(Sekadar Hiasan)
Nama: Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
Lahir: Tahun 570, di Kota Makkah
Hubungan: Bapa Saudara Rasulullah saw
Gelaran: Asadullah (Singa Allah kerana keberaniannya dalam peperangan) dan Sayyidus Syuhada’(Ketua bagi sekalian orang syuhada’)
Kepakaran: Memanah dan bermain pedang
Peristiwa:
*Pernah memukul kepala Abu Jahal dengan busar panahnya sehingga berlumuran darah kerana mengganggu Rasulullah lantas Hamzah mengakui memeluk Islam.
*Jenazahnya dirobek dadanya oleh Hindun bt ‘Utbah lalu dimakan hatinya.
Seorang hamba abdi yang bernama Wahsyi bin Harb telah dijanjikan oleh tuannya Jubair bin Mut’am akan dimerdekakannya seandainya dia dapat membunuh Hamzah R.a, (Bapa saudara Rasulullah saw) yang telah membunuh bapa saudaranya Tu’aimah ‘Adi di dalam peperangan Badar. Wahsyi adalah seorang yang sangat mahir dalam melontar tombak dan menyertai peperangan ini hanya semata-mata untuk membunuh Hamzah.
Dalam peperangan itu, dia tidak menghiraukan orang lain tetapi mencari Hamzah bagi mendapatkan peluang untuk menikam curi dari belakang di sebalik pokok-pokok dan batu besar. Akhirnya dia mendapat peluang yang dicari ketika Hamzah sedang bertempur dengan Siba’, tombak Wahsyi telah mengenai perutnya sehingga terburai keluar walaupun dalam keadaan tenat, beliau berjalan menuju kea rah Wahsyi tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa, lalu dia gugur menyambut panggilan Ilahi sebagai “Penghulu Para Syuhada”. Wahsyi mengambil tombaknya yang berlumuran darah pulang ke Mekah untuk memerdekakan dirinya.
Walaupun singa Allah dan RasulNya telah syahid, tetapi tentera Islam terus dapat mengusai peperangan ini.
Di antara para Mujahidin yang bertempur itu ialah seorang anak muda yang baru berkahwin dengan isteri yang dicintainya tiba-tiba kedengaran seruan jihad ke medan perang Uhud tetapi dia lebih cintakan Allah dan RasulNya, lalu terus menyahut panggilan jihad dan tidak sempat mandi junub. Pemuda itu ialah Hanzalah bin Abu ‘Amir, yakni Abu ‘Amir al-Fasiq yang munafiq. Walaupun ayahnya seorang yang munafiq, tetapi dia tetap menjadi orang yang beriman yang setia dengan RasulNya.
Telah ditakdirkan oleh Allah taala, berlakulah kepada Hanzalah ketika dia mara merempuh pertahanan musuh sehingga hamper Berjaya membunuh ketuanya Abu Sufian bin Harb, tetapi Allah telah mengurniakan kelebihan syahid kepadanya.
Tentera pemanah ditugaskan mengawal bukit menjalankan tugas mereka dengan berkesan apabila mereka Berjaya memanah dan menggagalkan 3 kali usaha tentera musuh yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid dan Abu ‘Amir al-Fasiq untuk menyerang dari belakang.
Dalam peperangan Uhud ini juga, kaum musyrikin daripada kalangan lelaki dan perempuan bersama-sama mengelar, mencincang dan menghiris mayat para syuhada’ dengan memotong hidung, telinga, kemaluan dan sebagainya untuk dicucuk dan dibawa pulang bagi dijadikan kemegahan.
Mayat Hamzah pula dibelah dadanya oleh Hindun bt ‘Utbah isteri kepada Abu Sufian dan diambil hatinya untuk ditelan kerana terlalu geram tetapi dia tidak Berjaya melakukan sepenuh kehendaknya kerana Allah tidak mengizinkan kerja demikian. Dalam keadaan yang sebegini rupa, Rasulullah saw diberitakan oleh Ibnu Mas’ud bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah saw menangis seperti menangisnya kepada Hamzah.
Dipetik daripada Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah 2, Haji Abdul Hadi Awang, Terbitan Dewan Fajar
No comments:
Post a Comment