Objektif:
Memberi kesedaran kepada
peserta kesan daripada sifat bertangguh.
Material:
Botol yang ditebuk dan
air
Perlaksanaan:
1. Fasilitator,”Setiap
seorang dari anda perlu menulis satu alasan yang biasanya disebut
oleh orang yang
bertangguh.”
2. Selepas itu, isi botol
yang ditebuk dengan paku kecil dengan air dan arahkan peserta
menyebut alasan mereka
satu persatu selepas anda mengahbiskan ayat, ”Saya perlu
menyiapkan latihan yang
guru/pensyarah berikan kepada saya tetapi saya rasa ...”
3. Setelah semua pelajar
selesai menyebut, mereka diminta memperhatikan air yang
keluar dari botol.
4. Perbincangan:
a. Jika saya kaitkan air
yang keluar dari botol sebagai masa yang semakin
berkurangan apakah yang
anda dapat kaitkan dengan sikap bertangguh?
b. Apakah kesan jangka
panjang kepada hidup seseorang yang suka bertangguh?
c. Adakah anda yakin anda
akan hidup lama sehingga anda mampu menangguhkan
amanah, janji, bertaubat
dan sebagainya?
d. Bagaimana hendak
membuang sikap bertangguh?
Kesimpulan:
Sikap bertangguh adalah
sikap yang akan menyusahkan diri. Kita tidak tahu bilakah kematian
kita. Jika kita asyik
bertangguh dalam sesuatu amanah dan kematian datang mendapatkan
kita, kita akan bermasalah.
(Dewan Pustaka Tarbiyyah Albanna)
No comments:
Post a Comment