Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 21, 2010

Hidayah Bahagian 4 (Akhir)

Kemudian Syeikh Bayram mengajak mereka  pergi ke kawasan tanah perkuburan. Kemudian Zaqhanus memilih salah sebuah kubur lama lalu berkata, “Saya mahu tuan hidupkan mayat di dalam kubur ini.”

“Ini sesuatu yang mustahil dapat dilakukann. Mereka sengaja hendak memalukan kita,” bisik seorang pemuda bernama Amir Pasya.

“Syeikh Bayram seorang ulama yang terbilang. Dia juga mempunyai karamah. Saya yakin dia mampu menyahut cabaran itu,” balas kawannya, Hassan Ulubate.

Syeikh Bayram mendekati kubur  itu kemudian melakukan solat sunat 2 rakaat lalu dia berdoa, “Wahai Tuhan, tunjukkanlah kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW itu kepada kami.”

Tiba-tiba dengan izin Tuhan yang maha berkuasa suatu keajaiban berlaku. Lubang kubur itu terbuka lalu kelihatan sekujur mayat di dalamnya. Zaqhanus meninjau  ke dalam kubur lalu berkata, “Mayat ini baru meninggal dunia kerana mayatnya sudah reput.”

Syeikh Bayram beralih ke kubur lain lalu membaca doa yang sama. Tiba-tiba kubur itu terbuka. Zaqhanus berpuas hati apabila melihat dalam kubur itu Cuma kelihatan tulang temulang sahaja.

“Saya mahu kamu hidupkan mayat di dalam kubur ini,” katanya sambil tersenyum sinis.

Syeikh Bayram berseru, “Wahai mayat, hidup dan bangun dengan izin aku…”

Tiba-tiba tulang-temulang itu bertukar menjadi mayat lalu bergerak-gerak dan bangkit dari kuburnya. Orang ramai berasa sungguh hairan. Malah ada yang berasa takut lalu melarikan diri kerana menyangka hantu yang bangkit dari dalam kubur itu. Kemudian Syeikh Bayram sempat bertanya nama dan umur orang itu bagi membuktikan kebenarannya. Orang ramai berasa takjub dengan kejadian itu.

“Sesungguhnya Muhammad itu memang seorang Rasul. Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah,” ucap Zaqhanus.

Kemudian dia mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam.

Begitulah karamah yang Allah taala kurniakan kepada seorang ulama. Tidak ada yang mustahil jika keimanan dan keyakinan kepada Allah mengatasi segalanya. Sesungguhnya selepas kewafatan Rasulullah, maka para ulama adalah pemandu ummah bagi mendidik rakyat agar beriman kepada Allah taala. Ulama warasatul anbiya’. Semoga kita termasuk kalangan mereka yang mencintai ulama, bukan membenci ulama.

Tamat Episod Hidayah Bahagian 4. Nantikan kemunculan episod baru seterusnya bertajuk “YANG BENAR dan YANG PALSU”.

Novel Sejarah Islam, Abdul Latip Talib

No comments:

Post a Comment