“Selama 20 tahun Ourkhan berkuasa baginda berjaya menjadikan kerajaan Uthmaniyyah kuat. Baginda memperbaiki urusan dalam negara dan membentuk angkatan bersenjata yang dipanggil Yennisari. Selepas Ourkhan mangkat baginda digantikan oleh Sultan Murad 1. Baginda meluaskan lagi pemerintahan Uthmaniyyah dengan menawan Adranah, Sofea, Kosovo dan Serbia. Apabila Sultan Beyazid berkuasa baginda menakluk Bulgaria, Perancis dan Jerman. Kemudian baginda merancang hendak menawan Kota Constantinople.”
“Pada suatu hari, Sultan Beyazid menghantar utusan kepada pemerintah Rom dibandar Konya,” kata Panglima Tharhan menyambung ceritanya.
“Mengajak mereka berdamai dan mengadakan persepakatan,” jawab Panglima Tharhan.
“Bukankah Rom itu musuh kita? Mengapa diajak berdamai?” Sultan Muhammad meluahkan kehairanannya.
“Orang-orang Rom di Bandar Konya berketurunan Saljuk. Mereka ada darah campuran dengan bangsa kita. Kerana itu mereka tidak sefahaman dengan orang-orang Romawi di Kota Constantinople. Mereka memerintah sendiri Bandar Konya. Kerana itu Sultan Beyazid mengajak mereka berdamai.”
“Apa persepakatannya?” Tanya Sultan Muhammad lagi.
“Kerajaan Uthmaniyyah tidak campur tangan dalam masalah di Bandar Konya dan mereka juga tidak campur tangan dalam hal-ehwal Kerajaan Sultan Beyazid,” jawab Panglima Tharhan.
“Mereka bersetuju?”
“Orang-orang Rom Saljuk di Bandar Konya bimbang diserang oleh orang-orang Rom dari Constantinople. Kerana itu mereka bersetuju berdamai dengan Kerajaan Islam Uthmaniyyah dengan harapan tidak diserang oleh musuh mereka. Kerana itu mereka bersetuju berdamai dan mengadakan persepakatan.”
“Adakah berdamai dengan meraka yang memusuhi Islam itu dibolehkan?” Tanya Sultan Muhammad lagi.
“Islam adalah agama perdamaian. Peperangan hanya boleh dilakukan apabila pintu perdamaian ditutup. Malah sebelum kita menyerang musuh, kita ajak meraka berdamai dahulu. Sekiranya mereka enggan barulah diperangi.”
“Mengapa kita tidak berdamai dengan Orang-orang Rom di Constantinople?”
“Mereka tidak mehu berdamai dengan kita. Malah sejak dari dahulu mereka sentiasa menunjukkan sikap permusuhan pada kita. Sebab itu pintu perdamaian dengan mereka tertutup. Kita mesti memerangi mereka. Tambahan pula mereka sentiasa berusaha hendak menjatuhkan kita. Kerana itu peperangan antara kita dengan mereka tidak dapat dielakkan.”
“Baiklah. Apa terjadi selepas adanya perdamaian dan persepakatan antara Sultan Beyazid dengan orang-orang Rom di Bandar Konya?”
“Sultan Beyazid ada rancangan sendiri. Baginda membuat persiapan bagi menyerang Kota Constantinople. Orang-orang Saljuk Rom di Bandar Konya suka sekiranya kota itu ditawan oleh tentera Islam. Malah mereka member bantuan senjata kepada Sultan Beyazid.”
“Maka berangkatlah kira-kira 100, 000 tentera yang dipimpin sendiri oleh Sultan Beyazid. Mereka mengepung Kota Constantinople menyebabkan penduduk kota itu menjadi cemas kerana terputus hubungan dengan dunia luar. Walaupun hamper menemui kejayaan namun takdir menentukan bahawa Kota Constantinople tidak dapat dibuka oleh Sultan Beyazid,” kata Panglima Tharhan.
Sultan Muhammad mendengar cerita itu dengan penuh khusyuk. Setiap kata-kata yang diucapkan oleh bapa saudaranya itu didengarnya dengan sepenuh tumpuan. Kata-kata itu meresap ke dalam jiwanya.
“Ketika itu Sultan beyazid diambang kejayaan. Walaupun tentera Islam boleh menyerbu masuk ke Kota Constantinople tetapi Sultan Beyazid lebih suka tentera Rom itu menyerah diri tanpa pertumpahan darah. Baginda mengutus surat meminta Maharaja Constantinople menyerah kalah. Tiba-tiba…inilah yang dinamakan takdir. Tentera Monggol yang diketuai oleh Timurlime menyerang Turki. Sultan Beyazid terpaksa mengerahkan tenteranya pulang ke Turki bagi mempertahankan negara mereka daripada serangan tentera Monggol. Kerana itu Kota Constantinople terselamat.
“Usaha menakluk Kota Constantinople diteruskan oleh Sultan Sulaiman, putera Sultan Beyazid tetapi gagal. Kemudian Sultan Murad ayahanda tuanku juga mencubanya namun gagal juga. Tuanku juga mesti meneruskan usaha itu sehingga berjaya.”
“Dengan izin Tuhan, saya pasti menawannya!” Begitu tekad Sultan Muhammad.
bersambung ke Episod ke-6: "Perangkap"
terus istiqamah bersama Blog ini
No comments:
Post a Comment