Objektif:
1. Mencungkil peribadi para peserta dengan proses ta'aruf berpandukan lakaran graf kehidupannya.
2. Mengetengahkan kebolehan serta melatih para peserta supaya menyampaikan komunikasi yang baik kepada audiences yang ada.
3. Melatih para peserta supaya berani berada di khalayak ramai dan berjiwa besar.
Modus Operandi:
1. Para peserta yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan (sekiranya peserta ramai).
2. Bagi setiap kumpulan, dan setiap individu yang berada dalam kumpulan tersebut, mereka diberikan kertas lakaran graf kosong / ataupun mereka sendiri boleh melukiskan paksi X dan Y sepertimana gambarajah.
3. Para peserta dikehendaki melakarkan graf kehidupan mereka, sejak umur sekian-sekian sama ada pernah mengalami peristiwa sedih/pahit/hitam(maka keluknya pada bahagian paksi negatif (-ve) Y. Sekiranya pengalaman mereka ada ketika adalah manis/menarik/gembira maka lakarkan pada paksi positive (+ve) bahagian atas.
Kesimpulan.
1. Setiap manusia ada ketika merasai saat manis, jatuh bangun dalam kehidupan.
2. Peristiwa lalu mengajarkan kepada diri supaya bangkit daripada kegagalan.
3. Sejarah perlu diketahui kerana Rasulullah turut berpesan kepada mukmin, yakni keperluan jangan jatuh ke perangkap yang sama dua kali, malah Herodotus (sejarawan barat) berpendapat bahawa, Sejarah perlu dipelajari kerana ianya sentiasa berulang.
Sumber: Galeri Pustaka Tarbiyah Albanna
No comments:
Post a Comment