Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 20, 2024

POHON KURMA MENANGIS APABILA MIMBAR BARU RASULULLAH SAW DIBINA



Dalam Sahih al-Bukhari.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُومُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلَى شَجَرَةٍ أَوْ نَخْلَةٍ، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنَ الأَنْصَارِ ـ أَوْ رَجُلٌ ـ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَجْعَلُ لَكَ مِنْبَرًا قَالَ ‏"‏ إِنْ شِئْتُمْ ‏"‏‏.‏ فَجَعَلُوا لَهُ مِنْبَرًا، فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ دُفِعَ إِلَى الْمِنْبَرِ، فَصَاحَتِ النَّخْلَةُ صِيَاحَ الصَّبِيِّ، ثُمَّ نَزَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَضَمَّهُ إِلَيْهِ تَئِنُّ أَنِينَ الصَّبِيِّ، الَّذِي يُسَكَّنُ، قَالَ ‏"‏ كَانَتْ تَبْكِي عَلَى مَا كَانَتْ تَسْمَعُ مِنَ الذِّكْرِ عِنْدَهَا ‏"‏‏.‏


Daripada Jabir radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam biasanya berdiri berkhutbah pada hari Jumaat di sebatang pokok kurma.

Seorang wanita atau lelaki Ansar berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah kami buatkan untuk mu mimbar?"

Baginda menjawab: "Boleh, jika kalian mahu."

Lalu mereka membuatkan untuk baginda mimbar.

Apabila tibanya hari Jumaat, baginda pun naik ke mimbar tersebut. Lalu pokok kurma itu mengeluarkan bunyi seperti bunyi bayi. Kemudian baginda pun turun dari mimbar lalu pergi memeluk pokok kurma seperti sedang menenangkan yang sedang menangis.

Baginda bersabda: "Ia menangis kerana (tidak dapat mendengar lagi) apa yang biasa ia dengar daripada peringatan berhampirannya."

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, Bab 'Alamat an-Nubuwwah, hadis no: 3584].

No comments:

Post a Comment