Kembali Ke Laman Utama

Saturday, November 28, 2009

IMAM MUSLIM


PENGENALAN

Imam Abul Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim lahir di Naisabur tahun 104 Hijrah / 820 Masehi dan wafat di kota kelahirannya juga pada 261 Hijrah / 875 Masihi. Beliau berasal dari keturunan Bani Quraisy salah sebuah Kabilah Arab. Imam Muslim adalah salah seorang ulama’ Hadis besar yang enam yang memiliki kitab Musnad Hadis.

MENGEMBARA

Sejak usia kanak-kanak, Imam Muslim telah rajin belajar, mempunyai otak yang cemerlang dan daya ingatan yang sangat kuat.Apabila berumur 10 tahun, beliau telah menghafaz Al Quran dan ribuan hadis lengkap dengan sanadnya.Kemudian beliau ke;uar dari negerinya dan mengembara ke negeri-negeri yang menjadi tumpuan para pelajar untuk menuntut ilmu seperti Iraq, Hijaz, Syam dan Mesir. Di Khurasan sendiri sendiri beliau belajar kepada Syeikh Yahya Bin Yahya dan Ishak Bin Rahwiah. Di Iraq, beliau belajar dengan Imam Ahmad Bin Hanbal dan Abdullah Bin Musallamah. Di Hijaz, Imam Muslim telah belajar dengan Harmalah Bin Yahya. Selain ulama’-ulama’ yang disebut tadi masih ramai lagi ulama’-ulama’ kenamaan yang menjadi guru kepada Imam Muslim.

Apabila Imam Bukhari datang ke Naisabur, Imam Muslim turut tidak melepaskan peluang untuk belajar dengan beliau.Sehingga dikatakan bahawa Imam Muslim seolah-olah tidak mahu berenggang dengan Imam Bukhari, seorang ulama’ hadis yang dikaguminya. Beliau mengucup kening Imam Bukhari semata-mata menghormati ulama’ tersebut.

“Izinkanlah aku mencium kedua-dua kakimu wahai tuan guru. Engkaulah penghulu para guru ilmu hadis, engkau adalah doctor yang dapat mengubat penyakitnya”kata Imam Muslim kepada Imam Bukhari.

Berkat ketekunannya belajar dan mengembara ke berbagai ceruk negara islam, Imam Muslim berhasil mengumpulkan 300,000 buah hadis yang diterimanya dari gurunya. Dari jumlah sekian itu hanya 7275 hadis yang dipilihnya hadis sahih. Akan tetapi yang ditulisnya kedalam kitab Sahihnya hanya berjumlah lebih kurang 4000 hadis saja, kerana yang 3000 hadis di antaranya banyak yang mempunyai maksud sama dan berulang-ulang. Kitab hadis yang di susun oleh Imam Muslim itu diberi nama Al-jami’us Shahih atau lebih dikenali dengan Shahih Muslim.

KARANGAN DAN MURID-MURIDNYA

Imam Muslim telah berjasa menyelamatkan sabda-sabda Rasulullah s.a.w daripada lenyap @ dipalsukan melalui karyanya yang terbesar iaitu Shahih Muslim. Para ulama kenamaan telah memberikan telah memberikan pujian terhadap kebesaran iman muslim dan kehebatan karyanya yang ditulis selama bertahun tahun. Itu. Seorang muridnya yang bersama guru saya, Imam Muslim dalam menyusun kitab Shahihnya yang mengandungi 12 ribu hadis itu selama 15 tahun.


TERLALU BANYAK MAKAN KURMA

Al-Khatib mnceritakan sebab kematian Imam Muslim. Suatu hari Imam Muslim menghadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu hadis kepada Imam Muslim,tapi dia tidak mengetahui akan hadis tersebut. Beliau balik tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan Hadisnya.

Sesampainya dirumah, beliau terus masuk kedalam biliknya dan menyalakan lampu.

“sesiapapun tidak boleh masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu. Pada siang harinya, seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Maka kurma itu pun dibawa masuk ke dalam biliknya.

Mulalah beliau menyemak catatan hadisnya. Apabila selesai membaca satu hadis, beliau mencapai sebiji kurma dan memakannya.kemudian membaca satu hadis lagi, lalu mencapai sebiji kurma dan memakanya setelah satu hadis yang dibacanya selesai. Demikian seterusnya sehingga pagi dan tanpa disedarinya satu bakul kurma telah habis dimakannya .Akibatnya, beliau sakit perut yang membawa pada ajalnya.Maka pada hari ahad malamisnin,25 Rajab tahun 261 Hijrah Imam besar itu wafat dan dikebumikan pada esok harinya.Radiallahu anh.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...