Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Monday, December 13, 2010

Menu: Daging Kambing Berkicap

BAHAN A:
  • 1 kg daging kambing
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit rempah empat sekawan
  • Sedikit minyak masak
  • Garam

BAHAN B:
  • 3 tangkai cili hijau (mayang)
  • 1 tangkai cili merah (mayang)
  • 3 tangkai daun pudina

BAHAN KISAR:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 cm halia
  • Sedikit gula merah

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah empat sekawan sehingga wangi.( rempah 4 sekawan = cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.)
2. Kemudian masukkan daging kambing, kicap pekat, sos tomato dan lada hitam. Tuangkan air secukupnya.
3. Setelah daging empuk, masukkan santan dan tambahkan garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan pula bahan B. Masak sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...