Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 31, 2024

Mengenang As Syahid Ismail Haniyeh

Ismail Haniyeh


Ismail Haniyeh  
Lahir di 
Al-Shati8 Mei 1963
meninggal di Iran, 31 Julai 2024 pada umur 61 tahun)
Pemimpin utama Harakah Muqawamah Islamiyyah (HAMAS) Palestine.
Perdana Menteri Palestin pada Jun 2006 - Jun 2007. Beliau terbunuh di Iran pada 31 Julai 2024.

Dunia dikejutkan dengan keganasan kerajaan haram israel apabila terlibat merancang dan membunuh Ismail Haniyeh melalui pembunuhan beliau sewaktu lawatan ke Iran.

Sebelumnya, 3 anak lelaki beliau juga syahid diserang tentera Israel apabila kereta dinaiki anak-anaknya diserang pesawat Israel, manakala 3 cucunya juga turut syahid, ketika mana isteri Ismail menjalani rawatan di Doha. Ismail Haniyeh langsung tidak menangis menerima berita itu, bahkan sempat senyum kerana gembira kesyahidan mereka.

“Melalui darah syuhada dan kesakitan mereka yang cedera, kami mencipta harapan, kami mencipta masa depan, kami mencipta kemerdekaan dan kebebasan untuk rakyat kami dan negara kami,” katanya yang memberitahu bahawa kira-kira 60 ahli keluarganya, termasuk anak saudara terbunuh sejak perang bermula.

Pada Oktober 2023 juga, 14 ahli keluarganya juga terbunuh dalam serangan ke atas kediamannya di Gaza, Palestine.

“Jika mereka fikir bahawa menyasarkan anak-anak saya ketika kemuncak rundingan ini sebelum maklum balas pergerakan (Hamas) dikemukakan akan menyebabkan Hamas mengubah kedudukan, mereka berkhayal,” kata Ismail merujuk kepada Israel.

“Darah anak-anak saya tidak lebih berharga daripada darah anak-anak rakyat Palestin…semua syuhada Palestin adalah anak-anak saya.”


Pada 1987 beliau dipenjara 18 hari setelah terlibat dalam protes, 6 bulan dipenjara pada 1988 dan 3 tahun penjara seterusnya pada tahun 1989 selepas disyaki terlibat dengan Hamas. Kehidupannya sudah terbiasa mendapat siksaan dan penderaan daripada tentera penjajah.Bahkan beliau beberapa kali menjadi target pembunuhan oleh tentera Israel termasuk sasaran ejen perisikan Mossad. Ejen Mossad turut ditempatkan di seluruh negara umat Islam bagi memantau figura yang menjadi ancaman kepada Israel termasuk di Malaysia.

Beliau adalah anak didik pengasas Hamas Sheikh Ahmad Yassin yang syahid pada tahun 2004, termasuk Abdul Aziz Rantisi yang syahid ditembak helikopter apatache pada 2004.

Pada pagi 31 Julai 2024, berita syahidnya beliau disambut kegembiraan walaupun bersedih atas pemergiaannya. Ketahuilah, orang syahid itu hidup di sisi Rabbnya, bahkan akan menguatkan lagi semangat jihad umat Islam.

No comments:

Post a Comment