Kembali Ke Laman Utama

Monday, August 12, 2013

Pendakwah itu Doktor Hati dan Doktor Jiwa.

Kaedah Berdakwah

Kaedah dakwah yang berjaya adalah keupayaan mengenalpasti penyakit mad’u dan mengetahui ubat yang diperlukan serta memastikan kesesuaian ubat adalah betul. Di samping itu kekeliruan yang menghalang mad’u untuk mengenali penyakit juga perlu dihentikan. Mereka juga perlu digalakkan menggunakan ubat yang disediakan dan menegur mereka supaya tidak mengabaikan ubat ini. Langkah seterusnya ialah mad’u yang menerima dakwah ini perlu dididik dan diajar supaya mereka memperolehi imuniti melawan supaya penyakit ini tidak berulang.

Penyakit dan Ubat

Mengenalpasti Penyakit dan Ubat.

Doktor akan terlebih dahulu mengenalpasti penyakit kemudian barulah rawatan dijalankan. Pendakwah merupakan DOKTOR HATI dan DOKTOR JIWA. Bukan sekadar melihat symptom penyakit, tetapi juga merawatnya tanpa mengabaikan puncanya.

Punca Penyakit dan Ubat

Punca penyakit manusia sejak dahulu lagi ialah tidak mengenali Allah swt dan menjauhkan diri daripada Allah swt. Keengganan mengikuti ajaranNya dan enggan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah, terpedaya dengan dunia, melupakan serta tidak meyakini akhirat. Semua ini merupakan puncanya.

Ia wujud dalam diri orang kufur malah turut melanda diri orang-orang yang beriman terutama orang Islam yang lemah akidahnya. Berlarutnya penyakit ini akan membawa wabak kejahatan dan keburukan. Kejahatan akan wujud bergantung kepada punca-punca yang ada ini.

Ubat segala penyakit ialah keyakinan dan keimanan kepada Allah swt di samping menafikan segala bentuk tuhan sembahan serta ikutan.

Memantapkan elemen teras kepada akidah Islam menjadi dasar kepada pendakwah. Segala elemen akidah ini menjadi perkara pokok yang tidak akan diabaikan samasekali dan diletakkan kepentingan paling utama berbanding perkara yang sampingan.

Apabila teras ini bertapak kukuh dan diterima sasaran dakwah yang sebelum ini masih kufur/enggan, langkah seterusnya ialah meyakinkan mereka dengan ajaran Islam akan menjadi mudah. Jika mereka menolak teras ini, bermakna mereka menolak kesemua kandungan ajaran Islam ini.

AlQuran diturunkan di Mekah dengan menjelaskan persoalan pokok akidah seperti iman kepada Allah, keesaan, rububiyyah dan uluhiyyah Allah swt, beriman dengan hari akhirat, kesudahan manusia, keimanan kepada Rasulullah saw dan amal-amal soleh.

Pendekatan yang di formulakan alQuran memantapkan akidah ini diteruskan pula umat Islam berhijrah ke Madinah. Ayat demi ayat turun menjelaskan persoalan pokok akidah malah ayat-ayat yang berkenaan dengan muamalat turut di akhiri dengan persoalan akidah seperti beriman kepada Allah swt dan hari akhirat. Kegoyahan akidah umat Islam ini boleh dikenalpasti melalui perbuatan mereka yang melanggar perintah syarak, malas melaksanakan perintahNya, atau terlalu hanyut dengan hawa nafsu dan kesesatan.

Sumber: Olah dan edit daripada "Kaedah Berdakwah: Islam dan Dakwah" oleh Dr Abdul Karim Zaidan

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...