Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 10, 2011

Modul: TELEFON BERKARAT

OBJEKTIF:

1.    Mendedahkan peserta kem bahawa berita yang betul adalah dari sumber yang benar
2.   Menyedarkan peserta bahawa sumber yang paling benar dan tepat adalah sumber wahyu sama ada Al-Quran ataupun Al-Hadis
3.    Mengetahui kepekaan dan daya ingatan peserta terhadap maklumat yang disampaikan.
4.    Melatih kemahiran berkomunikasi dan penyampaian maklumat dalam kalangan peserta.
5.    Budaya hebahan.


PERALATAN:
  • Kertas A4
  • Pensel/Pen
KAEDAH PERLAKSANAAN

  1. Peserta akan dibahagikan kepada 10 kumpulan; 5 kumpulan Siswa dan 5 kumpulan Siswi (mengikut kesesuaian bilangan)
  2. Para peserta di setiap kumpulan akan disusun dalam jarak yang tertentu.
  3. Setiap peserta kecuali peserta terakhir dalam setiap kumpulan akan diberikan sehelai kertas A4.
  4. Ketua Fasilitator akan memberikan pesanan berupa gambar atau keratan akhbar kepada peserta pertama setiap kumpulan.
  5. Peserta pertama akan menyampaikan pesanan tersebut kepada peserta kedua mengikut kaedah yang digunakan oleh ketua fasilitator. TIDAK DIBENARKAN mengeluarkan suara atau menunjukkan pesanan dalam bentuk tulisan rumi
  6. Keadaan tersebut berterusan sehingga sampai ke peserta yang terakhir.
  7. Masa untuk setiap pertukaran maklumat adalah selama 1 minit/ mengikut kiraan fasi.
  8. Fasi akan melakukan gangguan ringan ketika aktiviti sedang berlangsung.
  9. Peserta yang terakhir akan diberikan masa selama 2 minit untuk mengingat kembali pesanan yang diterimanya. Setelah cukup 2 minit, ketua fasi akan memberikan kertas A4 kepada peserta terakhir untuk ditulisnya dalam bentuk tulisan rumi sebelum diserahkan kepada ketua fasi.
  10. Ketua Fasi akan membacakan pesanan yang diberikan kepadanya dan akan menunjukkan pesanan asal kepada para peserta.
RASIONAL:

Peserta akan belajar tentang pentingnya menyebarkan berita yang benar dan tepat serta mudah difahami. Peserta akan mengetahui betapa sukarnya orang-orang terdahulu dalam memelihara kesucian Al-Quran dan kesahihan Hadis.

*Terbitan Pustaka Al-Banna*

No comments:

Post a Comment