Niat bukanlah lafaz amalan lidah yang difahami orang ia perlu dilafazkan
sepertimana "sahaja aku berniat...." yang belum tentu mewakili tujuan
sebenar. Ia juga bukanlah susunan perkataan yang perlu diatur sehinggakan perlu
diulang-ulang atau dihafal sehingga ada yang mengganggu ketika mendirikan solat
mahupun sebagainya.
Bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): “Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati.
Niat merupakan perkara wajib dan kesemua para ulama besepakat termasuk empat mazhab iaitu mazhab Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris dan Ahmad bin Hanbal. [i]Oleh yang demikian, wajib ke atas pengeluar zakat berniat bagi membezakannya dengan pemberian sadaqah mahupun kafarah. Sepertimana yang dinaqalkan pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Waktu Berniat
Pengeluar zakat (pemilik harta) hendaklah berniat antara 2 masa atau pada kedua-duanya sekali iaitu ketika:
i. Sewaktu penyerahan kepada orang yang berhak
ii. Sewaktu pemisahan nilai yang mahu dizakatkan daripada harta. Niat ini sudah cukup dan tidak perlu diniatkan lagi semasa penyerahan zakat.
Wakil (orang tengah) boleh mewakilkan pengeluar zakat
Bagi yang diwakilkan hendaklah sewaktu penyerahan kepada wakil dan tidak wajib bagi wakil untuk berniat sewaktu penyerahan zakat kepada orang yang berhak. Tetapi adalah baik jika wakil juga berniat sewaktu penyerahan zakat jika sekiranya pemilik harta tidak berniat / terlupa, maka memadailah orang yang mewakilkannya tadi. Niat sewaktu penyerahan kepada pihak pemerintah ataupun wakilnya. Ini sudah memadai kerana wakil pengurus zakat merupakan wakil kepada asnaf yang berhak.[ii]
Amil tidak boleh berniat bagi pihak pengeluar zakat
Jika pemilik tidak berniat swaktu diserahkan zakat kepada pemerintah, niat pemerintah selepas itu tidak memadai dan harta itu bukanlah dikira sebagai zakat. Ini kerana pemerintah (pengurus zakat) hanyalah wakil kepada orang yang berhak (asnaf zakat). Oleh itu pengurus zakat tidak boleh dikatakan boleh berniat bagi pengeluar kerana ia merupakan wakil kepada orang yang berhak.
Dipaksa mengeluarkan zakat
Sekiranya pemerintah mengambil harta secara paksa kepada pemilik harta yang enggan mengeluarkan zakat, maka niat pemerintah dianggap sebagai zakat. Ia dikira sah kerana darurat menurut pandangan mazhab Syafie.[iii] Bagi Abu Khitab dan Ibnu Uqail mengatakan keadaan paksaan ini menuntut pemilik harta wajib niat berzakat dan bukan pula pemerintah. [iv]
Dr. Zulkifly Muda; Isu-Isu Berkaitan Dengan Zakat terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, hal. 104-105

“Sesungguhnya setiap amalan itu
hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan
mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau
untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu
mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).
Waktu Berniat
Pengeluar zakat (pemilik harta) hendaklah berniat antara 2 masa atau pada kedua-duanya sekali iaitu ketika:
i. Sewaktu penyerahan kepada orang yang berhak
ii. Sewaktu pemisahan nilai yang mahu dizakatkan daripada harta. Niat ini sudah cukup dan tidak perlu diniatkan lagi semasa penyerahan zakat.
Wakil (orang tengah) boleh mewakilkan pengeluar zakat
Bagi yang diwakilkan hendaklah sewaktu penyerahan kepada wakil dan tidak wajib bagi wakil untuk berniat sewaktu penyerahan zakat kepada orang yang berhak. Tetapi adalah baik jika wakil juga berniat sewaktu penyerahan zakat jika sekiranya pemilik harta tidak berniat / terlupa, maka memadailah orang yang mewakilkannya tadi. Niat sewaktu penyerahan kepada pihak pemerintah ataupun wakilnya. Ini sudah memadai kerana wakil pengurus zakat merupakan wakil kepada asnaf yang berhak.[ii]
Amil tidak boleh berniat bagi pihak pengeluar zakat
Jika pemilik tidak berniat swaktu diserahkan zakat kepada pemerintah, niat pemerintah selepas itu tidak memadai dan harta itu bukanlah dikira sebagai zakat. Ini kerana pemerintah (pengurus zakat) hanyalah wakil kepada orang yang berhak (asnaf zakat). Oleh itu pengurus zakat tidak boleh dikatakan boleh berniat bagi pengeluar kerana ia merupakan wakil kepada orang yang berhak.
Dipaksa mengeluarkan zakat
Sekiranya pemerintah mengambil harta secara paksa kepada pemilik harta yang enggan mengeluarkan zakat, maka niat pemerintah dianggap sebagai zakat. Ia dikira sah kerana darurat menurut pandangan mazhab Syafie.[iii] Bagi Abu Khitab dan Ibnu Uqail mengatakan keadaan paksaan ini menuntut pemilik harta wajib niat berzakat dan bukan pula pemerintah. [iv]
Dr. Zulkifly Muda; Isu-Isu Berkaitan Dengan Zakat terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, hal. 104-105
No comments:
Post a Comment