Sekiranya di dunia ini terdapat institusi-institusi untuk melahirkan pelbagai jurutera, maka kita berkewajipan untuk mengadakan institusi-institusi bagi mengeluarkan jurutera-jurutera untuk proses pembinaan kita. Dan di antara apa yang perlu kita perhatikan pada institusi ini ialah:
1. Melahirkan Muslim daripada akhlak-akhlak masyarakatnya dan daripada kemahirannya kepada akhlak dan imbasannya.
2. Melatih seorang Muslim yang bertanggungjawab dengan kata-katanya adalah bernilai dan membina.
3. Mendidik (mentarbiyyah) Muslim itu tadi dengan didikan yang sesuai dengan matlamatnya, serta memberi pengetahuan dengan matlamat yang hendak dicapainya.
4. Membina seorang Muslim sehingga ia mampu mengambil (membuat) keputusan yang bijaksana.
5. Melatihnya supaya tunduk kepada keputusan syura walaupun bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
6. Melatihnya supaya boleh berbincang dengan bijak serta mengajarnya bagaimana membentangkan pendapatnya dan berhujah.
7. Mengajarnya bagaimana mengambil pengajaran daripada kritikan-kritikan dan menukarkannya menjadi cadangan-cadangan yang membina.
8. Menjelaskan kepadanya perbezaan di antara pemikiran yang membina dan pemikiran yang meruntuhkan, kerana betapa mudahnya meruntuhkan dan sukarnya membina.
9. Mengajarnya bagaimana untuk memajukan yang sedia ada dan mengimbuh yang tidak ada, serta memperingatkannya bahawa mudahnya merobohkan yang sedia ada dan sukarnya membina yang tiada.
10. Melatihnya bagaimana mengambil pengajaran daripada sesuatu yang berada di sekitarnya untuk sampai kepada matlamat pembinaannya.
Sesungguhnya proses pembinaan yang sukar ini mendorong kita agar mencari mereka yang berkebolehan untuk menggarap proses pembinaan ini supaya dapat kita membawa mereka ke arah usaha ini dengan berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang sihat.
Kegagalan di dalam usaha ini beerti suatu kemunduran yang pasti disusuli dengan kemusnahan
Sumber: Buku “Memahami Prinsip-Prinsip Amal Islami, Karya Said Hawwa, /Pelajaran ke-6: Proses Pembinaan,Terbitan Dewan Pustaka Fajar..
subhanAllah , artikel yg mmbina..barakallahu fik..di saat Allah menguji kerana diri ini trlalu selesa..
ReplyDeletesama2 usaha utk mningkatkan tarbiyah diri yg tiada penghujungnya
mudahan bermanfaat buat pengunjung~
ReplyDelete