Kembali Ke Laman Utama

Thursday, February 7, 2013

Zakat emas dan perak (termasuk perhiasan) - Negeri Terengganu



Ulama’ bersepakat bahawa Emas dan Perak wajib di kenakan zakat. Bagi Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafi’e serta Imam Hanbali berpendapat bahawa nisab bagi zakat Emas bersamaan dengan 20 mithqal (85 gram) manakala nisab bagi Perak pula adalah bersamaan dengan 200 dirham (595 gram).
Hawl bagi kedua-dua barang-barang perhiasan terbabit adalah setahun.

Kadar kenaan zakat adalah 2.5 %

Bagi Emas, terdapat 2 perkiraan pengenaan zakat iaitu Emas yang disimpan dan Emas yang di pakai. Bagi Emas yang disimpan, nisabnya adalah 85 gram manakala Emas yang di pakai adalah tertakluk kadar berat pemakaian emas setempat oleh kaum wanita Islam.Nisab emas pakai pula ialah 850Gram, selebihnya barulah dikenakan zakat.

Semua orang Islam yang menyimpan emas dan perak dalam bentuk perhiasan atau sebagainya melebihi nisab dan uruf setempat serta mencukupi satu tahun simpanan. Kaedah pengiraan:

a)   Zakat Emas
Pembayaran zakat emas terbahagi kepada 2 iaitu:

·         2.5 % atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar nisab (85 gram)

·         Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan melebihi uruf iaitu pemakaian setempat seseorang itu.Negeri Terengganu menggunapakai 850Gram. Misalnya:
Jika pemakaian setempat seseorang individu itu (uruf) ialah 850 Gram dan jumlah emas yang dipakai ialah 900 Gram, maka zakat yang dikenakan sebanyak 50 Gram setelah ditolak uruf.

b)   Zakat Perak
2.5 % ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi kadar nisab (595 gram)

Kilik di sini untuk artikel zakat emas berikutnya 

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...