Ternyata, kerja sukar itu hanya mampu diambil oleh seorang insan yang bergelar IBU.
Showing posts with label modul. Show all posts
Showing posts with label modul. Show all posts
Wednesday, September 19, 2018
Monday, September 9, 2013
Sunday, September 1, 2013
Software dan Bahan Usrah Pustaka Albanna
Assalamualaikum buat para pengunjung blog yang setia, Albanna Merintis Masa Depan yang berada di Malaysia dan seluruh dunia yang tidak putus-putus mengunjungi laman ilmu ini.
Buat pencinta harakah Islamiah serta mereka yang ingin bergerak menyebarkan dakwah Islam, admin menyediakan kepada anda beberapa software serta bahan usrah untuk anda.
Anda hanya perlu download dan jadikan ia sebagai alat bantu anda menjalankan dakwah kepada mad'u sekeliling anda. Tidak perlu risau kerana admin tidak mengenakan sebarang bayaran bagi setiap download kerana ianya adalah PERCUMA. Juga sebagai bahan untuk anda memahami serta mengaplikasi dalam kehidupan harian anda.
Jadi kepada yang berminat bolehlah download pada box Halaqah yang disediakan pada bahagian bawah blog ini.
Jangan lupa untuk like Fb Page Pakaian Muslimah. Cuma klik sahaja. Terima kasih.
Tuesday, May 22, 2012
Modul: Bertangguh yang menyusahkan
Objektif:
Memberi kesedaran kepada
peserta kesan daripada sifat bertangguh.
Material:
Botol yang ditebuk dan
air
Perlaksanaan:
1. Fasilitator,”Setiap
seorang dari anda perlu menulis satu alasan yang biasanya disebut
oleh orang yang
bertangguh.”
2. Selepas itu, isi botol
yang ditebuk dengan paku kecil dengan air dan arahkan peserta
menyebut alasan mereka
satu persatu selepas anda mengahbiskan ayat, ”Saya perlu
menyiapkan latihan yang
guru/pensyarah berikan kepada saya tetapi saya rasa ...”
3. Setelah semua pelajar
selesai menyebut, mereka diminta memperhatikan air yang
keluar dari botol.
4. Perbincangan:
a. Jika saya kaitkan air
yang keluar dari botol sebagai masa yang semakin
berkurangan apakah yang
anda dapat kaitkan dengan sikap bertangguh?
b. Apakah kesan jangka
panjang kepada hidup seseorang yang suka bertangguh?
c. Adakah anda yakin anda
akan hidup lama sehingga anda mampu menangguhkan
amanah, janji, bertaubat
dan sebagainya?
d. Bagaimana hendak
membuang sikap bertangguh?
Kesimpulan:
Sikap bertangguh adalah
sikap yang akan menyusahkan diri. Kita tidak tahu bilakah kematian
kita. Jika kita asyik
bertangguh dalam sesuatu amanah dan kematian datang mendapatkan
kita, kita akan bermasalah.
(Dewan Pustaka Tarbiyyah Albanna)
Saturday, December 24, 2011
Modul: My Heart
Bahan Peralatan Yang Di Perlukan:
- gambar jantung manusia
Masa: 1 jam
Objektif:
1. Memupuk ukhwah
2. memahami konsep Islam dan sifatnya sebagai cara hidup
3. memahami cirri-ciri khusus Islam dan mampu mengaitkan dalam kehidupan.
Pelaksanaan:
- peserta diberi gambar jantung manusia
-peserta diminta mengaitkan ciri-ciri islam yang telah dipelajari dengan fungsi-fungsi jantung yang telah diketahui
-lihat jadual yang diberikan
PENERANGAN KONKLUSI UNTUK MODUL “My Heart”
Ciri-ciri Islam | Analogi dengan jantung |
Rabbaniyyah | darah dipam dari jantung & kembali ke jantung. |
Syumuliyyah | darah lengkap mengandungi sel darah merah, sel darah putih, antibodi, nutrient, hormon dll yang diperlukan oleh otot. |
`Alamiyyah | darah yang dipam dari jantung akan mengalir ke seluruh badan tanpa pengecualian. |
Waqi`iyyah | peredaran darah ke organ mengikut situasi (cth: selepas bersenam, darah akan mengalir ke seluruh badan dengan cepat berbanding dalam kedaan biasa). |
Inqilabiyyah | darah beroksigen & darah terdeoksigen tidak akan bercampur. |
Thabat wa Murunah | darah tetap mengalir ke seluruh badan manusia tetapi ianya masih boleh didermakan untuk orang lain yang memerlukan. |
Sumber: Dewan Pustaka Tarbiyah Albanna
Parti Islam Se-Malaysia PAS
Tuesday, October 11, 2011
Slot Muhasabah Bersama Adik Nadia
Assalamualaikum.
Rancangan program realiti ini pernah diterbitkan dalam siaran tv di Indonesia yang pada saya sangat mengujakan, dan saya sendiri pernah menggunakan video klip ini sebagai bahan slot modul saya dalam sesi slot muhasabah semasa program Minggu Mesra Siswa di Universiti Teknologi Mara Terengganu. Seandainya pada usia sebegini diberikan latihan pengucapan yang begitu baik, dengan susunan kata-kata serta konotasi tone suara yang mendayu-dayu dalam slot muhasabah ini, ianya sangat memberikan kesan yang baik kepada audiences.
(Mohd Azlan Kahlid)
BBA(Hons) Islamic Banking, UiTMT.
Friday, May 27, 2011
Modul Spontan: Nak Tak?
Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi.
Material:
Wang Kertas RM10
Perlaksanaan:
1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan dihadapan peserta.
