Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 27, 2011

Modul Spontan: Nak Tak?


Objektif: 
Memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan sesuatu kata-kata sahaja tidak mencukupi.

Material: 
Wang Kertas RM10

Perlaksanaan: 
1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan dihadapan peserta.
2. Fasilitator bertanya soalan, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?”
3. Biasanya peserta akan menjawab ”Nak!”
4. Tanyakan sekali lagi kepada peserta, ”Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?”
5. Peserta biasanya akan menjawab ”Nak!” "Saya-saya"
6. Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali.
7. Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi.

Perbincangan:
a. Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka mahu. Bila berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari fasi.

b. Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin Islam kembali berubah. Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit di kalangan kita yang benar-benar bertindak untuk mendapatkannya.
c. Beginilah sifat yang dihadapi oleh umat Islam kini. Banyak bercakap dari serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan melalui tindakan.

Variasi:
Boleh menggantikan wang RM10 dengan coklat, hadiah atau apa-apa yang difikirkan sesuai.

Kesimpulan: 
Kata-kata perlu dibuktikan. Bukan sekadar bercakap.

sumber: Pustaka Galeri Modul Albanna

No comments:

Post a Comment