Syarat
-Cukup Haul (tempoh setahun)
-Melepasi paras nisab (Aras minimum kelayakan zakat)
Nisab ditentukan bersandarkan 85g emas komoditi (bukan harga pasaran kedai)
Zakat wang simpanan merupakan zakat yang di kenakan ke
atas wang yang di simpan sama ada dalam bentuk wang kertas, syiling atau
yang setaraf dengan emas dan perak di mana ia memberi kuasa beli kepada
pemiliknya. Zakat wang simpanan merangkumi simpanan di dalam akaun
simpanan, simpanan tetap, simpanan semasa serta lain-lain bentuk
simpanan.
Nisab wang simpanan adalah senilai 85 gram emas dan di
kira setelah cukup setahun (tahun masihi)mengikut kiraan tertentu. Kadar
kiraan zakat adalah 2.5%.
Orang Islam yang mempunyai simpanan wang simpanan di
mana-mana tempat/institusi kewangan yang melebihi nisab dan mencukupi
satu tahun simpanan.
Kaedah pengiraan:
- Bagi simpanan tetap setelah cukup haul simpanan iaitu
354 hari dan / atau mencukupi nisab (andaian nisab semasa RM 14057.66) wajib
dikeluarkan zakat
- Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah bagi semua akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
- Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah bagi semua akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Misalnya:
(Baki terendah bagi tahun 2013 adalah RM 15,000.00) = RM 15,000.00 * 2.5 % = RM 375.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM 375.00)
- Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun tempohnya, maka WAJIB dikeluarkan zakat.
No comments:
Post a Comment