Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 5, 2010

Generasi Islam Bahagian 1

Generasi Islam yang dibentuk oleh pergerakan Islam dengan baik dan menyeluruh adalah merupakan asas dan tapak yang kukuh bagi masyarakat Islam yang diharapkan. Sekiranya tokoh-tokoh sosialis mendakwa bahawa sebuah masyarakat sosialis, maka pendakwah-pendakwah Islam adalah lebih berhak untuk mengatakan bahawa masyarakat Islam tidak dapat ditegakkan kecuali oleh orang-orang yang benar-benar berjiwa Islam.


Masyarakat Islam dan pemerintahan Islam hanya didirikan di Madinah setelah pembentukan generasi Islam yang pertama di Mekah. Di atas bahu merekalah dan orang-orang yang bergabung dengan mereka dari golongan Ansar yang terbaik, maka Negara Islam wujud dan tertegak.

Salah seorang pendakwah Islam pernah ditanya: Bagaimanakah menurut pandangannya sebuah pemerintahan Islam yang baik dapat didirikan? Beliau menjawab: Ini boleh berlaku melalui salah satu dari dua cara:-

1. Semasa iman berpindah ke dalam hati orang-orang memerintah atau;
2. Pemerintahan beralih ke tangan orang-orang yang beriman.

Sekiranya iman mudah berpindah ke dalam hati orang-orang yang memerintah, nescaya jalan kea rah menegakkan pemerintahan Islam terjadi pendek dan dekat. Ketika itu, tidak perlu lagi perjuangan.

Tetapi ternyata harapan dan cita-cita ini tidak lebih dari satu mimpi yang indah belaka. Yang tidak menginjak di bumi yang nyata. Bak kata pepatah yang bermaksud:

“Jika seseorang itu semasa mudanya habis dalam sesuatu keadaan atau sifat, begitulah kelak semasa tuanya. Dan barang siapa yang semasa tuanya bersifat demikian, pastilah ia mati dalam keadaan begitu juga”.

Golongan tersebut telah biasa dengan fahaman sekular. Sejak kecil sehingga dewasa, mereka terdidik dengan pemikiran barat. Tidak mungkin mereka berpaling kea rah lain lagi sekalipun kepada agama yang mereka warisi dari datuk nenek mereka. Agama yang diredhai Allah dan yang diakui mereka sendiri- dari segi teorinya.

Oleh yang demikian hanya yang tinggal ialah cara yang kedua sahaja iaitu:

Pemerintahan haruslah bertukar tangan kepada orang-orang yang beriman- kepada Generasi Islam yang percaya kepada Islam sebagai Aqidah, Ibadah, Asas Perpaduan dan Sistem Hidup.

Dipetik daripada: Buku Harakah Islamiyyah Satu Tuntutan oleh Professor Dr. Yusuf Al-Qardhawi, terbitan Dewan Pustaka Fajar,Halaman 21-22,Bagaimana Pergerakan Islam boleh Berjaya.

No comments:

Post a Comment