Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud sage yang dapat diertikan sebagai “seorang yang amat bijaksana” atau “dia yang mendapat petunjuk”. Kadangkala istilah ini digunakan dengan maksud nabi. Gautama Buddha, pengasas agama Buddha, pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha pada akhir zaman. Antim yang bermaksud yang terakhir lantas Antim Buddha bermaksud nabi yang terakhir.
Di saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya yang bernama Ananda.
“O’ Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teachings of truth and charity. His deposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach the truth, as I have taught the truth. He will give the world a way of life which will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be MAITREYA.” (Daripada Gospel of Buddha oleh Carus hal.217)
Maksudnya, “Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, lahir seorang Buddha di dunia yang menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci lagi teguh beragama. Dia memiliki ilmu dan kebijaksanaan. Dia menjadi pemimpin dan pembimbing bagi semua manusia. Dia mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya ialah MAITREYA[i].”
Berlandaskan perkataan Buddha in, dapatlah dirumuskan beberapa perkara berhubung sifat utusan akhir zaman mengikut agama Buddha iaitu:
- Beliau adalah seorang manusia
- Beliau adalah seorang yang berperibadi yang amat mulia
- Beliau datang sebagai pemimpin bagi manusia
- Beliau juga seorang pembimbing yang mengajar kebenaran kepada semua
- Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak hanya kepada kelompok-kelompok tertentu.
- Ajaran yang dibawanya adalah suatu ajaran yang lengkap
- Beliau adalah MAITREYA
Nabi Muhammad adalah seorang manusia biasa berpandukan kenyataan Allah yang bermaksud, “katakanlah , sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku Tuhanmu itu adalah Tuhan yang esa.” (Surah Al-Kahfi; ayat 110)
Peribadi Nabi Muhammad teramat mulia sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah Al-Qalam; ayat 4)
Akhlak dan peribadi beliau adalah contoh kepada semua. Allah menyatakan, “Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu.” (Surah Al-Ahzab ayat 21)
Daripada sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin negara Islam pertama yang didirikan di Madinah yang wajib ditaati. Allah menyatakan, “Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia mentaati Allah.” (Surah Al-Nisa’; ayat 80)
Nabi Muhammad adalah seorang pembimbing dan pendidik yang unggul sebagaimana yang dinyatakan Allah, “Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang yang beriman semasa Allah mengutus kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan hikmat.” (Surah Al-Imran; ayat 164)
Di samping itu beliau diutus kepada seluruh manusia berdasarkan kenyataan Allah, “Tidak kami utus kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya.” (Surah As-Saba’;ayat 28)
Risalah yang dibawa nabi adalah suatu risalah yang lengkap lagi sempurna. Allah menyatakan, “Pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmat.” (Surah Al-Maidah; ayat 3)
Mengikut ajaran agama Buddha, utusan akhir zaman dikenali sebagai MAITREYA. Dalam majalah THE LEADER , edisi 16 Oktober 1930, disebutkan perkataan MAITREYA bermaksud Merciful ataupun ‘Pembawa Rahmat’[ii]. Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren dalam Mohammad in the Buddhist Scriptures.[iii]
Kesemua ini selari dengan keperibadian Nabi Muhammad kerana beliau adalah seorang pembawa rahmat seluruh alam seperti yang disebutkan di dalam al-Quran, “Tidak kami utus kamu (Muhammad) melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam.” (Surah Al-Anbiya’; ayat 107)
No comments:
Post a Comment