Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 23, 2010

Rasulullah SAW Diracun

Seorang perempuan Yahudi yang bernama Zainab binti al-Harith, dimana suaminya telah dibunuh dalam peperangan Khaibar, telah menyimpan perasaan dendam terhadap orang-orang Islam terutamanya Rasulullah saw, lalu dia berpura-pura menunjukkan kasih dan hormat kepada Rasulullah saw dan para sahabat radiallahu anhum.

Ketika dia mahu menghidangkan daging biri-biri panggang kepada Rasulullah saw, dia bertanyakan kepada para sahabat bahagian daging manakah yang paling disukai oleh Rasulullah saw, lalu diberitahu daging bahagian peha. Lalu dia meletakkan racun sebanyak-banyaknya pada daging yang dipanggang itu, kemudian dihidangkan kepada Rasulullah saw.

Apabila Rasulullah saw menyuapnya, tiba-tiba dia terhenti dan bersabda; “Tulang ini memberitahuku bahawa ia telah diracuni”.

Kemudian perempuan itu dipanggil dan disoal mengapa dia melakukan kerja jahat itu. Dia menjawab; “Kalau kamu seorang raja nescaya aku rehat daripada pemerintahanmu dan kalau kamu seorang Nabi, nescaya kamu diberitahu adanya racun dan kamu memaafkan”.

Tiba-tiba Bisyr bin Ma’rur telah memakannya lalu dia mati. Para ulama’ berkhilaf adakah perempuan itu dimaafkan atau tidak. Adapun kemudiannya, dia dijatuhkan hukuman bunuh kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman qisas yang telah menjadi ijma’ para ulama’.

Kesan daripada peristiwa racun ini yang menimpa Rasulullah saw, beberapa lama kesannya sehingga membawa kepada kewafatan baginda Rasulullah saw.

Dipetik daripada Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah 2, Haji Abdul Hadi Awang, Terbitan Dewan Fajar

No comments:

Post a Comment