بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
Ya Allah Ya Dzal
Jalali Wal Ikram,
Kami berhimpun hari ini bagi
menjayakan Majlis ______________________________________
Maka kau permudahkanlah
majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar diiringi keberkatan dariMu,
Ya Fattahu Ya Haliim,
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai
hamba-Mu yang engkau redhai dan sebagai kakitangan awam yang memikul amanah.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami
ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami selaku penjawat awam mudah menerima dan menghayati serta
mengamalkannya.
Ya Muqaddim Ya Mu’akkhir,
Kami memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa
diberi petunjuk dan hidayah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi insan kamil, yang Ikhlas berkhidmat
sentiasa sanggup menghadapi rintangan dan cabaran demi menjana dan
memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui khidmat kami di Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan,
اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَت عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ. فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ. إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر،ِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment