Pekerjaan
itu dibahagikan kepada 2 kumpulan:
1) Tidak
berkaitan dengan kerajaan: Kedoktoran,jurutera,peguam,tukang jahit,tukang kayu
dan lain-lain pekerjaan swasta/persendirian.
2) Berkait
dengan kerajaan: institusi-institusi dan syarikat-syarikat sama ada yang umum
atau yang khusus dimana pegawai/kakitangannya diberi gaji bulanan. Gaji yang
diperoleh oleh orang yang makan gaji dengan kerajaan ataupun dari swasta adalah
disebut oleh ahli feqah sebagai “al-mal
al-mustafad” [1]yang
bermaksud harta perolehan.
Dalam
4 mazhab, al-mal al-mustafad tidak dikenakan zakat sehinggalah ia mencukupi
nisab (paras kelayakan berzakat) dan genap hawl (cukup setahun). Ulama selain
mazhab Syafie mengatakan, seluruh harta yang disimpan hendaklah dikeluarkan
zakat jika cukup nisab walaupun di saat akhir sebelum habis hawl.
Kesimpulannya,
zakat “al-mal mustafad” adalah wajib
sebaik sahaja diterima walaupun tidak genap hawl. Ini berpandukan pendapat
sebahagian pendapat sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, dan Muawwiyah,
pendapat sebahagian tabi’en seperti al-Zuhry, al Hassan al-Basri dan Makhul,
pendapat Umar bin Abdul Aziz, pendapat al-Baqie, al-Sadiq dan al-Nasir, serta
pendapat Daud al-Zahiry.
Kadar
wajib ialah 2.5% iaitu berdasarkan nas yang mewajibkan zakat wang iaitu 2.5%
(rubu’ al-Usyur), tidak kira sama ada genap hawl (cukup setahun) atau tidak.
Apabila
gaji atau al-mal al-mustafad itu telah dikeluarkan zakat pada hari
penerimaannya maka ia tidak dikeluarkan sekali lagi ketika tamat hawl (cukup
setahun).
Maka
dengan itu samalah antara orang yang makan gaji atau orang yang memperolehi
pendapatan daripada kerja bebas dengan para petani yang wajib mengeluarkan
zakat tanaman sebaik sahaja menuai.
Rujukan:
Dr. Wahbah Az-Zuhaily,Fiqhul Islam wa ‘Adillahtuhu,Fasal 1,Zakat.hlm.949-950.
No comments:
Post a Comment