Kembali Ke Laman Utama

Monday, August 23, 2010

Budaya 'Songsang" Turun Menurun Melayu Ketika Ramadhan


Dipetik dari Dr. Yusof Abas.

Renungkanlah ...

1. Dalam banyak perkara, orang Melayu menganggap orang Arab tidak memberi contoh yang baik beramal dengan amalan Islam. Tetapi ketahuilah satu budaya turun menurun orang Arab, khasnya di Saudi dan Mesir, di mana mereka 'berpesta' / BERAYA sebulan Ramadhan. Sebaliknya mereka merayakan eidil fitri sehari dua sahaja. Dan tidak semeriah ketika menyambut Ramadhan. Emosi kegembiraan sudah sampai kemuncak pada akhir Ramadhan dan ada yang merasakan 1 syawal seperti hari biasa sahaja. Sebaliknya budaya orang Melayu pula sonsang / berlawanan dari budaya orang Arab ini !!

2. Hari ini , orang Melayu Malaysia bersama bangsa lain menyambut hari Merdeka kali ke 52. Sudah lama di seru supaya membebaskan diri dan bebaskan minda orang yang dijajah serta membuang budaya lapuk Melayu yang membantut kemajuan. Dan di katakan budaya itu sebahagiannya berjaya di hakis mengikut edaran masa dan Melayu semakin bersaing di dalam mengejar laba dunia khasnya di dalam pelajaran dan perniagaan. Walaupun ianya kelihatan lambat, tetapi tidak di sangkal ada perubahannya - Salam Merdeka kali ke 52.

3. Berbanding dengan budaya positif orang Arab menyambut Ramadhan dan edil Fitri, kelihatannya adalah SUKAR untuk DI HAKIS dari minda orang Melayu yang tidak bersungguh sepanjang Ramadhan, sebaliknya bersungguh-sungguh untuk sambutan beraya di akhir Ramadhan dan kemuncaknya sebaik menjelang 1 syawal.

4. Orang Arab tidak perlu bazar Ramadhan yang melimpah ruah juadahnya, kerana budaya bersedekah berbuka di kalangan orang Arab. Ada yang berkata, orang Arab ini menjadi MANUSIA TERBAIK pada bulan puasa. Mereka membuka khemah untuk juadah percuma berbuka, orang Melayu buka khemah juga tetapi berniaga sakan untuk duit raya! Peniaga bazar kita, ada yang RM 3-4 ribu- mengumpul profit, mereka mengumpul profit pahala ( wang akhirat).

5. Dahulu saya mempunyai pembantu rumah Indon yang pernah berkerja dengan orang Arab di Saudi. Katanya sepanjang Ramadhan majikannya bersama keluarga dan kenalan rapat kurang tidur pada malam hari dan dia yang menyediakan teh Arab, mereka beribadah pada bulan mulia ini. Rumah mereka lebih terang benderang pada malam hari berbanding bulan lain. Orang kita terang dengan cahaya lampu televisyen dan lebih terang bercahaya pada malam raya atau malam tujuh likur.

6. Gedung-gedung perniagaan mereka yang perniaganya juga orang Arab tidak mendapat keuntungan besar menjelang eidil fitri, kerana bukan budaya mereka untuk membeli pakaian berhelai-helai, bertukar langsir atau perabut. Orang kita pula menambah kayakan bangsa bukan Melayu, iklan raya mereka sejak bulan syaaban lagi. Malah pada sepuluh malam terakhir orang kita sudah berpusu-pusu BERIKTIKAF di gedung beli belah. Jemaah tarawih semakin susut. Memang betul budaya positif orang kita ramai berjemaah tarawih, tetapi macam kelkatu mencari cahaya pada musim hujan, mereka juga beribadah bermusim

7. Anak-anak muda Arab ini pula menjadi suasana lumrah mereka bertadarus Al Quran. Pernah seorang rakan yang berumrah pada bulan Ramadhan memberitahu, ketika di Madinah anak-anak muda Arab ini juga sempat bertadarus di dalam kedai sesama mereka. Anak-anak muda kita? Main mercun ye!. Orang dewasa Melayu ini bertadarus juga, malah ada majlis khas khatam AlQuran, cumanya selepas Ramadhan, ramai yang baca AlQuran malam Jumaat sahaja.

8. Sampai bila budaya songsang ini akan kita warisi ? Jika anak-anak muda masih sama mindanya dengan orang tuanya, boleh berubahkan budaya ini? Memang sukar untuk berubah yang bukan sahaja kerana faktor wang ringgit , tetapi lebih sukar apabila tidak di terapkan nilai hakiki Ramadhan ini. Tugas siapa pula ?

9.Di mulut sahaja mudah melafazkan cinta Ramadhan, tetapi umpama monyet mendapat bunga yang sangat cantik dan harum, bunga itu di carik-cariknya, sedangkan Ramadhan lebih indah dan lebih harum dari bunga itu!!

10. Aduhai duat, khasnya Melayu, tugas berat sedang menunggu dan semoga tidak pula tergolong seperti pengamal budaya songsang itu!

11. Bukan mencari silap, tetapi kesilapan itu mesti di betulkan.

http://bioibadah.blogspot.com/

1 comment:

  1. assalam.
    bile direnungkan ade betol jugak.
    tp ni semua jajahan dari budaya luar barat.
    ALLAH xakan mengubah sesuatu kaum itu selagi mereka tidak mengubah diri mereka sendiri.
    WALLAHUA'LAM.

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...