Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 13, 2014

Suami Yang Tidak Mengejutkan Isteri Untuk Solat Subuh

Soalan

Apakah tanggungjawab yang dipikul oleh seorang suami jika dia tidak mengejutkan isterinya untuk solat subuh? Apakah usahanya yang telah berulangkali boleh menjadi alasan baginya? Ataukah suami berdosa jika isterinya terlambat menunaikannya?

Jawapan

Jawapan daripada pertanyaan ini dapat dijelaskan oleh firman Allah swt:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”
(Surah An-Nisa’:34)

Dan dari sabda Rasulullah saw: “Lelaki adalah pemimpin di rumahnya dan akan ditanya mengenai yang dipimpinnya.”

Yang wajib ke atas suami adalah mengejutkan isterinya untuk solat dengan cara apapun, kecuali cara yang haram. Dan dia bertanggungjawab ke atas isterinya di hadapan Allah swt kerana Allah swt berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”
(Surah at-Tahrim:6)

Juga kalau dia memiliki kesibukan khusus di rumah, maka dia harus berusaha mengejutkannya dengan segala cara. Demikianlah cara terbaik, kerana di dalam kesolehan isteri terdapat kebahagiaan dunia  dan akhirat.

Soal Jawab Berkaitan Rumahtangga: Ringutan Suami Terhadap Isteri,Oleh: Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Muhammad bin Ibrahim; m/s 90-91

No comments:

Post a Comment