2. Fasilitator bertanya soalan, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?”
3. Biasanya peserta akan menjawab ”Nak!”
4. Tanyakan sekali lagi kepada peserta, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?”
5. Peserta biasanya akan menjawab ”Nak!” "Saya-saya"
6. Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali.
7. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi.
Perbincangan:
a. Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari fasi.
b. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah. Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di kalangan kita yang benar-benar bertindak untuk mendapatkannya.
c. Beginilah sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap dari serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan.
Variasi:
Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan sesuai.
Kesimpulan:
Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap.
sumber: Pustaka Galeri Modul Albanna
Saturday, May 21, 2011
Slot Minda: Manusia Robot
Pastikan anda klik butang stop/pause siaran langsung radio ikim.fm pada laman ini sebelum anda klik play video ini.
Kembara Tamadun 1
Pastikan anda klik butang stop/pause siaran langsung radio ikim.fm pada laman ini sebelum anda klik play video ini.
Tuesday, April 26, 2011
Monday, April 25, 2011
Modul Kepimpinan: AKU PEMIMPIN
ALATAN: KAIN TUTUP MATA
OBJEKTIF
- Melahirkan keyakinan diri terhadap kebolehan masing –masing dengan syarat mereka di beri panduan yang betul
- Melahirkan sifat saling mempercayai antara satu sama lain
- Melahirkan kesedaran kepada ahli bahawa, kecacatan , kekurangan , yang ada pada diri bukanlah penghalang kepada sesuatu kejayaan
LANGKAH
- Fasi memberi arahan berhubung dengan cara – cara melakukan aktiviti “ aku pemimpin ”
- bergerak berpasangan ( satu buta satu celik )
- bergerak mengikut arahan seorang celik yang lain buta
- bergerak mengikut arahan 2 ahli celik yang lain buta
- Fasi meminta maklum balas dari segi pengalaman peranan berhubung denga aktiviti
- Fasi membuat rumusan bekenaan denga falsafah tersurat dan tersirat daripada aktiviti yang di jalankan.
Sunday, April 24, 2011
Modul Ta'aruf (Suai Kenal): Graf Kehidupan
Objektif:
1. Mencungkil peribadi para peserta dengan proses ta'aruf berpandukan lakaran graf kehidupannya.
2. Mengetengahkan kebolehan serta melatih para peserta supaya menyampaikan komunikasi yang baik kepada audiences yang ada.
3. Melatih para peserta supaya berani berada di khalayak ramai dan berjiwa besar.
Modus Operandi:
1. Para peserta yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan (sekiranya peserta ramai).
2. Bagi setiap kumpulan, dan setiap individu yang berada dalam kumpulan tersebut, mereka diberikan kertas lakaran graf kosong / ataupun mereka sendiri boleh melukiskan paksi X dan Y sepertimana gambarajah.
3. Para peserta dikehendaki melakarkan graf kehidupan mereka, sejak umur sekian-sekian sama ada pernah mengalami peristiwa sedih/pahit/hitam(maka keluknya pada bahagian paksi negatif (-ve) Y. Sekiranya pengalaman mereka ada ketika adalah manis/menarik/gembira maka lakarkan pada paksi positive (+ve) bahagian atas.
Kesimpulan.
1. Setiap manusia ada ketika merasai saat manis, jatuh bangun dalam kehidupan.
2. Peristiwa lalu mengajarkan kepada diri supaya bangkit daripada kegagalan.
3. Sejarah perlu diketahui kerana Rasulullah turut berpesan kepada mukmin, yakni keperluan jangan jatuh ke perangkap yang sama dua kali, malah Herodotus (sejarawan barat) berpendapat bahawa, Sejarah perlu dipelajari kerana ianya sentiasa berulang.
Sumber: Galeri Pustaka Tarbiyah Albanna
Monday, April 11, 2011
Sunday, April 10, 2011
Modul: TELEFON BERKARAT
OBJEKTIF:
1. Mendedahkan peserta kem bahawa berita yang betul adalah dari sumber yang benar
2. Menyedarkan peserta bahawa sumber yang paling benar dan tepat adalah sumber wahyu sama ada Al-Quran ataupun Al-Hadis
3. Mengetahui kepekaan dan daya ingatan peserta terhadap maklumat yang disampaikan.
4. Melatih kemahiran berkomunikasi dan penyampaian maklumat dalam kalangan peserta.
5. Budaya hebahan.
Tuesday, May 25, 2010
Modul Pengurusan Masa
(klik untuk besarkan)
Nama Modul:
- Tingkap Jauhari
Objektif:
- Menentukan Prioriti(keutamaan) kaedah Kuadran Prioriti memahami cara menentukan priority mengikut kaedah Tingkap Jauhari.
Peralatan:
- Kertas edaran, papan putih, kertas mahjong atau LCD atau lain-lain.
Arahan:
- Bentangkan kategori tugasan mengikut kaedah Kuadran Prioriti (Sila lihat pada lampiran)
- Berikan senarai-senarai tugasan untuk mereka kategorikan dalam Tingkap Jauhari tersebut.
- Minta mereka bentangkan.
- Bincangkan mengapa perkara tersebut diletakkan didalam petak tersebut.
- Kaitkan kaedah ini dengan kehidupan mereka sebagai peserta.
- Walaupun kelihatan sukar, tetapi ia menjadi senang setelah ahli usrah sudah tahu bagaimana untuk menyusun kerja-kerja mereka dalam Kuadran Prioriti.
Pengajaran
- Berfikir sebelum bertindak, merancang sebelum bergerak.
Subscribe to:
Posts (Atom)










