Kembali Ke Laman Utama

Friday, November 27, 2009

Salam Lebaran Eidul Adha


Saya, mewakili keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut idul adha dan selamat menjalankan ibadah korban kepada pengunjung blog ini, sahabat-sahabat serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin. Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Marilah kita berdoa moga umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji kekal dalam keselamatan dan tidak ditimpa sebarang kemalangan.

MOHD AZLAN KAHLID

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...