Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Saturday, August 13, 2011

Zakat Pendapatan

Soalan:

Saya masih samar-samar tentang zakat pendapatan kerana ia suatu yang baru. Ada orang kata kena zakat. Ada juga ahli agama yang kata tidak wajib. Mohon ustaz beri penjelasan dan dalil-dalilnya sekali.

Jawapan:

Antara harta yang boleh dikenakan zakat ialah pendapatan seseorang seperti gaji, bonus, upah dan sebagainya. Ada juga orang yang tidak bersetuju dengan zakat pendapatan dengan alasan wang gaji pun tak cukup. Semasa dapat gaji memanglah kaya tetapi masuk pertengahan bulan, “sakit” juga sebelum mendapat semula gaji. Ehmm..sungguh juga. Tetapi kadang-kadang syariat tidak boleh dilogikkan dengan pandangan akal.

Termasuk juga dalam pendapatan, hasil sewaan seperti rumah yang disewakan.

Dalilnya adalah umumnya ayat al-Quran yang mewajibkan nafkah sebahagian harta. Firman Allah:

"Dan dari apa yang Kami rezekikan kepada mereka, lalu mereka infaqkan." (Surah Al-Baqarah:3)

Ada juga pendapat menyatakan bahawa wang pendapatan ini termasuk dalam al-mal al-mustafad (harta yang diperolehi). Di bawah konsep ini, tidak ada tempoh haul setahun yang diperlukan. Apabila dapat sahaja wang, maka zakatkanlah ia. Contohnya usahawan yang mungkin menerima pembayaran setiap minggu atau sebulan sekali atau 3 bulan sekali dan sebagainya. Tambahan pula hadis penetapan haul adalah dhaif.

Apa pun yang pentingnya ialah mengeluarkan zakat. Wang zaman sekarang mudah dihitung. Gaji sekarang pun ada penyatanya. Boleh dibayar zakat setiap bulan atau setahun sekali.

Cara Pengiraan Zakat Pendapatan.

Ada beberapa cara, antaranya:

1. Jumlah pendapatan kasar tanpa apa-apa penolakan.

Contohnya gaji sebulan                 : RM 3000
Setahun RM 3000x12                   : RM 36000
Zakatnya ialah 2.5%x RM 36000   : RM 900

2. Hanya pendapatan bersih sahaja yang dikira

Contohnya gaji sebulan                  : RM 3000
KWSP                                         : RM 300
Hutang Rumah                             : RM 600
Hutang Kereta                              : RM 400
Pendapatan Bersih                        : RM 1700
RM 1700x12= RM 20400
Zakatnya ialah 2.5%x RM 20400= RM 510

3. Dibuat tolakan sebagaimana dalam cukai pendapatan

Contohnya gaji sebulan                 : RM 3000
KWSP                                        : RM 300
Hutang Rumah                            : RM 600
Hutang Kereta                             : RM 400
Diri Sendiri                                 : RM 400
Isteri                                          : RM 400
Anak                                          : RM 100
Ibu Bapa                                     : RM 100
Pendapatan Bersih                        : RM 900

RM 900x12= RM 10800. Kadar ini sekiranya melebihi *nisab semasa, maka diwajibkan zakat sebanyak 2.5%x RM 10800= RM 270.

Ini hanya sekadar contoh sahaja. Agak-agak kaedah yang macam mana menjadi pilihan anda? Anda ada jawapannya…

Sumber: Buku "Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat, Tetapi Anda Malu Bertanya oleh Muhammad Nidzam Abdul Kadir, Terbitan Telaga Biru,M/s 53-61

2 comments:

  1. gaji 3000 x 12 =36000
    - perbelanjaan diri stahun = 8000
    - isteri seorang = 5000
    - anak seorang = 1000
    - koperasi yg da byr zakat
    - blanje bg mak n ayah bulanan x 12
    - perubatan..
    xingat dah, gini op?
    hehe

    ReplyDelete
  2. betul dah tu,yg atas tu contoh jer dr buku..thanks where

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...