Kembali Ke Laman Utama

Thursday, February 7, 2013

Pengiraan Zakat pendapatan (Negeri Terengganu)

Pengertian pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah,elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli professional.

Mengikut keputusan Fatwa Negeri Terengganu pada tahun 1999, sebarang bentuk pendapatan adalah wajib di kenakan zakat dan berdasarkan dalil pada surah al-Baqarah ayat 267 mafhumnya “ Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah ( zakat) pada jalan Allah dari hasil usaha kamu yang baik-baik…”

Kadar yang dikenakan zakat adalah 2.5% setelah melebihi nisab pada nilaian semasa 85 gram emas. Hawl bagi zakat pendapatan pula adalah setahun.

Firman ALLAH S.W.T :
·          " Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ".

(Surah At-Taubah :103)

Orang Islam yang mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap serta melebihi nisab adalah wajib mengeluarkan zakat.

Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3) yang menyebut:

"Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis. "

Kaedah pengiraan:
1. Mengikut Pendapatan Kasar ( Jumlah Pendapatan Kasar * 2.5 % = Zakat )
2.Menggunakan Kaedah Jumlah Pendapatan ditolak Had Kifayah (berbeza kadarnya setiap negeri)

A. PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN)
Contoh
1. Gaji [Contoh :RM 3000.00 * 12 bulan]         RM 36000.00
2. Elaun                                                               RM 600.00
3. Bonus                                                              RM 2700.00
Jumlah Pendapatan Kasar                          [A]   RM 39300.00

B. PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN)
Contoh
Diri                                                                       RM 8,000.00
* Isteri                                                                  RM 5,000.00
* Anak-anak (RM 1000.00 *4 orang)                  RM 4,000.00

Pemberian kepada ibubapa (Jumlah Setahun)     RM 1,200.00
Caruman KWSP (11-12%)                                  RM 3,927.00
Caruman LTH                                                      RM 1,200.00
Caruman kepada Institusi / Koperasi yang telah
membayar zakat bagi pihak ahli                          RM 240.00
Jumlah Tolakan                                             [B]  RM 23,257.00

C. PENDAPATAN SELEPAS TOLAKAN HAD KIFAYAH YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)
RM 39,300.00 - RM 23,257.00  =                    RM 16,043.00*
*Nilai melebihi paras nisab yang mewajibkan zakat (contohnya nisab Rm13057.90)

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR
RM 16,043.00 x 2.5 %                                       =  RM 401.075 (nilai zakat setahun) 

Nota bagi pengiraan zakat pendapatan mengikut kaedah B
1.       Jumlah pendapatan dari semua sumber yang dicampurkan dalam masa setahun termasuk sewa, dividen dalam bentuk pendapatan tambahan.
2.       Perbelanjaan yang dibenarkan ditolak:
Diri RM 8,000.00
Isteri RM 5,000.00 ( seorang)
Anak-anak RM 100.00 (seorang)
Caruman Takaful Keluarga / Pendidikan - dibayar zakat ketika matang
Pemberian kepada ibubapa, caruman KWSP, Caruman LTH, caruman kepada Institusi/Koperasi yang telah membayar zakat (jumlah sebenar)
(*) Tiada tolakan item ini bagi isteri yang bekerja/bujang kecuali ibu tunggal yang menanggung anak-anak
Jika ingin membayar secara potongan gaji, jumlah zakat hendaklah dibahagi 12 bulan
RM 401.075 / 12 bulan = RM 33.42 potongan sebulan

*Nisab berubah-ubah (kebiasaannya semakin naik)

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...