Alhamdulillah, hari ini 26 Disember, merupakan ulangtahun hari kelahiran buatku kali ke 23 mengikut bulan... Banyak ucapan diterima daripada sahabat-sahabiah, lantas ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Saya juga ingin mengucapkan kesyukuran tinggi kepada Allah taala di atas segala nikmatNya, dan ucapan terima kasih dilafazkan buat ummiku(Tuan Zaleha Tuan Chilik) yang sangat ku kasihi kerana telah mengandungkanku, melahirkan, membesarkan serta mendidikku. Sungguh, tidak ada gantian yang dapat saya bayar segalanya itu melainkan doa berterusan kepada ummi dan juga abah saya(Kahlid Rani), dan berharap menjadi anak yang soleh. Tanpa ummi dan abah, maka tiadalah saya di dunia ini.
Abah & Ummi
p/s: Semakin bertambah usiaku, semakin kuinsafi diriku di hadapan Allah :(
No comments:
Post a Comment