Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Saturday, February 12, 2011

Mubarak Mangsa Doa Keramat Rakyat Mesir

Akhirnya, setelah puluhan tahun umat Islam Mesir dirantai besikan dibawah kepimpinan menggigit sehingga saudara mara dan jiwa-jiwa Palestin yang tidak berdosa syahid berganti hari akibat tangan Mubarak. Demokrasi terpimpin daripada barat yang menjadikan negara umat Islam yang berkepentingan itu akhirnya musnah dengan kebangkitan rakyat Mesir yang menuntut hak keadilan dan perasaan benci yang memunggah dan bersarang dalam batin mereka. Nah, kau saksikan sendiri dengan matamu sendiri wahai pemimpin yang zalim, tatkala tarikh keramat 12 Febuari 2011 ini melengkapkan genapnya kelongsong-kelongsong peluru panas menghinggapi bapa pembangun Ikhwanul Muslimin, pada tanggal 12 Febuari 1949, diganti dengan kejatuhan Mubarak dari kerusi emasnya dan mahligai indahnya.


Pastinya, kegelisahan melanda dada-dada para pemimpin zionis yang berdendam kesumat terhadap umat Islam. Ia merupakan suatu kebangkitan yang melakar sejarah umat Islam, dan semoga membangunkan umat Islam yang lama dilena dan dicandukan oleh barat.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...