Kembali Ke Laman Utama

Friday, November 27, 2009

sabar dalam berdakwah...

Assalamualaikum...


Seringkali ada bertanya dan inginkan jawapan bagaimana caranya untuk kita merubah seseorang daripada keadaann sikapnya yang kurang baik kepada baik, amalannya, gaya hidupnya, ibadahnya dan pelbagai persoalan yang membawa kepada stress dan kerisauan.

Saya pula sekadar menjadi pendengar setia kepada mereka. Ceritalah apa sahaja yang kadangkala membuatkan penceritanya menangis mengenangkan nasibnya, saya senang memperkatakan tentang sabar. Sabar itu buka suatu perkara enteng bagi mereka yang ditimpa dugaan, hanya yang kuat dan cekal tabah mengharungi jalan yang ditentukan Pencipta kita.

Ia terlalu subjektif untuk dibicarakan. Lantaran itu saya sekadar berkongsi satu cerita yang berkisarkan pengalaman mendekati golongan yang digelar golongan “lelaki lembut”.

Ianya berlaku sewaktu saya masih diploma. Dan terlebih dahulu, maafkan saya wahai sahabatku, andaikata tulisanku ini tidak menyedapkan tatapanmu untuk diberitakan. Saya hanyalah insan biasa yang juga punyai perasaan “benci” pada golongan ini suatu ketika dulu. Ya, bahkan sebelum saya memasuki Universiti sebagai pelajar, saya pernah melihat kumpulan-kumpulan golongan ini diluar, maka saya mengatakan yang saya tak nak masuk universiti ini. Begitu marahnya dan bencinya saya pada golongan ini.

Ringkasnya,Allah mentakdirkan saya sambung ke Universiti ini dan membuatkan saya merenung kata-kata saya dahulu. Dialah sebaik-baik perancang. Berbalik pada kisah tadi, ditakdirkan saya mendapat seorang kawan satu kelas yang punyai sifat lembut dalam kelakiannya. Apatah lagi beliau akhirnya berpindah untuk tukar bilik menggantikan rakan saya, dan akhirnya beliau tinggal bersama kami yang lain. Ex-roomate beliau berjumpa saya memberitahu, “ lan, mu tolongla dia ni, aku puas dah nasihat dia,tak sembahyang,apalah itulah...erm,aku yang badan besar ni pun tak reti dah, rasa nak pukul pun....entahla lan, kalu tak boleh, sama ada dia yang berubah atau mu yang berubah...hahaha..” gelaknya pula....

Saya hanya tersenyum sinis. Apapun, buat relakslah kata hati saya. 2 bulan berlalu menyebabkan saya terkadang rimas keadaannya. Saya berusaha menyelami fikirannya, hatinya. Ya, sebenarnya bukan suatu yang mudah sama ada bagi saya atau beliau ataupun orang lain menerima beliau dan keadaan saya yang berkopiah berkawan. Saya tidak kisah pandangan kritikan lain,akhirnya kami dapat berkawan rapat.

Kadangkala celotehnya memanjang, kadangkala membosankan, namun setia melayani ceritanya. Pandangan saya berubah terhadapnya, dan beliau kelihatan seorang yang suka bercakap sebenarnya walaupun dilihat agak pasif diluar. Dunia dakwah begitu kompikated sehinggakan saya terpaksa berfikir ratusan idea untuk melihat beliau diatas tikar sejadah dan masjid.

Saya diperingatkan kata hati yang membisik Firman Allah yang menyeru agar berdakwah secara hikmah(bijaksana) dan mau’izah hasanah (method terbaik). 3bulan berlalu setelah pelbagai cara termasuk nasihat, solat didalam bilik agar diperhatikan beliau untuk belajar, membaca alquran didalam bilik, pasang nasyid yang kadang kala hampir berputus asa saya hendaknya.

Saya mengexplore computer saya melihat apa lagi bahan saya simpan. Ya! Saya mesti cuba jalan ini pula setelah beberapa kali kilk pada file-file PC saya.

Pagi esoknya seperti biasa untuk ke kelas, namun saya berkata pada kawan saya yang sorang lagi,si B.., malam ni kita tengok wayang nak tak? Kataku.... “wayang? Kat mana? Waaah, bestnya lawak kau lan...kat sini mana ada pawagam...”, aku mencelah pula, “laa, tak pa, lani serah kat aku, malam ni kita jadikan bilik kita ni sebagai tempat wayang..” sebenarnya saya merancang ini supaya bilik saya menjadi tempat yang diisi suasana Islamik agar hidayah diberikan pada rakan saya dengan izin Allah.

Maka pada malam itu ia bermula...saya mulakan dengan lagu-lagu dahulu, kemudian suasana bertukar gelap seketika. Saya pasangkan pula klip video sajak kematian yang heboh suatu masa dahulu. Tiba-tiba, beliau masuk kedalam bilik setelah penat study dibilik bacaan. “eehh, korang buat apa ni dalam gelap ni?” aku terus sapa, “maila join sekali, tengok wayang ni, pawagam bilik kita ni..” beliau mendekati dan duduk dibelakangku lantaran kawan-kawanku yang lain dari bilik sebelah pun datang...ketika itu scene sajak kematian, masing-masing terdiam, selepas itu kualih susun pula klip berikutnya yakni lagu menanti di alam barzakh, azab orang meninggalkan solat,sajak ibu buta, lagu belaian ibu dan lain-lain lagi yang biasa kumainkan dalam sesi slot keinsafan minggu orientasi pelajar baru.

Pendek ceritanya, setelah tamat saya terus buka lampu secara perlahan, dan masing-masing sakit mata akibat lama dalam kegelapan. Namun kulihat beliau menggosok matanya lagi...bukan kerana silauan cahaya lagi, namun kulihat dia mengalirkan airmatanya!

Beliau cuba menyembunyikan dirinya dan mengucapkan selamat malam untuk tidur. Biasanya saya bangun awal, namun esoknya terbalik pula. Beliau pula yang bangun awal. Kami dan yang lain terkejut sedikit. Dan lebih memeranjatkan, ketika kami bangun, beliau berada diatas tikar sejadah!

Inilah hari-hari yang gembira bagi kami. Namun waktu zohor dan asar pula beliau tak solat pula. Aduh kataku. Sekejap saja perubahannya. Namun malam beliau solat, sedikit demi sedikit. Adakala kami minta beliau secara baik untuk ajak ke surau, tapi belum lagi keinginannya lagi katanya.

Saban demi waktu, beliau menambahkan bilangan waktu solatnya daripada 1 kepada 2, kepada 3 dan sekarang? Alhamdulillah beliau cukup solat 5 waktunya setelah satu sem yang panjang bersamanya.

Itulah hidayah Allah, Dia berhak merubah hati seseorang dengan kehendaknya dan padaNyalah kuasa memberi petunjuk dan untuk menyesatkan.

Lalu kubicara, dakwah ini bukan berkesan dalam waktu sehari, bahkan mungkin mencapai puluhan tahun. Kuingati kata-kata imam as-syahid Hassan albanna dalam setiap jalan dakwahnya. Lalu kutemui bahawa erti sabar itu amat bernillai sekali beila kita dalam medan dakwah!

1 comment:

  1. Salam aidil adha.. Alhamdulillah.. kesabaran seorang rakan, akhirnya mampu mengubah rakannya ke arah yang lebih baik.. untung dapat sahabat macam saudara ini.. smoga sahabat saudara itu sentiasa berubah menjadi lebih baik lagi.. smoga sentiasa teruskan perjuangan dalam berdakwah.. (^__^)

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...