Di dalam
satu naskah surat Saidina Umar al Khataab kepada para pemimpin pasukannya,
beliau menyatakan peringatan selepas mendapat aduan daripada rakyatnya di
wilayahnya, “Saya dengar bahawa ada di kalangan keluarga anda yang
bermaharajalela dengan suatu corak gaya pakaian, makanan, minuman dan
berkenderaan yang belum ditemukan contoh dan bandingannya di kalangan kaum
Muslimin. Maka berhati-hatilah wahai hamba Allah, agar anda tidak berubah
menjadi haiwan yang melalui di sebelah lembah yang subur, maka tidak ada
ingatan selain daripada makan, hingga matinya juga kerana makan! Dan ketahuilah
bahawa setiap pemimpin itu kembalinya kepada Allah, dan sekiranya ia
tergelincir, maka rakyat akan ikut tergelincir, dan sejahat-jahat manusia ialah
pemimpin yang rakyatnya menderita kesengsaraan kerana olahannya!”
Sumber: "Sejarah hidup Khalifah Umar Al Khattab R.A", oleh Hj Husseiny Zamburi
No comments:
Post a Comment