Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 31, 2014

Saidina Umar Al Khattab dan Solat Tarawih

Orang pertama yang mengumpulkan orang ramai untuk melakukan solat tarawih adalah Umar bin Al Khattab. Umar r.a juga menuliskan surat kepada para pembantunya di pelbagai wilayah supaya melakukan solat tarawih secara berjemaah. Alasannya, kerana pada suatu malam di bulan Ramadhan, Umar pergi ke masjid dan melihat orang ramai berkelompok-berkelompok di sana sini. Sebahagiannya mengerjakan solat sendiri-sendiri, dan sebahagian lagi solat berjemaah bersama kelompok masing-masing.

Umar berkata: 
“Seandainya aku kumpulkan mereka semuanya di belakang imam, nescaya hal itu lebih utama.”

Kemudian, Umar mengumpulkan mereka dan memujuk Ubay bin Ka’ab sebagai imam.

Abdul Rahman bin Abd Al Qari berkata: “Pada malam berikutnya aku pergi ke masjid bersama Umar. Ketika itu, orang ramai solat berjemaah di belakang seorang imam. Umar berkata: 

“Alangkah bagusnya bidaah ini! Walaupun sesungguhnya, solat yang mereka tinggalkan (yakni solat di akhir malam) lebih utama daripada yang mereka kerjakan sekarang ini.” (HR. Bukhari)

Solat tarawih bukanlah solat yang ditetapkan oleh Umar. Beliau juga bukan orang pertama yang menetapkannya. Solat ini sudah ditetapkan semenjak zaman Nabi saw. Namun demikian, Umar merupakan orang pertama yang mengumpulkan orang para jemaah mengerjakan solat tarawih di belakang seorang imam. Sebelumnya, mereka semua solat sendiri-sendiri, kemudian Umar mengumpulkan mereka di belakang seorang imam.

Adapun dalil pensyariatan solat tarawih bersumber dari petunjuk Nabi saw. Beliau telah mengerjakan solat tarawih pada malam bulan Ramadhan. Beliau bersabda:

“Barang siapa berqiam Ramadhan (Solat Tarawih) kerana iman dan mencari redha Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari)

Diriwayatkan dari Urwah bin Az Zubair, dari Aisyah, bahawasanya Rasulullah saw pernah keluar pada malam hari. Beliau solat di masjid, kemudian ramai orang yang solat bersama beliau. Demikian pada malam berikutnya, beliau solat dan bertambah ramai orang yang solat bersama beliau. Pada malam ketiga, beliau solat dan bertambah banyak orang yang solat bersama beliau. Pada malam keempat, orang ramai berkumpul menunggum tetapi beliau tidak pergi ke masjid. Beliau baru pergi ke masjid pada ketika solat Subuh.

Selepas solat Subuh, beliau mengatakan kepada para jamaah: 

“Sungguh aku lihat apa yang kamu perbuat malam tadi. Tetapi aku tidak keluar kerana aku takut kalau solat itu diwajibkan kepada kamu, kemudian kamu tidak sanggup melakukannya.” Rasulullah saw wafat dan keadaannya (solat Tarawih) tetap seperti itu. (HR. Bukhari)

Yang dimaksudkan dengan ‘bidaah’ dalam ungkapan Umar: “Alangkah bagusnya bidaah ini”, adalah bidaah dari segi bahasa. Sebab segala perbuatan yang dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya dinamakan bidaah dalam bahasa. Tindakan Umar mengumpulkan orang-orang yang berada dalam masjid untuk mengerjakan solat tarawih di belakang seorang imam dan mengumumkan hal ini ke pelbagai wilayah, menunjukkan kecintaan dan perhatian Umar terhadap masalah disiplin.

Amirul Mukminin; Umar bin Al Khattab: Kepimpinan dan Kewibawaannya. Oleh Dr. Ali Muhammad As Shallabi. MS. 230-232. 

No comments:

Post a Comment