Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 4, 2010

Antara Kasih & Benci Bahagian 1

Nabi Muhammad bersabda, 
“Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat, dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan.” –Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Apabila kasih bertukar benci maka dendam kesumat menjadi pertaruhannya. Zaqhanus yang sekian lama disanjung dan dipuja sebagai ketua agama kini adalah insan yang paling dibenci oleh Maharaja Constantine dan rakyatnya. Mereka seolah-olah diserang hysteria apabila mendengar berita ketua paderi itu berpaling tadah dan memeluk agama Islam.

“Zaqhanus adalah pengkhianat. Aku tidak maafkan dia. Muka aku ini seperti dilumurkan dengan najis!” herdik Maharaja Constantine sebaik sahaja mendapat tahu ketua paderi itu sudah memeluk agama Islam.

“Bagaimana seorang ketua paderi yang taat kepada agama, berilmu pengetahuan, keras hati, dan bijaksana boleh dikalahkan oleh musuh kita?” tanya Alexi kepada penyampai berita.

“Seorang ulama Islam bernama Syeikh Bayram sudah membuktikan hadis itu. Dia Berjaya menghidupkan orang yang sudah mati. Kerana itu Zaqhanus terpaksa mengaku kalah lalu memeluk agama Islam,” beritahu pengiring Zaqhanus.

Karut! Saya tidak percaya!” jerit Maharaja Constantine.

“Benar tuanku. Kami melihat dengan mata sendiri kejadian itu. Ulama itu berdoa lalu lubang kubur itu terbuka. Kemudian dia menyuruh mayat di dalam kubur itu bangun lalu berkata-kata.”

“Diam! Jangan ulangi lagi cerita karut itu. Sekiranya kamu ulangi lagi aku bunuh!” tempik Maharaja Constantine. “Baiklah tuanku. Saya berjanji tidak ceritakan lagi perkara itu,” kata pengiring Zaqhanus ketakutan.

“Mengapa kamu biarkan sahaja? Mengapa tidak pujuk Zaqhanus supaya jangan masuk Islam?” tanya Panglima Ardogan pula.

“Kami sudah memujuknya tetapi dia tetap bertegas malah mengancam hendak membunuh kami sekiranya kami menghalang niatnya itu,” jawab pengiring itu.

“Zaqhanus banyak mengetahui rahsia kita. Sekiranya dia berpaling tadah, dia boleh mengancam keselamatan kita,” kata Panglima Ardogan.

Bertambah marah Maharaja Constantine mendengarnya. Mukanya merah bagaikan udang dibakar. Matanya merah menyala bagaikan biji saga.

“Aku mahu Zaqhanus dibawa pulang ke Constantinople walau dengan cara apa sekalipun,” katanya.

“Saya cadangkan tuanku hantar surat kepada Sultan Murad, minta dipulangkan Zaqhanus. Sekiranya dia enggan, kita gunakan kekerasan,” kata Panglima Ardogan pula.

Maharaja Constantine bersetuju dengan cadangan itu. Baginda menulis sepucuk surat lalu menyuruh seorang utusan menghantarkannya kepada Sultan Murad. Apabila membaca surat itu, Sultan Murad berbincang dengan Zaqhanus dan Sultan Muhammad Al-Fateh.

“Wahai Zaqhanus, saudara bebas membuat pilihan sama ada bersetuju dihantar pulang ke Constantinople ataupun terus tinggal di sini,” kata Sultan Murad.

“Sekiranya saya dihantar balik ke Constantinople, saya dihukum bunuh oleh maharaja yang zalim itu. Kerana itu jangan hantar saya pulang. Saya mahu terus menetap di sini kerana berasa selamat,” rayu Zaqhanus.

“Selepas Zaqhanus memeluk Islam, dia menjadi saudara kita. Kerana itu kita bertanggungjawab melindungi keselamatannya,” sampuk Sultan Muhammad al-Fateh pula.

“Tetapi sekiranya Zaqhanus hendak pulang ke Constantinople secara sukarela, kita tidak boleh menghalangnya. Kerana itu ayahanda memanggilnya berbincang,” ujar Sultan Murad.

“Saya tidak mahu belik ke Constantinople. Hidup dan mati saya biarlah di sini,” tegas Zaqhanus.

“Bagaimana pula dengan anak dan isteri saudara?” tanya Sultan Muhammad pula.

“Saya tidak mempunyai anak dan isteri. Saya tidak boleh berkahwin apabila menjadi paderi,” jawab Zaqhanus.

“Apabila saudara memutuskan menetap di sini, kami carikan seorang perempuan bagi dijadikan isteri.” Zaqhanus ternyum mendengar janji Sultan Murad.

“Sekiranya kita enggan memenuhi permintaan Maharaja Constantine, kemungkinan mereka akan menggunakan kekuatan tentera. Kerana itu kita mesti bersiap sedia,” kata Sultan Muhammad al-Fateh pula.

“Benar kata anakanda itu,” kata Sultan Murad. “Perintahkan tentera kita bersiap sedia menghadapi serangan musuh.”

“Saya sanggup bersama-sama tuanku menentang mereka. Dulu mereka kawan saya tetapi sekarang sudah menjadi musuh saya.” Kata Zaqhanus pula.

Demikianlah pemusatan tekad Zaqhanus bagi bersama-sama pasukan Islam setelah dikurniakan Nur Hidayah oleh Allah taala biarpun mengetahui bahawa tindakannya bakal mendapat buruan daripada Sang Hati Batu Constantine. Pun begitu, keyakinan mengatasi segala ketakutan untuk berjuang bersama kebenaran. Apakah strategi seterusnya oleh pihak lawan setelah mereka kalah dalam “perang pertama” sekaligus memberikan kemenangan moral kepada kaum Muslimin? Nantikan apakah taktik lawan di sambungan berikutnya di “Antara Kasih & Benci Bahagian 2”.

Rujukan: Buku Novel Islam: Penakluk Constantinople, Muhammad AlFateh, Abdul Latip Talib

No comments:

Post a Comment