Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 1, 2017

TIPS MENJAWAB SOALAN SUSUN PERKATAAN PT3

Assalamualaikum Wrt

Kali ini ustaz cuba buat ringkasan bagi menjawab soalan رتب الكلمات atau Menyusun Perkataan. Pastikan anda mendapat paling tidakpun 5/10 daripada markah diberi. Salah 1 susunan tolak 1markah, salah 2 susunan tolak 2 markah iaitu 0markah. Jadi sila berhati-hati.

1. FAHAMI MAKSUD SETIAP PERKATAAN

2. TULIS MAKSUD SEMUA PERKATAAN

3. CARI FE'EL (LETAK SEBAGAI PERKATAAN PERTAMA)- KEMUDIAN CARI ISIM FA'IL (PELAKU). ISIM FA'IL DIKENALI ADA ال DAN BERBARIS HADAPAN PERKATAAN ITU (ــــُـــ).

4. JIKA ADA OBJEK/BENDA YANG KENA BUAT (المفعول به) BERBARIS ATAS (ـــَـــ), MAKA LETAKKAN IA PADA SUSUNAN KETIGA IAITU SELEPAS FE'EL-ISIM FA'IL.

5. JIKA ADA MASA / WAKTU, LETAKKAN DI AKHIR AYAT.                                             CONTOHNYA        رجع الطالب الدرس في المساء

6. JIKA ADA PARTIKEL (HURUF JAR)- LETAKKAN SEBELUM ISIM YANG ADA ال  CONTOHNYA الكتاب على الرف

7. JIKA ADA KATA SANDARAN, ISIM PERTAMA TIADA ال MANAKALA ISIM KEDUA ADA ال. CONTOHNYA: ساحة المدرسة/ رئيس الفصل

8. JIKA PERKATAAN DIBERI TIADA FE'EL, SEMUANYA ISIM JE, MAKA PERKATAAN AWAL ADA ال. PERKATAAN KEDUA TIADA ال. CONTOHNYA الحديقة جميلة/ الطالب ذكيّ

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Biasanya ustaz ajar anak-anak murid ustaz buatkan simbol pada setiap perkataan. Contohnya

Isim= I
Fe'el= F
Fa'il= Fa
Huruf Jar= HJ
Idhafah= Id
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara asas nak kenal Isim
1. Ada ال
2. Nama orang
3. Jawatan-contoh pelajar, guru
4. Benda
5. Binatang
6. Selepas huruf jar
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apapun ustaz bukanlah pakar dalam bahasa arab. Maklumlah ustaz ni dalam bidang perbankan Islam, jika ada kesilapan, ustaz sedia menerima teguran di atas ni untuk pembetulan. Jika ilmu ini bermanfaat, maka sebarkan dan ajarkan pula kepada orang lain ya!

!اللهم بشر

3 comments: