Kembali Ke Laman Utama

Thursday, May 6, 2010

Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim)

Objektif

• Memahamkan bahawa asas pembentukan daulah Islamiyyah bermula dengan rumah tangga muslim.
• Menjadikan rumah tangga ahli pendakwah sebagai satu qudwah hasanah
• Menjelaskan bahawa proses pembentukan rumah tangga mesti dititik beratkan untuk mewujudkan rumah tangga muslim

Muqaddimah

Asas pembentukan masyarakat Islam mesti bermula daripada diri individu, dan keluarga terlebih dahulu. Keluarga adalah unsur pembentukan pertama sebelum kita melangkah lebih jauh dalam membentuk masyarakat muslim.

Kerana keluarga dianggap sebagai sebuah Negara Islam yang kecil yang perlu beramal dengan prinsip Islam yang menjuruskan kepada pembentukan keluarga Islam yang sebenar. Kegagalan berbuat demikian bermakna jauh lagi untuk kita membentuk sebuah masyarakat yang diidamkan oleh pejuang Islam.

Langkah-langkah membentuk Rumah Tangga Muslim

1. Niat yang baik
2. Pemilihan bakal suami/isteri yang baik
3. Menitik berat soal agama
4. Pergaulan yang baik antara suami isteri
5. Keluarga yang dilengkapi dengan ilmu fardhu ‘ain dan kifayah
6. Mempraktikkan konsep kepimpinan Islam
7. Isteri menumpahkan ketaatan
8. Menjaga kehormatan keluarga
9. Bergurau senda memeriahkan rumah tangga
10. Suami berhias untuk isteri dan isteri berhias untuk suaminya
11. Mewujudkan sifat kasih sayang
12. Tolak ansur dan kerjasama
13. Memberi semangat supaya melaksanakan amanah jamaah
14. Warisilah perjuangan kepada anak-anak

Kesimpulan

Rumah Tangga Muslim (Baitul Muslim) bukan boleh dibina dalam satu saat, tetapi memakan proses yang panjang. Tapak kepada binaan itu ialah akidah dan penghayatan Islam di dalam diri suami isteri. Anggota jamaah hendaklah bersedia untuk mencanai diri untuk membentuk kelompok Negara Islam yang kecil dalam rumah tangga sebelum kita mendirikan masyarakat Islam di atas muka bumi ini.

Rujukan
Buku Manhaj Usrah Pas Peringkat Taarif 2, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat,2009

1 comment:

  1. salam perkenalan..
    ini link baru rise of islam http://freeourmind-blog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...