh (H) sebelah kiri tu. jadi anda isi range bulan islam setiap bulan bagi tahun masehi di kolum berkenaan. Contohnya no 1, pastinya bulan muharram, cuma bila tarikh bulan muharram dalam range bulan masehi? jadi pada kotak no 1 tu, catat range bulan muharram ada dalam tempoh bulan mana dalam masehi. Cth isi kotak 1 dengan perkataan (3jan-2feb 2014) yang mana tempoh bulan muharram. ni contoh jela. Anda kena rujuk tarikh bulan islam pada takwim hijriah.

Kalau susah sangat, nak guna bulan masehi tu anggapkan jelah 12 bulan tu bulan sedia ada. Isi seperti biasa. Cuma tahun masehi ni biasanya lebih 10 hari berbanding hijri.

nak copy jadual atas blh, dalam pdf pada bahagian bawah blog saya. ok. Selamat mencuba.

*Nisab kena rujuk dahulu dengan pusat zakat anda