Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Saturday, December 4, 2010

Menu: Karipap Labu


Assalamu'alaikum, dimusim hujan, molek juga pekena makanan pengalas perut. Tengok karipap di atas ni pun dan merungut perut. Selamat mencuba.
Bahan Kulit:
  • 600 gm tepung gandum
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar lemak sayuran
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil mentega cair
  • 1/2 biji kelapa - ambil santannya
  • 3 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
  • 300 gm daging - dicincang
  • 300 gm labu kuning - rebus empuk dan didadu
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 labu bawang besar - dikisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 sudu besar air
  • 1 pokok daun bawang dan sup - dihiris
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil garam dan gula

Cara Menyediakan Kulit:
1. Ayak tepung dan bahagikan kepada dua, A dan B.
2. Gaul tepung A bersama mentega cair serta lemak sayuran dan uli hingga lembut.
3. Bahagikan kepada beberapa bebola sama besar.
4. Gaul tepung B bersama santan yang dicampur garam dan telur. Uli hingga sebati dan lembut. Bahagikan kepada beberapa bebola sama besar.
5. Cantumkan setiap biji adunan A dan B seperti membuat kulit karipap berpusar, kemudian canai setebal setengah sentimeter. Masukkan ke dalam acuan karipap dan isikan satu sudu besar inti sebelum dicantumkan.
6. Goreng hingga kekuningan.
Cara Menyediakan Inti:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dn bawang besar hingga wangi. Masukkan rempah daging yang dibancuh dengan sedikit air.
2. Masukkan daging, kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan labu, garam dan gula kacau sebati. Apabila telah sebati, masukkan daun bawang dan daun sup, kacau hingga rata. Sejukkan.

2 comments:

  1. assalammualaikum,mohon copy rsepi labu..ada jga kripap labu..ingtkn dodol labu je..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...silakan (",).... ada eh dodol labu? xpernah makan pulak dodol labu...

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...