Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 10, 2011

Menghadapi Perang Saraf

Perang saraf merupakan salah suatu strategi peperangan yang paling merbahaya kerana kepakaran ini mampu melemahkan dan menghancurkan musuh tanpa melibatkan diri dalam suatu peperangan secara terbuka. Kalaupun terlibat, kerugian yang dialami adalah ditahap yang minimum.

Perang saraf ini telah digunakan sejak sekian lama, yang kebiasaannya digunakan terhadap rakyat dan kerajaan musuh sebagaimana yang pernah ditampilkan oleh panglima Perang Mu’tah, Khalid Al-Walid terhadap tentera Rom walaupun jumlah tentera Islam sekadar 3000 orang, tetapi mampu mengalahkan 200000 pasukan tentera Rom dengan kebijaksanaan strategi yang menakjubkan. Bahkan Sultan Muhammad Al-Fateh juga kerap menggunakan kaedah peperangan saraf ini bagi mengecutkan semangat tentera Maharaja Constantine sebelum penaklukan besar-besaran pada tanggal 1453M.

Sebagai umat Islam, kita pasti berdepan suasana peperangan saraf ini dari semua peringkat, sama ada peringkat antarabangsa, nasional dan negeri. Oleh sebab itu adalah menjadi tuntutan kepada kita supaya mengetahui, memahami, menyelidik, dan menyaksikan cara-cara dan matlamat-matlamatnya supaya jelas pada diri kita di samping memahirkan diri dalam mengambil jalan membebaskan diri dari terperangkap strategi musuh.

Matlamat peperangan saraf ini adalah untuk menanamkan perasaan berputus asa, kebingungan, takut dan menyerah diri ketika bertempur. Al-Quran telah mendidik kita dan sentiasa mengingatinya, kita akan menjadi manusia yang paling sukar dihancurkan melalui perang saraf ini. Antara apa yang diajar oleh al-Quran ialah:

1. Jangan terlintas dalam pemikiran kita bahawa orang kafir itu mendahului dan boleh melemahkan kita sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nur yang bermaksud;

"Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu dapat melemahkan kekuasaan Allah (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia sedang tempat kembali mereka ialah neraka….": Ayat 57.

Manakala Allah taala juga turut memberikan suatu peringatan berkenaan musuh tersembunyi yakni syaitan laknatullahi alaih sebagaimana firmanNya:

“Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan(kamu) dengan kawan-kawannya.” –Surah al-Imran, Ayat 175

2. Seseorang Muslim mesti mengetahui di mana syaitan itu sentiasa berusaha supaya orang yang beriman takut kepada para pengikutnya. Adalah menjadi tugas syaitan menjanjikan tipu daya dan menyesatkan hidup manusia.

3. Penyebaran berita angin adalah termasuk daripada strategi peperangan saraf. Musuh biasanya menyebarkan berita angin tentang keselamatan supaya para mujahidin beristirehat, dan menyebarkan berita takut supaya orang yang berperang itu berundur.

Sebenarnya, mengambil arahan dari kepimpinan yang terpimpin dengan berhati-hati sahajalah yang dapat mengelakkan daripada sasaran musuh. Inilah kedudukan saf Islam yang terpimpin dimana mereka tidak akan tertipu dengan berita-berita angina yang disebarkan oleh pihak musuh.

4. Di antara strategi perang saraf juga, ialah usaha-usaha daripada pihak tentera musuh untuk menanamkan sifat tidak percaya pada diri untuk menentangnya, sebagaimana Allah telah menggambarkannya di dalam surah Al-Imran ayat 173 yang berbunyi:

“Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan; sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka…”

Bagaimana seorang Muslim harus bertindak?

A) Seseorang Muslim harus menghadapinya dengan iman yang unggul dan keyakinan yang menebal dengan janji-janji Allah dan menghadapinya dengan penuh tawakkal kepada Allah.

Firman Allah taala yang bermaksud:
“Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung,” maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa.” (Surah al-Imran ayat 173-174)

Yang sebenarnya, seorang Muslim tidak akan takut kecuali kepada Allah di samping ia mengetahui bahawa Allah lah yang maha berkuasa dan menjadi pelindung bagi orang-orang yang beriman.

Rujukan daripada: Buku Memahami Prinsip-Prinsip 'Amal Islami,/Pelajaran ke-24+Menghadapi Perang Saraf/ m/s: 193-197, Terbitan Dewan Pustaka Fajar.

No comments:

Post a Comment